Review: Filem PAK PONG by shahroll

Monday, February 27, 2017 shahrul hairy 0 Comments




As salam, hello readers...


Tak lengkap rasanya bila dah menonton sesebuah filem, tak review di dalam blog shahrulhairy dot com kan? ahaa! Ini lah dia filem PAK PONG yang ditayangkan di seluruh pawagam bermula pada 23 Februari 2017!



poster rasmi PAK PONG

Walaupun filem ini "perap" sehingga 5 tahun, tapi level filem ini patut dipuji kerana unsur teknologinya yang begitu segar sekali. Bayangkan CGI atau efek khas yang digunakan seakan selari dengan 2-3 tahun kehadapan. Bagus kan?



Barisan pelakon terdiri daripada Dato' Eizlan Yusof, Siti Saleha, Hairul Azreen, Amber Chia, Fauzi Nawawi, Jasmin Hamid, Badrul Shah, Syawal AF dan banyak lagi barisan pelakon yang popular.


Review filem PAK PONG

1) Filem arahan pertama oleh Fauzi Nawawi berbentuk fantasi tetapi melibatkan banyak unsur-unsur kemelayuan dalam filem tersebut. Banyak unsur kemelayuan diletakkan di dalam filem ini seperti puteri bunian, pakaian Melayu dahulu kala, jerat ayam dan banyak lagi. harus tonton!

2) Pemujaan syaitan juga diterjemahkan dengan baik dalam filem PAK PONG. mana mungkin kita boleh meminta selain dari Allah SWT untuk setiap hajat kita, kan?

3) Lokasi, masa dan latar belakang filem kena dengan apa yang nak disampaikan kepada penonton. Lagi-lagi kat alam bunian tu! 

4) Alam bunian dan Alam manusia, berbeza waktu. Memang betul rasanya, kalau termasuk ke dalam alam bunian tu, waktu macam singkat je tapi bila kat alam manusia, 5 tahun kau terperangkap dalam tu. perghhh.. lama kot!

5) Nak tengok Dato' Eizlan yusof melawak dalam filem ni? terjah panggung ok!


Sekitar Majlis Malam Gala


Dato' Eizlan Yusof

sedutan filem PAK PONG 

Team Online Media sedang interview Lisdawati

 Barisan pelakon PAK PONG


Sinopsis Pak Pong
Pak Pong mengisahkan tentang seorang lelaki kerdil yang terlalu inginkan kesempurnaan dengan menjadi lelaki normal yang kacak. Untuk merealisasikan keinginannya itu, dia telah menuntut ilmu dari kitab pengasih - Pak Pong yang salah sehingga dia lupa dirinya dan akhirnya perbuatannya telah memakan dirinya sendiri.

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Fantasi Komedi
Studio :  9 Country Film Sdn Bhd
Penerbit : Raja Mohammad Hj Mohd Ismail
Pengarah : Fauzi Nawawi
Skrip : Fauzi Nawawi
Pelakon : Hairul Azreen, Siti Saleha, Badrul, Eizlan Yusof, Jasmin Hamid, Fauzi Nawawi, Kaza, Ah Chong, Lisdawati, Saiful Apek, Nur Risteena, Ember Chia dan Marsha Milan.
Tarikh Tayangan : 23 Februari 2017





PAK PONG CONTEST!!



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...