Sony Vegas PRO 10 tutorial: Langkah menghasilkan video/montaj mengikut tertib by shahroll

Sunday, March 16, 2014 SHAHRUL HAIRY DOT COM 0 Comments




As salam, hello readers...

Selamat pagi Ahad semua! Alhamdulillah, kita semua di izinkan oleh-Nya untuk hidup serta boleh membaca blog yang aku hasilkan pagi ni. Lama dah rasanya tak buat tutorial pasal Sony Vegas 10, kalau ada pun mesti korang dah baca kan? Ok, hari ni just simple je tutorial.

Bagi yang kat luar sana, yang tercari-cari blog pasal tutorial Sony Vegas ni, boleh share dalam wall Facebook, Twitter, Instagram etc ok? Biar ramai orang tahu, macam mana nak edit video dengan mudah.

Ok, kita mulakan;


step #1- Susun footage dalam file

Kerja menyusun ni, kadang-kadang melemahkan kepala bagi sesetengah orang. Betul tak? nak kemas bilik pun susah, lagi susun file dalam PC? HAHA! Aku joke. Biar rumit pada awal proses, jangan rumit ditengah-tengah proses itu bahaya. Boleh tercabut kepala lutut kalau cam tu. Slow-slow susun untuk scene-scene tertentu. Memudahkan kerja sebenarnya.

step #2- Pilih Intro yang bersesuaian dengan projek yang dihasilkan

Aku ada buat post entry pasal pemilihan background musik untuk montaj. Untuk projek mini drama atau drama pendek juga memerlukan korang untuk membuat introduction (opening) dengan betul. Bukan setakat betul saja, tetapi kena dengan konsep.

a) Seperti projek aku baru-baru ni, buat drama mini Mandarin. Footage yang aku ambil dari Google tu, sebenarnya mahu menunjukkan "Kecinaan" drama ini dengan simbolik "bunga api" dengan background sound "kesesakkan lalu lintas"

b) Pemilihan typography juga memainkan peranan juga. Kalau main hentam, tak cantik lah projek korang. Banyakkan refer indie-indie video dalam Youtube. Cara dorang edit video pun nice, lebih dari Hollywood style.

c) Pastikan korang pakai "track" dengan betul. Kadang-kadang kalau korang edit, biarkan video diatas dan audio dibawah. Track diatas untuk tambah 'Text media" macam tittle, dialog etc

d) Gunakan "Grid" guideline seperti aku guna diatas. Untuk keselamatan korang juga sebab dia membantu korang untuk edit video dalam keadaan terkawal. Bermaksud, video-video yang di edit dalam zone selamat untuk ditonton di dalam player nanti. Paham?

e) Untuk kelihatan video itu sedikit memanjang, gunakan scale 16:9 wide-screen dalam editing.

step #3- Render projek anda dengan format yang bersesuaian

Setelah siap edit-copy-paste-cut semua, maka proses terakhir adalah membuat rendering untuk video/projek yang korang hasilkan. Diingatkan, PC yang lembap (macam PC aku) adalah sangat kritikal dalam segi kos masa. Kalau ada duit lebih, beli PC yang laju sikit ye? Macam PC aku, lebih kurang 25 minit baru siap render.

Sebab apa slow? Yelah, nak render video dan audio kan. Kalau setakat edit gambar, PC aku gagah lagi. HEHE!

Ok lah, serba sedikit ilmu editing yang aku kasi pagi ni. Semoga bermanfaat!


[iklan]




0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...