Pembekal satay mentah Klang dan Shah Alam by shahroll

Friday, April 06, 2018 SHAHRUL HAIRY 0 Comments




As salam, hello readers...

Alhamdulillah, sempat lagi update dalam blog aku ni. Last update pada 2017, memang busy sungguh 2018. Serba sedikit aku bagitahu, kesibukkan adalah disebabkan kerja-kerja meningkatkan brand-brand company orang lain (Social Media Manager) dalam SH Network Media, dan juga perniagaan yang baru aku ceburkan diri, pembuatan satay!

Mesti korang tak percaya kan? HAHA!


memperkenalkan: SATAY VIP

Alhamdulillah, idea untuk buat satay ni, mungkin Allah SWT yang berikan kekuatan dan aku dan juga isteri walaupun tiada latarbelakang menjual satay, apatah lagi buat satay frozen. Tapi bagi kitorang, passion makanan adalah kuat. 

satay size biasa: RM0.70 sebatang (mentah)

satay size custom: Harga boleh runding dengan team satayvip =)

Percubaan demi percubaan membuat perapan satay dimulakan seawal bulan Februari 2018. Peringkat awal, memang rasa satay tu pun kelaut! Tak rasa la satay yang biasa kita makan tu. Ibaratnya, satay peringkat awal just "try and error" buat kami berdua.

Seterusnya, aku sebagai Lead team satayvip, mula mencari rahasia-rahasia yang ada dalam pembuatan satay. Research and Development (RnD) memang tak pernah berhenti selagi satay tak mencapai standard ke-satay-an Malaysia.
Aku mula adun resepi Malaysia, Indonesia, Brunei dan juga Singapura. Rujukan utama aku haruslah Indonesia, sebab kat sana banyak jenis satay/sate boleh didapati.

SATAY VIP (terbaharu)

Gambar satay yang korang tengok kat atas ni, ini merupakan stage yang terkini. Satay VIP sudah pun mendapat tempahan bagi membekalkan satay-satay premium untuk cafe/restoren/kopitiam mereka. Aku ulang sekali lagi, satay PREMIUM ya, sebab? sataynya size yang BESAR =) *rujuk gambar satay size custom kat atas*

FOOD TESTING @ SUBANG PARADE

Pada 2 April 2018, kami telah pun berjumpa dengan pemilik restoren yang terletak di Subang Parade bagi sesi ujirasa satay VIP. Alhamdulillah, mendapat reaksi positif dan ada beberapa adjustment bagi memenuhi kehendak mereka yang menjual makanan standard kopitiam. Dan mereka juga telah memesan 100 cucuk satay VIP (size custom!) untuk bekalan mereka.

PEMBEKAL SATAY MENTAH @ KLANG/SHAH ALAM

Bagi korang yang mahu berjinak-jinak untuk berniaga satay, tapi tak tahu nak ambil bekalan satay mentah dengan siapa, boleh berunding dengan team SATAYVIP untuk kitorang beri pakej-pakej menarik untuk permulaan biznes korang ya?

InsyaAllah, dari segi kualiti rasa dan kesegaran ayam biar kami yang jaga. Anda keluarkan modal sedikit bagi menyenangkan urusan biznes anda! =)


Boleh wasap: 0123437359 (shahrul) untuk sebarang urusan berkaitan dengan satay. 


Terima kasih





0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...