Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia by shahroll

Wednesday, April 29, 2020 SHAHRUL HAIRY DOT COM 0 Comments




As salam, hello readers....

Salam ramadhan ke-5 di tahun 2020. Allahu, keras rasanya jari ni nak menaip semula di blog shahrulhairy dot com ni ye? Maklumlah, jarang sangat ada masa untuk update. Ni pun sebab tak boleh nak tidur, aku bukak laptop dan "layan jari" melayang atas papan kekunci. HAHA!

Aku harap korang semua sihat Alhamdulillah walaupun sekarang ni kita diwaktu yang sukar berhadapan dengan "musuh" tak nampak, COVID-19.

Pandemik yang menjejaskan seluruh dunia dengan virus paling bahaya! ye bahaya sampai nak pergi kerja pun tak boleh. TAK BOLEH ye.

Aku ringkaskan tahap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni bermula sejak 18 Mac 2020 dan dijangka tamat pada 12 Mei 2020. Ini jangkaan sahaja, belum diputuskan lagi oleh kerajaan Malaysia.
Fasa 1: 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 (2 minggu)
Fasa 2: 1 April 2020 hingga 14 April 2020 (2 minggu)
Fasa 3: 15 April 2020 hingga 28 April 2020 (2 minggu)
Fasa 4: 29 April 2020 hingga 12 Mei 2020 (2 minggu)


Malaysia dah nak masuk fasa ke-4 lepas ni dan menurut keterangan dari super hero Malaysia dalam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah mengatakan sudah masuk ke fasa pemulihan jangkitan wabak tu.

Alhamdulillah, kerana Allah SWT jualah yang mengizinkan untuk wabak tu pergi dan leyap dari bumi Malaysia dan seluruh dunia khasnya. Aminn!


OK lah, aku baru nak amik mood menaip balik ni, InsyaAllah aku akan kerap update blog aku ni ye?

Selamat bersahur!


4:14 pagi | 29 April 2020 | Ramadhan 5

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...