Blog rasmi SH Network Media | Internet Marketing Malaysia by shahroll

Saturday, September 01, 2018 SHAHRUL HAIRY 2 Comments




As salam & hello readers...

Alhamdulillah, sempat lagi aku update blog disini untuk update tentang sedikit perkembangan tentang business aku di SH Network Media. Syukur Alhamdulillah, sudah masuk tahun ketiga, nama 'SH Network Media' ini aku bawa dan 'dijaja' dimerata tempat aku pergi untuk memperkenalkan 'brand' aku tu.


logo SH Network Media

Tanpa menoleh ke belakang lagi, aku terus memecut kehadapan dengan membawa 1001 tekad yang baharu bersama SH Network Media. Bermula dengan pengukuhan ekosistem di online, membantu para usahawan Malaysia khususnya usahawan kecil dan sederhana bagi merancakkan jualan dan brand awareness mereka di dalam online.

Blog rasmi SH Network Media: Internet Marketing Malaysia

Dengan itu, aku wujudkan blog rasmi SH Network Media sebagai salah satu cabang atau channel untuk para client dan juga bakal client yang baharu untuk merujuk perkembangan team SH Network Media dari segi aktiviti, kelas dan juga perkhidmatan-perkhidmatan yang baharu aku laksanakan.

Sebagai contoh;

Pengiklanan di Google (Google Ads)

Perkhidmatan terbaharu adalah mengenai pengiklanan di Google. Aku dah start guna platform iklan kat Google pada akhir bulan December 2017, yang mana masa itu, ada satu client dari Johor Bahru inginkan pengiklanan di Google sebagai salah satu cabang marketing online mereka. Dan sejak dari itu, aku study hard pasal ni dan sekarang Alhamdulillah dah boleh buka services ini kepada usahawan yang lain.

Dan mereka masih ON kontrak dengan SH Network Media menyelenggara (maintenance) pengiklanan mereka di Google!

Perkembangan yang lain, aku juga aktif membuat kelas secara kecil-kecilan untuk mereka yang inginkan ilmu online marketing. Kelas aku simple sahaja, aku bagi fundamental asal, dan sedikit pengalaman yang aku dha ada aku cmapurkan dan aku bagi pada mereka yang datang ke kelas. Contohnya kelas FBAds dan juga Google Ads.

Kedua-dua platforms ini aku sudah mahir dan boleh memberikan tunjukajar kepada mereka yang memerlukan yang baharu dalam dunai pemasaran online. Yang mana dari offline expert mahu jump ke online marketing pun, aku snagat alu-alukan kehadiran anda.


Kelas Google Ads

Itulah serba sedikit update tentang business aku di SH Network Media bagi edisi 2018. Berbaki lagi 3 bulan untuk melabuhkan tirai 2018, aku juga telah melancarkan promosi Online Marketing Workshop @ Sabah untuk bulan Mac 2019! Orang Sabah boleh menyertai kelas aku di Kota Kinabalu Taipan nanti ya!


Happy weekend.



2 comments:

wahhhhhh.. menarik !!!

Atie:

Memang menarik. Nak jadi team SH NETWORK MEDIA TAK? hehehhe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...