Belajar Camtasia Studio bersama Hafiz Rahman (HR Design) by shahroll

Tuesday, March 25, 2014 SHAHRUL HAIRY DOT COM 0 Comments




As salam, hello readers...

Semalam (24/3) bertempat di Restoren Hakim seksyen 7 Shah Alam bertemu dengan rakan yang agak lama tak jumpa lepak minum. Masakan tidak, masing-masing sibuk menguruskan hal sendiri dan juga perniagaan yang dibina. Alhamdulillah, syukur!

Hafiz Rahman ni aku jumpa masa event Raya Korban dulu kat banting. Hebat baq ang dia neh. Pandai design bunting, flyers, banner semuanya cantik-cantik. Aku suka design yang kemas dan ringkas. Blog HR Design untuk tatapan korang.

Ok, semalam masa lepak-lepak santai, aku ada suruh dia bawak laptop. Ingat nak sembang pasal video profile syarikat untuk aku jadikan portfolio. Last-last kalih topik jadi belajaq pasai software "Camtasia Studio"

senang belajar perisian ni. Tak sampai sejam tak boleh buat sendiri

Dok sembang pasal buat montaj menarik yang bukan saja boleh dibuat dalam Sony Vegas 10, tapi aku nak cuba dengan perisian lain. Boring gak kadang tu. Sesekali kena la cuba dan cari ilmu baru kan?

Dekat kedai mamak pon jadi wehh...

Gambar atas tu Hafiz sedang ajaq aku macam mana nak guna mende alah ni. Pehtu aku tinju dia dengan soalan-soalan macam-macam. Sampai member menguap lah! HAHA! Tapi dia ok, sporting baq ang! Tengok gaya dah taw dak? HEHE...

Lepaih 15 minit lebih kurang, aku cuba sat. Memula kekok sket pehtu dah ok. Senang gila kot? Tak yah masuk kelaih leh pandai dah. Semua dah tersedia dalam tu, cuma pepandai hang la nak buat kasi cantik.

bereh dop?

enjoy!


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...