Setengah hari bersama pemaju rumah I & P Group dan melawat Flat Alam Impian by shahroll

Wednesday, April 30, 2014 SHAHRUL HAIRY DOT COM 7 Comments




As salam, hello readers...

Sabtu lepas (26 April) aku telah dipanggil oleh pihak pemaju untuk memohon pembiayaan rumah oleh bank-bank yang mereka sediakan. Sebenarnya, ini adalah cara pemaju untuk "menapis" mereka-mereka yang memohon rumah kos rendah ini, adakah layak memohon pinjaman rumah atau tidak.

Maka, kalau tak layak, rumah itu akan diberikan kepada mereka yang di dalam senarai menunggu (waiting list)

*Gambar rumah aku share dalam post INI*

berada di galeri I&P Group (sales gallery)

Bank yang menawarkan perkhidmatan peminjaman adalah Ambank. Setelah menunggu dalam 20 minit, aku pun dengar lah apa yang di katakan oleh perunding bank tersebut. Kira punya kira, tengok slip gaji semua bagai, aku PASS untuk memohon pinjaman tersebut. Kiranya aku ada 2 pilihan, samada nak pinjam bank ataupun pinjaman perumahan kerajaan.

Jika aku pinjam bank, kadar peratusan dia adalah sebanyak 4.6%+2% untuk BLR. Ini tidak fixed (tetap) kerana jika ekonomi merosot, nilai akan naik dan bayar untuk tiap-tiap bulan juga akan turut naik. Maka, aku fikir baik ambil loan kerajaan kerana kadar dia fixed hanya 4% sehingga habis tempoh pembayaran rumah.

Setel part tu, aku ke bakal rumah aku untuk ambil beberapa keping gambar untuk di tampal dalam blog;

contoh rumah, bukan rumah aku ni...

Pihak pemaju akan panggil semula pembeli rumah untuk "cabut undi" tingkat mana yang akan dapat. Rumah yang aku ambil gambar ni, memang dijadikan contoh kepada mereka yang datang ke flat ni. Pengawal keselamatan kat sini pon tak kisah nak ambil gambar di kawasan ni (orang Nepal!)

Bagi aku, rumah yang direka cantik, bagus dan semuanya kira OK, cuma ruangan dapur tu aku rasa agak kecil sikit. Fikir balik, rumah RM42k nak harap dapur besar, memang payah le!

Lagi pun nak duduk seorang diri je kan (buat masa ni) kalau dah berdua pun, masih lagi OK. hehe! syukur Alhamdulillah...

ground floor ada lot kedai sebanyak 8 buah!

Kemudahan di flat ini seperti lif, surau, mini taman permainan, parking motor & kereta, tempat pembuangan sampah. Melihat kapasiti parking, aku pasti akan sesak dengan penghuninya yang rata-rata akan ada 1 atau 2 buah kereta. Bayangkan kalau dah 9 tingkat? HAHA!

Aku minat kedai tu, macam nak sewa je. Nak bukak kedai kek & kerepek pisang tanduk

enjoy!


7 comments:

Unknown said...

SALAM TUAN, MACAM MANA NAK DAPAT RUMAH TU YER... KENA DAFTAR KAT ALAM IMPIAN KER... ATAU RUMAH NI PUN KENA TGK PEMBELI GGAK KER... KALO 42 K .. SEBULAN BAYAR BERAPA TU...

Waalaikumsalam Tuan Fairul,

Nak beli rumah ni, tuan kena pergi lihat laman web Lembaga Perumahan Selangor. Link disini: http://lphs.selangor.gov.my/

Bayaran sebulan untuk kos rendah adalah RM300 lebih kurang jika ambil 17tahun pembiayaan

tq

Unknown said...

ooo... kena daftar kat lphs yer... tapi kalau dah daftar pun belum tentu dapat gak kan.. lphs pun tgk kelayakan pembeli juga.. rumah ni ada lagi unit yang kosong lagi ker... berapa kaki besar rumag ni tuan... 3 bilik dan 2 bilik air ker...

Tuan Fairul,

Ya betul tu. Dulu kena pakai borang, now pakai online saja. Memang betul, dia kena tengok kelayakkan pembeli juga seperti gaji atas Rm2,500 tidak layak membeli, sudah ada rumah lain dll.

RUmah ni ada 3 bilik dan 1 bilik air. Bilik mandi+jamban disekalikan.

Dalam 750 kaki persegi saiz keseluruhan rumah ni. Masuk-masuk saja ruang tamu dan sebelah kanan dapur+basuh baju

Unknown said...

Salam.tuan..bagaimana sy nak dapatkan maklumat ttg shop lot kedai..saya ingin berniaga runcit dan ingin menyewa lot kedai itu...blh saya tahu bagaimana sy nk dapatkan maklumat tuan kedai?

faiz said...

Assalamualaikum..

Maaf ye tuan admin,sy tumpang iklan..

Saya pemilik unit kedai A-0-1.Jika berminat nak sewa sila email ke mkfgoldenresources.yahoo.com
terima kasih.

shahazera said...

Wsalam en faez pollaris,
sy sudah email tetapi yahoo reject mengatakan email 2 xada account yahoo...minta jasa baik emailkan dahulu ke azera5276@yahoo.com.tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...