Strategi pemasaran: grafik marketing? by shahroll

Friday, November 27, 2015 SHAHRUL HAIRY DOT COM 0 Comments




As salam, hello readers...

Aku nak mulakan macam mana, untuk explain benda ni pun aku tak tahu macam mana. Cuma boleh la kot aku bagi sedikit pandangan dan kongsi cara pemasaran yang baru bagi aku dan juga mereka yang belum tahu. Yang dah expert, aku mohon boleh beri pandangan dalam komen eh?

Ramai sekarang yang mahukan produk atau perkhidmatan mereka dikenali dan diingati oleh pembeli baru atau yang lama. Dan dalam pemasaran, terbahagi kepada 2 bahagian, hard-selling dan juga soft-selling.

Aku petik soft-selling dulu. Soft-selling ni boleh dikatakan tidak terlalu menekan terhadap produk atau perkhidmatan semata-mata. Dia lebih kepada "nilai" dalam produk. Contoh: informasi berguna yang dikongsi di laman sosial. Walaupun bukan informasi terhadap produk, tapi ianya berguna kepada orang lain, tahap SHARE dan LIKE itu bertambah.

Aku berikan contoh aku dibawah untuk business kerepek Laila Crispy;


grafik marketing

Grafik diatas aku hasilkan, menyentuh kepada aspek rumahtangga+realiti hidup sekarang. Dia lebih dekat dengan situasi semasa, lagi tinggi untuk mencapai organic reach. Setakat ini, reach yang dicapai untuk grafik ini adalah sebanyak 1,247 reach bersamaan dengan RM10 untuk Facebook Ads jika korang membeli FBAds.

Maka, kalau korang sebagai business owner, boleh praktiskan cara ini, samada korang buat sendiri copywriting atau just cedok mana-mana ayat yang korang fikir rasa best dan membuat orang lain nak share grafik marketing korang. Jangan kedekut untuk backlink kan mana sumber yang korang ambil tu =)

enjoy!





0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...