Minda Jutawan Aliff Syukri? by shahroll

Monday, May 01, 2017 shahrul hairy 0 Comments




As salam hello readers...

Aku beli buku Dato Aliff Syukri di MPH sebab dah lama aku tak beli buku Bahasa Melayu. Untuk menambah pengetahuan perihal dunia business, lagi-lagi dalam bentuk Bahasa Melayu, aku memilih untuk membeli buku coretan yang diterbitkan oleh Onny Mustaffa

[Ads: Defence news]



Bermodalkan RM59.90 aku mendapatkan bahan bacaan yang boleh dihadam dalam kepala dan penulisannya juga agak ringkas. Macam Dato berborak depan aku je rasanya. HAHA! Dan naskah ni juga dapat CD rakaman audio bersama Dato Aliff Syukri.

1 Mei 2017, aku cuba habiskan sampai bab 7 untuk bahagian kedua dalam buku ni. Dari awal bab sehingga ke bab 8, penekanan minda diterapkan oleh Dato bagi orang yang nak berjaya. Tak seperti beliau, malah lebih lagi kalau minda korang tu dah set seperti mana Dato ajarkan dalam buku ni.

Aku akui, buku ni tak membawa apa-apa makna kalau korang setakat baca dan letak buku ni dalam rak buku, tanpa ada apa-apa tindakan susulan selepas korang baca. Dari pengalaman Dato yang luas dan ditambah dengan empayar yang telah dibangunkan oleh Dato, bukan calang-calang orang nak kongsikan secara terperinci apa yang dah dilakukan.

poster sumber: Azhan blog

Aku syorkan kepada korang yang nak memulakan perniagaan atau yang sedang membuat business, boleh beli buku ni dan ambil aura-aura yang positif serap dalam diri korang. Bak kata orang putih, "stand by your though"

Steady Dato!

Happy Public Holiday!!


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...