Ada apa dengan Make 11.11 Fly!

Tuesday, November 07, 2017 shahrul hairy 0 Comments




As salam, hello readers...

Hai semua! Alhamdulillah, masih dapat update blog untuk berkongsi maklumat dengan korang semua. Pernah dengar tak Traveloka? Aku pernah menulis dalam post entry berkenaan Tarikan Pelancong dan Taiping Hotel, ingat tak?

Kalau masih belum mengenali Traveloka, meh aku kenalkan dalam entry ni. Traveloka adalah peneraju di Asia Tenggara untuk tempahan tiket kapal terbang dan juga hotel yang tiada kos tersembunyi dalam tawaran mereka di website. Semuanya ‘final price’!


Selain itu, untuk Asia Pasifik, Traveloka sudah serving lebih daripada 18,000 routes dan hotels. Team Traveloka sentiasa memberikan yang terbaik kepada korang semua. Dah kenal dengan Traveloka? Ok cool!

Ada Apa Dengan Make 11.11 Fly ni eh?

Dalam kemeriahan tarikh istimewa 11.11 ini, Traveloka juga tidak ketinggalan membuat promosi bagi tiket penerbangan yang ada di website mereka.

Ok, untuk pengetahuan korang semua, Traveloka ada membuat promosi selama 3 hari iaitu 11,12 dan 13 November 2017 untuk korang pergi kemana-mana sahaja bersama pasangan. Yes, minima untuk promosi ini adalah 2 orang pergi dan balik!


Bila dah pergi untuk 2 orang, boleh lah pergi berbulan madu kan? Ahaa, ini yang best, bila ada promosi macam ni, ambil peluang bersama pasangan untuk membawa ke tempat-tempat menarik sekitar Asia Tenggara. Nak aku bagi cadangan ke? =)

Pernah pergi ke Manila? Aku baru balik dari Manila dan apa yang aku boleh katakan, jika pasangan anda suka bershopping, boleh bawa pasangan ke sana. Ada banyak tempat-tempat menarik untuk ber-shopping seperti Mall of Asia, The Landmark, Greenhill dan sebagainya.

Manila juga menawarkan tempat-tempat bersejarah seperti Dataran Jose Rizal, Manila Cathedral dan lain-lain.


Manila Cathedral

Kadar tukaran matawang MYR ke Philippines Piso lebih kurang RM8.50 bersamaan 100 Piso. Mungkin akan bertambah atau berkurang, ikut pada kadar tukaran semasa ya. 

Selama seminggu aku berada di Manila, aku sukakan rakyat tempatan, Filipinos yang fasih berbahasa English Amerika dan menyenangkan aku untuk bertanya, kalau sesat dimana-mana. Menurut travel tour, sistem pendidikan di Philippines adalah bersandarkan Bahasa Tagalog dan juga Bahasa English (Amerika).

Korang juga boleh ke Makati City, tempat dimana pelancong membeli-belah untuk membeli buah tangan seperti keychain, fridge magnet, baju, mutiara dan sebagainya. Jam tangan dan pen yang berjenama, boleh beli di sana. 

Kalau ada tempat lain yang aku boleh cadangkan, mungkin ke Singapura? Selain berdekatan untuk percutian yang spontan dan menarik, Universal Studio Singapore jawapannya.


Universal Studio Singapore (USS)

Siapa yang tak kenal dengan Universal Studio Singapore ni kan? Dibahagikan kepada 7 zon bertemakan filem, anda akan dapat berjalan sambil menikmati pemandangan Hollywood Walk of Fame, menjelajah Bandar New York, malah merasa sendiri efek istimewa yang dihasilkan oleh Steven Spielberg! 

Dan sudah tentu, jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri pengalaman TRANSFORMERS The Ride: The Ultimate 3D Battle Ride di Bandar Sci-Fi.

Bagaimana kalau saya nak bercuti bersama keluarga?

Bagi mereka yang ingin membawa keluarga jalan-jalan, di Malaysia seperti Melaka, Penang, Langkawi, Pulau Pangkor dan banyak lagi tempat menarik boleh dikunjungi. Nak cadangan? Tentunya ke Penang!


Pulau Pinang

Pulau Pinang tempat paling ramai dikunjungi pelancong di dalam luar negara mahupun pelancong tempatan. Menghimpunkan pelbagai makanan yang sedap-sedap dan menarik hati untuk mencubanya. Nasi Kandar, Char Kuey Tiaw, Pasemboq, Sup Hamed, Mee Goreng Sotong antara nama-nama popular di Pulau Pinang.

Muzium Patung dan Taman Warisan di Teluk Bahang ialah satu tarikan yang tak patut diketepikan. Ia menempatkan lebih 70,000 patung, koleksi seperti dinosaur, patung Barbie, watak buku komik, dan figura aksi. Tidak disangkal lagi, tempat ini sangat popular dikalangan kanak-kanak dan penggemar patung!

Apa lagi yang best di Pulau Pinang? Fort Cornwallis! 


Gambar dari Google Image

Kubu pertahanan lama ini terletak bersebelahan Padang Kota Lama merupakan satu destinasi yang cukup bersejarah di Penang di mana lokasi inilah yang menjadi tempat pendaratan Sir Francis Light pada tahun 1876. Kubu ini masih dalam keadaan yang baik dan tembok batu bata yang mengelilingi kawasan ini masih utuh berdiri. Di dalam kubu ini terdapat beberapa bangunan yang merupakan sebahagian daripada fungsi kubu ini seperti bilik simpanan serbuk sejata api, van tentera, meriam, gereja lama & rumah api.(sumber: cari destinasi)

Jadikan Pulau Pinang tempat destinasi pilihan korang kalau bajet untuk melancong di dalam negara. Selain dekat, ianya juga berbaloi dengan menu makanan yang lazat dan lanskap yang indah dan cantik.

Pernah pergi ke Korea? Korea Selatan mendapat tempat pelancong dari Malaysia ke sana kerana populariti K-Pop dan juga makanan! Ahaa, makanan mereka mula dibawa masuk ke Malaysia seperti mee segera mereka, Samyang. Tetapi, jika korang berada di Korea Selatan sekarang, mudah ke nak makan makanan halal?


Korang boleh baca sedikit tips dan panduan di sini, Tip Mencari Makanan Halal untuk Pelancong Muslim di Korea yang menyenangkan korang untuk bersiap-sedia jika pergi ke Korea Selatan.

Korea juga pilihan ideal bagi mereka yang masih dalam mood berbulan madu, kerana pulau-pulau di Korea Selatan menjanjikan 1001 kenangan terindah buat anda dan pasangan. Siapa tak kenal dengan Jeju Island, Nami Island, kan?


Nami Island

Tiket murah ke Bandung?

Eh, serius la ada tiket murah ni? Jom aku tunjukkan tiket murah ke Bandung bersama Traveloka. Ini adalah contoh, aku gunakan tarikh promosi 11.11.2017 dan balik pada 13.11.2017, terpulang pada korang nak balik pada tarikh bila, hehe!

Tapi, ambil peluang untuk promo 11.11 yang dibawakan exclusive oleh Traveloka.


Buka laman web Traveloka, dan cari ‘What interests you?’ di bahagian bawah, dan klik. Akan dipaparkan gambar seperti diatas. Untuk mendapatkan promo 11.11, minima adalah 2 pax penumpang dan tiket pergi balik (return).



Carian dalam Traveloka, akan dipaparkan seperti diatas. Boleh buat pilihan yang mana satu. Kalau korang perhatikan, ada beberapa flight yang Traveloka akan berikan. Ikut pada anda membuat pemilihan yang terbaik.


Carian dan keputusan yang diberikan oleh Traveloka, memastikan korang dapat tiket penerbangan yang murah dan berpatutan. Contoh, aku pergi menggunakan flight AirAsia dan balik menggunakan flight Malindo, menjadikan tiket untuk seorang adalah RM498.47 sahaja. 

Jika menepati bajet dan keselesaan korang, proceed untuk next form sehinggalah korang dapat e-Tiket untuk pergi ke Bandung, Indonesia.

Dapat tak beberapa idea untuk promosi 11.11 yang bakal tiba tak lama lagi? Bukan sehari promo, tapi 3 HARI! Ye, aku ulang, 3 HARI! Jangan ketinggalan menempah tiket penerbangan korang di Traveloka taw!




0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...