Selamat mengundi, Malaysia!

Tuesday, May 08, 2018 SHAHRUL HAIRY 0 Comments




As salam, hello readers...

Tak sampai 24 jam lagi, seluruh rakyat Malaysia akan membuang undi di saluran masing-masing. Selepas 11 hari berkempen oleh parti-parti yang bertanding, maka esok adalah penentu untuk rakyat memilih siapa yang layak menerajui negara yang tercinta, Malaysia.

 PRU14/GE14

Secara peribadi, kali ni aku mengundi untuk kali kedua, ditempat yang sama. Walaupun aku duduk di Parlimen Shah Alam, aku tetap mengundi di parlimen Klang dan DUN Pandamaran. Undi? Rahsia! hehe...

Rata-rata bila aku bersembang, Pilihan Raya 14 (PRU14) ni sengit, banyak penjuru dan sukar untuk diramal. Memang betul, dengan berbagai analisa, kajian dan Prof-Prof bijaksana yang menganalisis kerusi yang bakal dimenangi oleh parti-parti politik, sememangnya bukan tugas yang mudah.

Mana yang dikata kubu kuat sesebuah parti, mungkin kali ini sudah ditembusi oleh parti yang lainnya. Jika di sebelah sana kata begini, disebelah sini juga kata begitu. Itulah politik demokrasi yang terbuka di Malaysia.


Tidak kira apa 'warna' anda, selamat mengundi dan pilihan di tangan anda! The power in your hand!


SELAMAT MENGUNDI, MALAYSIAN!

 




0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...