Food Review: HOMST Restoren Cina Muslim di seksyen 13, Shah Alam by shahroll

Friday, August 01, 2014 SHAHRUL HAIRY 0 Comments




As salam, hello readers...

Pertama kali aku menjejakkan kaki ke restoren cina muslim untuk berbuka puasa. Ini cerita di hujung-hujung puasa yang lalu. Aku bersama rakan-rakan "seperjuangan" dalam sesi makan-makan datang ke sini dengan satu matlamat, merasai kenikmatan berbuka puasa dengan menu makanan cina muslim yang di khabarkan enak dan terbaik!

Lokasi restoren terletak di seksyen 13, Shah Alam betul-betul tepi jalan susur keluar ke station minyak Petron. Senang je landmark dia (belakang Tesco Extra)

Homst Restaurant, branch Shah Alam

Tempahan tempat telah dibuat awal oleh rakan seperjuangan makan-makan kali ni. Puak pemisah yang ada masa ini aku, Syazwan & Nizam (boss nih!) semua bagai muka serigala jadian menunggu mangsa untuk menjamah menu-menu yang dipilih.


Menu makanan di Homst Restaurant

Jika korang tanya aku dari segi harga, terus-terang aku katakan, harga nampak murah tapi ikut portion yang dipilih. Kalau pilih saiz besar, besar sikit lah pelaburan yang kena keluar. Ada yang dah fixed price =)

Apa yang kami order?
1-Crab Meat Shark Fin Soup
2-Sizzling Taufu
3-Salted Egg Yolk Soft Shell Crab
4-Lemon Chicken
5-Asparagus
6-Buttered Prawns
7-Deep Fried Sotong

Crab Meat Shark Fin Soup

Hidangan ni aku bagi 5/5 star der! Fuhh, sekali makan memang ketagih. Rasa lemak-lemak yang sekata, taburan isi ketam yang seimbang, membuatkan korang rasa terapung-apung bila menikmati sajian ni. Menu yang sangat aku rekemen untuk korang!

Sizzling Taufu

Hidangan taufu ni sebenarnya biasa-biasa je. Ada taucu sikit, ada telur separuh masak dengan sayur campuran. Rasa taucu yang kuat agak kemasinan sikit disitu. 3/5 untuk hidangan ni...

Salted Egg Yolk Soft Shell Crab

Aku agak kecewa dengan ketam lembut goreng ni sebenarnya. Sebab apa? rasa daun kari dia kuat sangat dan tepung yang tebal! Memula makan macam sedap, 3-4 kali suap, terus out! Menu yang dinanti-nanti tetapi sedikit keciwa... 2/5!


Lemon Chicken

Ini menu yang aku pilih. Lemon chicken dah lama tak jamah hidangan ni, so kat sini baru berkesempatan. Gorengan ayam yang tidak terlalu masak, hirisan lemon diatas ayam tak berfungsi sangat sebenarnya sebab aku tak boleh nak perah! 3/5 saja...

Asparagus

Bau macam belacan, macam sambal merah sikit pun ada. Tapi sedap! tapi awas, korang akan cepat muak dengan menu ni kalau korang jarang-jarang makan asparagus. 4/5!

Buttered Prawns

Yang ni pula, udang yang digoreng terlalu garing! Diselimuti "kerosakan" itu dengan timbunan butter yang banyak. Tidak terlalu masin tetapi cepat muak juga... 3/5

Deep Fried Sotong

Sotong goreng biasa je, macam aku masak kat rumah. Nothing special about this menu. HAHA! 2/5!

Air kami minta 1 jug tembikai beserta dengan ais 1 bucket. Ternampak ais yang superb banyak, berkobar-kobar lah rasa hati nak minum air dengan banyak! Orang puasa memang air jadi sasaran utama.

Masa untuk menilai!
Cleanliness : 4.5/5
Ambience : 4.5/5
Food Quality : 4/5
Service Quality : 5/5
Value For Money : 3.5/5
Overall : 4.5/5


Jus tembikai!

Secara keseluruhannya, makanan disini memuaskan hati pelanggan macam aku yang pertama kali makan di kedai cina muslim. Kalau ditanya untuk makan disini lagi tak kali kedua, aku katakan YA sebab ada banyak menu yang masih aku belum cuba, terutamanya Dim Sum tu! 

Walaupun ada serba sedikit kecacatan dalam hidangan menu, itu perkara biasa yang penting, persembahan makanan tak jauh beza dengan apa yang ditawarkan. Terima kasih HOMST sebab buat hidangan yang baik untuk kami.

Masa untuk bayar!

enjoy!


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...