Kari Kepala Ikan power @ seksyen 21 Shah Alam by shahroll

Sunday, October 01, 2017 SHAHRUL HAIRY 0 Comments




As salam, hello readers...

Alhamdulillah, dapat juga aku update blog ni buat sekian lama. Berhabuk ye dak? ahaaa! Busy benar rasanya tahun ni. Ok lah, untuk edisi kali ni, aku nak share dengan korang tempat makan tengahari aku makan Kari Kepala Ikan power yang ada di seksyen 21, Shah Alam.


Kari Kepala Ikan Power @ Shah Alam 

Bagi korang yang tak biasa dengan Shah Alam, kedai ni terletak berhampiran dengan kilang gula CSR tu. Kedai makan ni takde signboard pun. Tapi tersembunyi sesuatu menu yang perghhhhh merecik hawau!. kalau tak jumpa jugak, cuba cari station minyak Petron memang dekat dah tu dengan kedai Kari Kepala Ikan Power ni.

Hari tu aku dikenakan RM17 untuk hidangan Kari Kepala Ikan, Nasi putih+belacan+sayuran ulam2 dan Teh Ais. Ikan dia macam gambar diatas, penuh satu pinggan.

Jom layan video review aku dibawah ni;


Memang tak rugi korang bawak 1 family layan kari kepala ikan power kat sini. Harga berpatutan. Korang kena mintak kat owner untuk makan berapa orang, nanti dia sediakan dalam pinggan. Kalau korang ambil sendiri di tempat lauk, apa yang tinggal je lah. So, request!


Happy weekend guys!





0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...