Menu terbaik Sarawak di Sarawak's Bowl @ Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur

Wednesday, August 02, 2017 SHAHRUL HAIRY 1 Comments




As salam, hello readers...

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menulis di blog terbaik di Malaysia iaitu shahrulhairydotcom dan hari ni, aku akan membawa korang semua, menjelajah makanan yang jauhhhh dari sebelah malaysia timur iaitu SARAWAK

Terima kasih kepada Kiple yang mana telah mengaturkan satu program yang mana di panggil Kiple Influencer Program (KIP) dan aku berbangga menjadi salah sorang daripada KIP squad!



Untuk pergi ke Sunway Putra, Kuala Lumpur aku memilih untuk naik pengangkutan awam sahaja. Sebab senang kan? Naik je KTM dari Shah Alam dan terus ke station Putra. Jalan sikit, dah boleh nampak Sunway Putra mall dekat je dengan station KTM.


Tak susah mahu ke outlet terbaru Sarawak's Bowl disini. Just naik ke level 4, sampailah korang ke Sarawak's Bowl. Aku tak keseorangan masa ni, ada beberapa orang bloggers dibawah KIP datang lebih awal dari aku untuk sesi food review, nice! 


Apa yang best? Jom kita tengok menu-menu yang aku snap untuk tatapan korang.


Sarawak's Bowl: Walai Jami Our Home


Mains menu
Menu utama yang ada di Sarawak's Bowl adalah seperti Sarawak Laksa uncle Liew, Sarawak Kolo Mee, Mee Jawa Nyonya Tey (lembu), Sarawak Mee Sua, Sarawak Mee Kuah Manuk, Ba Zhen Mee Sua, Nasi Lemak Ayam Goreng Paha, Kolo Mee 3 Rasa, Nasi Lemak Rendang Ayam Pak Latip, Nasi Lemak Daging Masak Hitam Manis, Ayam Pansoh dan juga Bubur Ayam.

terbaik semua menu-menu dari Sarawak ni kan? fuuhhhh!! 






Snacks


Beverage

Banyak kan menu dia dalam tu? so, kami di hidangkan beberapa menu dari Sarawak's Bowl dan minuman yang ummph! Menu yang paling aku nantikan adalah, Mee Kolok Sarawak la, yummeh!


Sarawak Laksa uncle Liew

Hidangan pertama yang dihidangkan kepada kami. bau dia saja dah buat aku tak sabar nak 'ngapp' (makan). Rasa dia agak kuat, like herb camtu, but nicely la. Tak disangkal udangnya fresh dan rasa pedas dia, tidak begitu menyengat. saya bagi 4 bintang!


Sarawak Kolok Mee

Personally, aku memang dah lama cari mee kolok korang tahu tak? So, bila ada kesempatan makan mee kolok yang original dari Sarawak, terus jatuh cinta! Mee yang lembut, daging yang juicy membangkitkan selera bagi penggemar mee kolok Sarawak. Oh, dorang berikan sekali sup ayam dalam mangkuk yang kecil bersama mee kolok ni ya. Aku berikan 5 bintang kat mee kolok ni, yumm yumm!


Mee Jawa Nyonya Tey (lembu)

Kuah yang pekat, daging yang lembut dan satay yang juicy. Ini menu yang ketiga yang dihidangkan dan aku syorkan mereka yang suka kan kuah yang pekat dan lazat, cuba lah mee jawa ni, ok? 4 bintang untuk hidangan terbaik ni.


Ba Zhen Mee Sua

Bagi mereka yang sukakan sup ayam, boleh mencuba hidangan Ba Zhen Mee Sua. Sup herba yang agak kuat herbs dia dan ayam yang lembut. Kurma cina yang ada dalam menu tersebut, membangkitkan aroma yang tersendiri bagi membuka selera korang. Aku bagi 4 bintang


Nasi Lemak Daging Masak Hitam Manis

Aku tertarik dengan daging yang hitam manis. Syok weh! Sambal dia, aku memang suka rasa manis dan pedas yang terdapat dalam sambal tu. Bila semua items bersatu, meletops di mulut! Aku bagi 5 bintang.


Ayam Pansoh

Satu lagi tarikan yang ada di sini adalah, Ayam Pansoh. Ayam yang disajikan didalam buluh dan bersamanya adalah nasi ungu yang seakan-akan pulut hitam kan? tapi nasi ni sedap korang tahu tak? Bukan makan nasi perang tu ye, haha! Rasa ayam yang marveles, aku kasi 5 bintang!

Bagi sesi membasahkan tekak, pihak Sarawak's Bowl menyediakan beberapa minuman yang terdapat di outlet ni. Sedap? best? semua pun terbaik! nama-nama air minuman ni ada di dalam menu di atas. Kornag baca eh? ahaa!



Kopi Susu Cham

Personally, aku lebih suka Kopi Susu Cham. Lemak dan pekat teh yang disediakan kat sini, memang kena dengan aku yang gemarkan kopi susu yang kuat aroma dan pekat rasanya. Aku syorkan yang kaki kopi tu, minum this one. Marvelesss!

Bagi korang yang nak berkunjung ke Sarawak's Bowl, boleh lihat alamat mereka dibawah;

Lot S28 & S29, 2nd Floor, Setapak Central Mall,
67, Jalan Taman Ibu Kota, Taman Danau Kota,
53300, Kuala Lumpur.

facebook page: Sarawak's Bowl
Instagram: Sarawak's Bowl



1 comments:

macam sedap jer makanan kat situ.. aduhh laksa sarawak tu sure sedap

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...