Part #1 Pulau Langkawi: 4 hari 3 malam #familytrip by shahroll

Thursday, March 30, 2017 shahrul hairy 0 Comments




As salam, hello readers...

Alhamdulillah, setel part hantar invoice dan task Facebook Manager. Ada beberapa tasks yang tak sempat nak hadap, rest jap dengan update blog shahrulhairydotcom ni. HAHA! Blogging for release tension, right?

Aku ke Pulau Langkawi minggu lepas bersama keluarga belah isteri aku. Kali ke-2 sebenarnya ke Langkawi, tapi ini lebih menyeronokkan sebab bercuti 4 hari bersama family. Ada seramai 12 orang members dalam trip kali ni.

Dataran Lang

1) Aku ambil cuti sejak bulan Januari. So tak ada masalah sebab dah approve awal (2 bulan sebelum tahu!) haha. Pergi masa cuti sekolah pulak, semua homestay, transport ada sedikit mahal. Pepandai la korang nego

2) Aku stay di area Bukit Temin, Kendawang. Aku pun tak sure, tapi bila cuti sekolah sekali dengan ada event LIMA, kebanyakkan homestay pun penuh. Mana yang ada kita rembat. By the way, yang uruskan hal-hal penggangkutan, rumah ni kakak-kakak ipar aku. Baguih depa ni!

3) Aku bawak van besar kat sini. Tak sangka aku pandai bawak van diesel 3.0 punya van tu. Urvan ke hape tah, lupa. Sedap bawak jenjalan. Naik bukit bila kitorang ke Skycab cable car tu, selamba je. 80km/j pun dah cun bila bawak-bawak family jalan. hehe!

4) 1st day tak ada apa sangat. Sampai airport, cari van yang owner park area airport lepas tu pergi makan tengahari berdekatan dengan homestay. Beli barang-barang kering sket untuk bekalan kat rumah. Alah, beli beras sket, telur, sardin. Boleh jimat ye dak?

5) Langkawi banyak homestay best-best! Lelagi area Pantai Chenang. hehe!

Aku buat overview dulu la ye. Esok-esok aku sambung beberapa part lagi. HAHA! saja la kasi korang baca blog aku banyak kali. HAHA!

enjoy!

Tokey van nanti di Langkawi! Aminn.. haha!





0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...