Ayam Kampung Kacuk: Al Watan sedia menerima tempahan! by shahroll

Saturday, April 22, 2017 SHAHRUL HAIRY 0 Comments




As salam, hello readers...

Bila sebut ayam kampung je, terus teringat dengan liatnya daging ayam tu, betul tak? Selalunya ayam kampung sesuai dibuat sup kerana manisnya daging ayam tu dan tempoh masak sup tu pun agak lama, bagi melembutkan isi ayam tersebut. Tapi dengan teknologi yang semakin canggih, walaupun ayam kampung, korang dapat menikmati rasa daging ayam kampung dengan rasa yang lembuut!

AYAM KAMPUNG AL-WATAN

Dengan ayam kampung Al-Watan, korang dapat menikmati rasa ayam kampung tapi isi dia lembut. Kenapa jadi macam tu? Ini sebabnya, ayam dia telah di kacukkan dengan baka ayam kampung bersama ayam daging. Pernah dengar ayam hybrid? boleh baca artikel di Sinar Harian


Gambar di atas, aku dapat 1 ekor ayam kacuk yang dibeli melalui seorang kenalan untuk merasa ayam kacuk ni. Berat dia lebih kurang 700gram dan harganya juga berbaloi dengan rasa ayam kampung, manis! Apa yang aku buat dengan ayam tersebut?

Ayam Goreng Berempah Al-Watan

Nasi Goreng Ayam Al-Watan

Ayam yang didatangkan bersih dan bau "darah ayam" juga masih jelas kat hidung aku ni. Maknanya, ayam diberikan tu masih fresh dan kualiti rasa juga terjamin. Terima kasih kat Ayam Kampung Al- Watan yang menyediakan perkhidmatan menjual ayam yang suci lagi halal!

Ayam Kampung Al-Watan membeli dalam skala borong

Oleh kerana permintaan terhadap ayam kacuk dan organik ini tinggi nilainya di pasaran, aku cadangkan kepada mereka yang mahu memborong tu, boleh contact team Ayam Kampung Al-Watan seperti dibawah;




Happy Weekend!!


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...