Pakej bulanan Digital Marketing di SH Network Media by shahroll

Tuesday, June 04, 2019 SHAHRUL HAIRY DOT COM 0 Comments




As salam, hello readers...

Alhamdulillah, hari ini kita last berpuasa di bulan Ramadhan dan beberapa jam sahaja lagi kita akan menyambut bulan Syawal, bulan meraikan kemenangan kita di bulan Ramadhan yang lalu. Semoga ibadah puasa kita diterima oleh Allah dan ada pahala disisiNya, aminn!

Tulisan ini ditulis pada jam 12:44 pagi dan topik kita kali ni berkenaan dengan Digital Marketing yang dikendalikan oleh SH Network Media.


website updated oleh SH Network Media

Seperti yang korang lihat gambar diatas, adalah paparan sebuah website jualan oleh client SH Network Media di Pasir Gudang, Johor. Pakej pada awalnya ada 5 jenis, sudah bertukar menjadi 4 pakej utama mereka.

Disinilah SH Network Media ingin membantu para pemilik bisnes untuk meng-online kan bisnes mereka. Tidak keterlaluan jika aku katakan, SH Network Media merupakan sebuah entiti yang dapat mentrasformasikan sesebuah perniagaan itu menjadi lebih besar ke peringkat seterusnya (dengan izin Allah SWT jua).


Tugas apa yang telah dilakukan untuk website diatas?

1) Membetulkan kembali pakej-pakej yang terdapat di ruangan sewaan khemah mereka.

2) Melakukan kemaskini mingguan samada plugin dan versi Wordpress yang digunakan. Semua client SH Network Media menggunakan platform Wordpress sebagai Content Management System (CMS) mereka.

3) Membaca Google Analytic untuk menyemak kemasukan pelawat yang datang ke dalam website mereka. Tambahan, mereka juga membuat Google Ads bagi memberikan kualiti trafik kerana website ini belum mampu menarik pelawat secara natural organic. Senang cerita, mereka memerlukan booster bagi menarik pelawat ke dalam web.

4) Dan beberapa aspek teknikal behind the scene yang aku rasa agak spesifik nak ceritakan. InsyaAllah aku sambung part 2 la ye?


Secara ringkasnya, sebagai webmaster dan juga Google Ads Manager, adalah satu tugas dan tanggungjawab yang besar bagi memastikan perjalanan bisnes mereka yang terlibat, berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan. Jika website "DOWN" perlu cepat-cepat contact provider hosting bagi website "UP" semula. Tapi Alhamdulillah, aku pilih syarikat provider yang tip-top servicesnya. (<--sila font="" klik="">


Google platforms





Pakej bulanan Digital Marketing SH Network Media ni berapa eh?

Bila sudah ada aktiviti perkhidmatan yang disediakan, mesti ada pakej-pakej bulanan yang dilanggan oleh clients SH Network Media, kan? OK lah, secara ringkas aku bagi korang listing dibawah untuk memudahkan korang sebagai pemilik bisnes membuat congak-congak bajet yang perlu.


1) BISNES BAHARU
Jika bisnes anda masih baharu dan masih samar-samar untuk digital marketing, aku suggestkan untuk membuat:

a) Website: RM2,699 (one-off cost. Annually domain+hosting)
b) Google Ads: RM1,699/bulan (termasuk kos iklan setiap bulan)
c) Google My Business: FREE (tiada bayaran dikenakan)
d) Google Analytic+Gmail: FREE (tiada bayaran dikenakan)
e) Social Media setup (Instagram+Facebook page+Twitter+Youtube): RM500 (one-off setup)

Jadi untuk kos keseluruhan bagi membangunkan Digital Marketing syarikat adalah RM5,898 sahaja. Untuk maintain setiap bulan hanya kos pengiklanan Google Ads yang perlu korang langgan setiap bulan (RM1,699)

Bagi pengurusan Social Media, tidak termasuk dalam langganan Google Ads ye. Kalau nak masukkan juga, korang boleh tambah RM500 lagi untuk kemaskini platforms tersebut. RM1,699 tu untuk Google Ads sahaja.


Ok lah, kalau ada part yang tak faham dan perlukan maklumat lanjut mengenai pakej super murah untuk anda ni, boleh call atau whatsapp di talian +6012 343 7359 (shahrul) dan boleh berborak-borak dengan aku, apa yang boleh aku bantu untuk pemasaran online syarikat korang,

InsyaAllah kita buat sama-sama bagi memantapkan brand awareness dan sales!


Happy sahur!



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...