Salmon soup: Masakan ringkas untuk para suami! by shahroll

Friday, April 29, 2016 SHAHRUL HAIRY 1 Comments




As salam, hello readers...

Alhamdulillah, ber-update lagi abam shahroll dalam blog ni. Sekarang update tak boleh selalu ya, al-maklum lah sekarang berbeza situasinya sebelum abam shahroll kawin. Maka, mana yang ber-update ni, bersyukur lah kalian, dapat membaca dan stalker blog abam. HAHA!

Terima kasih kat wife abam shahroll, yang paham pasal life seorang blogger (part time cam abam). Muahciked!

ok, kali ni abam shahroll nak bagi resepi mudah, cepat dan pantas untuk para suami kat luar sana. Sekali-sekala memasak untuk isteri, mesti best kan?

salmon soup by SH

Memasak ni bukan susak pun. Orang kata campak-campak je jadi. Cuma rasa masin tak masin tu je lah menjadi indikator masakan ko sedap ke tidak. Chef kat luar sana bil abaca blog aku ni, tolong jangan nak kecam sangat eh sebab aku bukan chef pun! haha...

Apa yang perlu ada nak buat salmon soup ni?
1) Kepala ikan salmon
2) Tomato
3) Bawang putih+merah
4) Daun sup
5) Halia

Cara masak:
1) ambil periuk dan penuhkan dengan air. Masukkan kepala ikan Salmon tu.
2) Lepas dah berwap sikit, masukkan bawang merah dan putih yang korang kena potong. Tak payah tumbuk pun takpe.
3) Masukkan sikit garam+serbuk perasa
4) Minyak ikan salmon semula jadi mula keluar. Biarkan dan masukkan tomato
5) Hidangkan bersama nasi panas, yummeh!

Aku dah cakap, senang je. Praktis kan masakan ni bila isteri atau wife korang tengah berpantang atau outstation. Cepat, mudah dan menyelerakan!

selamat mencuba.

enjoy!




1 comments:

selalu kita buat kari salmon.. rasa lemak2 manis ikan salmon tu mabeles.. kalo setengah orang tak suka sebab salmon kan mcm hanyir skit..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...