Kenapa Youtube channel? by shahroll

Saturday, October 26, 2019 SHAHRUL HAIRY DOT COM 0 Comments




As salam, hello readers...

Lama betul tak menaip dalam blog aku ni. Sejak aku tubuhkan SH Network Media pada tahun 2015, boleh dikatakan aku fokus dekat bisnes tu 200% bagi menjayakan supaya terus membangun dan berkembang.

Alhamdulillah pada tahun 2019, sudah mendapat hasil seperti yang dirancang pada 4 tahun lepas dari segi penyampaian perkhidmatan dan juga pertambahan client secara kontrak. Dan untuk 4 tahun akan datang (sampai tahun 2023) perancangan untuk meluaskan lagi perkhidmatan SH Network Media di seluruh Malaysia.


OK, cukup untuk biznes yang aku bangunkan. 

Now aku nak ceritakan tentang platform Youtube yang aku create sejak Nov 2006. Tapi disebabkan aku tak buat betul betul, channel ni dah lama "bersawang" dengan ketiadaan kandungan video-video yang sepatutnya aku update walaupun pada tahun 2006 ada beberapa video telah diupload.

Tapi biasalah, views kurang sebab kualiti pada video pun out, peralatan merakam video pun dah serupa video 3gp output!

Youtube channel: SHAHRUL HAIRY CHANNEL

Berbekalkan subscribers 328 pada hari ini (26 Oktober 2019) aku nekad nak hidupkan balik channel aku. Niche yang aku pilih adalah bisnes dan juga personal. Aku pilih 2 niche ni dalam channel aku sebab aku suka share macam-macam dan aku kategorikan dibawah 2 niche tersebut.

Kalau aku buat training untuk bisnes SH Network Media, aku letak bawah tag bisnes. Kalau aku suka makan-makan, aku letak bawah tag Food. Macam tu lah. Tapi untuk professional Youtubers, mereka akan develop 1 niche sahaja dalam channel Youtube mereka.

Aku macam kedai runcit, macam macam ada! haha!



Video aku untuk Online Seller

Aku masih belajar untuk bercakap depan kamera/smartphone dengan "perfect" walaupun kita bukan pelajar Mass Comm, kita cuba terbaik. Ada eye-contact, intonasi dan nahu percakapan dan lain-lain faktor aku cuba belajar bagi nampak smooth lagi untuk menjadi seorang Youtubers di Malaysia.

Footage dan editing semua aku buat dalam smartphone. Bukan malas nak edit dalam desktop, tetapi kemajuan smartphone sekarang ini membolehkan kerja merakam dan membuat suntingan video menjadi mudah dan capaian yang senang untuk semua. Lagi sekali, professional Youtubers akan edit dalam desktop mereka untuk suntingan yang lebih advance.



That's all, have nice day!


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...