(Review) Malaika Facial Treatment Oil: Beauty, Natural, Flawless

Saturday, October 03, 2015 SHAHRUL HAIRY 0 Comments




As salam, hello readers...

Syukur Alhamdulillah, berkesempatan lagi untuk menulis di ruangan blog. Minggu yang agak sibuk juga sebenarnya dengan pelbagai tugasan di pejabat dan juga kerja-kerja yang lain. Apa pun, semuanya dah beres!

Ok guys, kali ni aku nak cerita sikit tentang produk kecantikan. WHAT? shahroll buat review produk kecantikan? WHY NOT kan? hehe! sekarang ramai pe metroseksual yang pentingkan penjagaan wajah yang smooth, rapi dan smart. 

Ini salah satu produk yang boleh consider dalam bajet korang nanti.


Malaika Oil sampai di tangan aku pada 29 September 2015

Cantik kan packaging dia? Belum aku buka lagi bubble wrap tu, sebab nak tunjuk kat korang, inilah actual product delivery yang dorang akan hantar nanti bila korang nak membeli Malaika Oil. Estimate sampai dalam masa 3 hari untuk sampai kat tangan korang ye!

Maka, bermula lah sesi memakai Malaika Oil kat muka aku. Pada awalnya, aku agak gusar dengan produk Malaika Oil ni. Bukan apa, aku takut kulit aku tak serasi dengan minyak ni. Mujur ada guideline dari agen yang menjual.

Lagi satu, dekat kotak Malaika Oil ni pun dah ada terang-terang logo HALAL dan disahkan selamat digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dengan nombor pendaftaran NOT 150403152K
Harga: RM49 (tidak termasuk postage)


Then, aku try sapu sikit kat muka, pakai 1 kali sehari. Aku pakai lah, dan tunggu hari berikutnya untuk rasa kesan gatal ke, mengelupas ke ape ke kan.

4 in 1 photos

Atas sekali belah kiri tu, kulit aku la. Memang aku ada problem parut jerawat sejak aku sekolah menengah lagi. Aku biar dan biar tanpa ada rawatan susulan. Dengan Malaika Oil ni, aku teringin nak pulihkan balik sel kulit yang dah "mati" tu kan.

Dan keesokkannya, aku TAK rasa pun ada gatal-gatal kat kulit muka aku ke, rasa terbakar ke, nak menggelupas ke, langsung takde. Kulit aku sesuai dan serasi la dengan minyak ni. Lepas tu, aku gandakan pemakaian 2 kali sehari. Buat sebelah pagi dan petang.

Dalam website Malaika Oil pun ada mention untuk menghilangkan jerawat, hapuskan jeragat dan memudarkan parut. Aku ada jerawat kecil yang tumbuh kat bawah bibir sebelah kiri. Aku titikkan kat jerawat tu minyak ni, dan jerawat tu pun mengecut! 

Alhamdulillah dengan izin-Nya.

kelebihan menggunakan Malaika Oil

Apa kandungan bahan dalam Malaika oil?

Bahan-bahan yang terkandung dalam Malaika oil adalah Extra Virgin Olive Oil (EVOO), Lemon Oil, Castor Oil, Temu lawak Powder, Herba dan bunga-bungaan. First time buka kotak aritu, bau lemon menerjah hidung aku. Sedap betul bau lemon, terasa fresh! Dan yang penting, dominasi bau lemon itu lebih berbanding bau bahan yang lain. Wangi, aku suka!

salah satu update dari Malaika Oil dalam FB page mereka


Siapa pengasas Malaika Oil ni?

Cik Humaira Hasnan

Terima kasih kepada pengasas Malaika Oil, Cik Humaira Hasnan yang memformulasikan sendiri Malaika Oil ini. Katanya, asal Malaika Oil diperkenalkan kepada rakan-rakan terdekat beliau, tetapi atas permintaan yang ramai, Cik Humaira telah pun mengkomersilkan produk Malaika Oil dengan berkongsi rahsia kejelitaan ini.

Produk ini juga dikilangkan di Kota Bharu, Kelantan. Alhamdulillah, semakin ramai usahawan Bumiputera menceburkan diri dalam bidang kecantikkan untuk lelaki dan wanita.

Bagaimana nak guna produk Malaika Oil ni? Jom tonton youtube yang telah disediakan;


Jadi, apa kesimpulan aku untuk produk Malaika Oil atas kulit aku sendiri?

Setelah mencuba produk ini masuk hari ke-3, Alhamdulillah semakin baik. Whiteheads aku di sekitar hidung berkurangan,kulit tidak berminyak sangat seperti selalunya. Korang tahu kan, bila minyak banyak di permukaan kulit muka, itu yang timbulnya jerawat.

Ini baru 3 hari pakai. Aku akan sambung pakai selama 1 bulan untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.


Bagi korang yang terdetik nak membeli atau berminat nak beli produk terbaik ni, butiran seperti dibawah;

Facebook  Business page: https://www.facebook.com/malaikaoil

enjoy!




0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...