BPMC Training: Career Mentor and Driving SME-L's Breakthru Strategy

Saturday, June 27, 2015 SHAHRUL HAIRY 0 Comments




Pertama kali berjumpa bersama pengasas BPMC training, Encik Othman datang dari jauh, Damansara. Aku menunggu di restoren Nasi Lemak Cinta Sayang di seksyen 13, Shah Alam untuk aku mendengar apa yang mahu disampaikan oleh Encik Othman.

Siapa BPMC Management Consulting?
Encik Othman merupakan pengasas BPMC, business consultant dan juga tenaga pengajar bagi bidang pengurusan (management).  BPMC ini berfokuskan pengajaran dalam program Leadership, Strategy, Factory Management, Business Process, LEAN Transformation, Customer Management, Sales & After Sales Operation dan Entrepreneurship. Beliau telah banyak kali membuat latihan untuk pihak swasta dan juga kakitangan kerajaan.


Encik Othman Hj Ismail
Principal Performance Officer & Trainer Certified HRDF Trainer
Member S.A.E (USA)


Encik Othman juga berpengalaman selama 25 tahun dalam Industry Automotif, Logistic & Retail dan telah bekerja beberapa peringkat di dalam organisasi. Cukup untuk Encik Othman memahami strategi, pengurusan, tektikal dan seumpamanya. Tempat terakhir Encik Othman berkhidmat adalah di salah sebuah syarikat conglomerate di Shah alam sebagai Pengurus kanan or Senior Manager.


Antara peserta BPMC Training

Kepakaran BPMC adalah untuk membantu syarikat atau organisasi membangunkan strategi yang berkesan, keputusan perniagaan dan bertindak balas dengan cepat persekitaran pasaran yang berubah-ubah. Selain itu, BPMC juga menekankan aspek pembangunan organisasi yang cemerlang.


Antara core module yang terdapat dalam BPMC Training adalah;
1) Practical Approach in Achieving Strategic Operational Excellent
2) Implementing Just In Time for Corporate Survival (all Industry)
3) Implementing TQC & QA
4) Implementing Lean Manufacturing & Supply Chain
5) High Performance Organization (for sustainable profit)

Module boleh dilihat di pautan berikut:

1) JUST IN TIME
2) OPERATIONAL EXCELLENT
3) TQC

Dengan memiliki kepakaran dalam bidang tersebut, BPMC akan mengadakan training pada bulan OGOS 2015 dan hanya 20 peserta sahaja yang boleh berdaftar dengan BPMC. Update kedua akan menyusul untuk keterangan lebih lanjut berkenaan dengan training tersebut.



UPDATE: 02/07/2015

TRAINING CALENDAR (sila rujuk)

muat turun BPMC flyers

Bagi anda yang berminat untuk menyertai kursus pengurusan oleh BPMC Training pada bulan OGOS 2015, butiran adalah seperti berikut;


TARIKH: 8 & 9 OGOS / 15 & 16 OGOS 2015  
MASA: 8.30 PAGI HINGGA 5.00 PETANG 
TEMPAT: PKNS Biz Point, seksyen 7, Shah Alam (belakang Wisma Jakel)

Butiran anda untuk menyertai kursus ini, seperti berikut;

1) NAMA PENUH
2) ALAMAT SYARIKAT
3) NOMBOR TELEFON
4) EMAIL
5) BUKTI BAYARAN 

Bayaran: RM530/seorang (akaun Maybank- 562272301551)

boleh di email pada bpmc.500@gmail.com (En.Othman Ismail) atau SAH kan kehadiran anda kepada Cik Syuhada ditalian: 011-31442865




0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...