About me

Thursday, June 25, 2015 shahrul hairy 0 Comments




The Blogger

Apa khabar? (How are you?)

Alhamdulillah, sempat juga aku siapkan ruangan memperkenalkan diri ini. Beberapa bulan tukar layout blog, baru sempat tulis. Ok lah, Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca yang sedang membaca ruangan shahrulhairydotcom ini ye!

Apa nak cerita? Hermm, aku mula ber-blogging pada tahun 2006 lagi dan masa itu aku menggunakan pelbagai medium seperti Wordpress (version lama!) Xanga, Livejournal dan pelbagai lagi. Nak cari kesesuaian katanya. Tak lama lepas tu, aku guna medium blogspot, aku rasa best dan sejak itu, aku kekal menggunakan medium blogspot.

Berbekalkan nama sendiri, aku branding kan nya di dalam alam maya. Nama penuh Shahrul Shaharuddin tetapi nama pena aku dalam blog dan media sosial adalah "shahroll"

Apa posting pertama aku? HAHA! disebabkan masa tu aku sedang ghairah bermain dengan kamera, aku upload gambar dan sedikit caption. Boleh lihat di entry "Jalan-Jalan di Batu Laut"

Aku seorang pengajar jemputan bagi Kolej Komuniti Klang bagi kluster ICT. Korang boleh baca post entry aku disini: Pengajar Jemputan KKK dan juga boleh layari Facebook page Kolej Komuniti Klang

Lagi?

Aku juga seorang pemakan yang agak cerewet. Cerewet dari segi rasa, tesktur dan juga keenakkan. Jadi, aku suka kongsikan pengalaman makan aku di dalam blog ini juga. Aku ambil contoh terbaru aku makan di Restoren Tempayan

bersama pemilik Restoren Tempayan




Ada juga undangan dari kenalan yang ingin aku review makanan dari perniagaan mereka. Permintaan sebegini, InsyaAllah aku terima dengan hati yang terbuka untuk review makanan yang dijual. Jika kena dengan rasa dan piawaian yang aku kenakan, baik juga lah review yang keluar di dalam blog

Apa projek terbaru?

Projek terbaru untuk tahun 2015 adalah, aku menubuhkan sebuah syarikat bernama SH NETWORK MEDIA yang berfungsi sebagai channel kepada syarikat kecil dan sederhana diluar sana yang memerlukan;

1) Nasihat dan pandangan untuk pemasaran online
2) Menjana kesedaran (awareness) untuk brand/syarikat
3) Membuat online campaign bagi produk dan perkhidmatan

Aku akan cerita lebih lanjut lagi tentang projek terbaru aku ini di entry post yang lain. Kat sini pengenalan diri aku je kan? HEHE!

Boleh hubungi aku di link disini: about.me


Selamat membaca! =)






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...