Review: Pakej perkahwinan menarik di Orchard Villa @ Gombak

Thursday, September 03, 2015 shahrul hairy 1 Comments




As salam, hello readers...

Alhamdulillah, hari tu aku sempat pergi ke area Gombak untuk melihat sendiri pernikahan dalam lokasi yang unik. Kenapa unik eh? sebab akad nikah yang di langsungkan itu berada di dusun! Tak percaya kan? Aku pun pelik, tapi inilah dia keunikkan yang cuba dibawa oleh Felda D'saji di Orchard Villa @ Gombak

ruang masuk utama

Aku datang awal masa ni. Seawal jam 7 petang. Lampu-lampu yang ada disini belum buka sepenuhnya, So, dapatlah gambaran dimana, jika datang belah pagi Orchard Villa ini nampak lebih "natural" dengan hijauan daun-daun, pokok-pokok yang ada disekitar dan lebih seronok, bunyi deruan air di sebelah menyeronokkan! Macam nak pergi berkelah.

jam 7 petang. Terserlah "keayuan" tempat ni

Jam 8.30 malam. Majlis akad nikah bermula

Actually, majlis akad nikah di sini menawarkan pakej RM5,000 untuk 50 orang makan siap dengan pelamin yang indah, Emcee majlis dan PA system. Macam event ini, yang hadir 250 orang, maka just tambah duit untuk makanan saja.

pelamin untuk pengantin

meja makan sekitar pelamin

Kedudukan untuk akad nikah seperti diatas. Ditengah-tengah tu untuk pengantin di ijab-qabul kan, pelamin dan sekitar meja makan yang disediakan oleh Felda D'saji. 

Susunan yang teratur, bersih dan menawan ini tidak lain tidak bukan adalah hasil dari krew-krew Felda D'saji yang bertungkus-lumus menyiapkan hari bahagia anda!

sebahagian dari krew Felda D'saji

ketika majlis akad nikah berlangsung

Majlis akad nikah berjalan dengan lancar. Ada dayang-dayang dan hulubalang yang segak dan manis-manis belaka. Mereka yang datang ke sini aku perhatikan, seronok bergambar disebabkan suasana yang best untuk ber"selfie" walaupun malam hari. 

Disini terletak peranan lampu-lampu yang dipasang membangkitkan suasana mewah dan exclusive!

pengantin perempuan bersama pengapit

Hulubalang+Dayang

Dayang-dayang siap sedia

Hulubalang yang setia menanti

Oh lupa nak mention, pihak Felda D'saji hanya menawarkan tempat Orchard Villa dan catering (makanan) sahaja ya, majlis tu korang boleh decorate sendiri nak buat macam mana. Tak pun boleh bincang dengan pihak Orchard Villa, apa konsep yang korang nak buat.

Senang kan?





Orchard Villa @ Gombak

Ok lah, bagi mereka yang berminat mahu mengadakan majlis akad nikah ke, sanding ke, bertandang ke, boleh lihat pakej seperti dibawah;

1) Ruang makan berkapasiti 400 pax dalam satu masa
2) Fasiliti seperti surau, bilik persiapan dan tandas yang selesa
3) Ruang parking yang luas dan dikawal oleh pihak RELA bertugas
4) Hanya serendah RM28/pax untuk menikmati majlis idaman dan kenangan sepanjang hayat

FULL PACKAGES: Orchard Villa @ Gombak

Hubungi: Felda D'saji (03-26988302) atau email salesdsaji@felda.net.my

Alamat: ORCHARD VILLA @GOMBAK, Desa Makmur, Batu 10 1/4, Sungai Salak, 53100 Gombak, Selangor.

Kordinat: N: 3.272886 E: 101.728487

enjoy!





1 comments:

cantiknya tempat ni.. serius kagum kalo sapa2 nak kawin buat ala2 rimba gini.. memang lain dari yang lain lah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...