Bagaimana mahu buat montaj/video untuk syarikat menggunakan Sony Vegas 10? by shahroll

Sunday, March 23, 2014 SHAHRUL HAIRY DOT COM 0 Comments




As salam, hello readers...

Kembali ke blog ala-ala tutorial ni. Thanks sudi lepak dalam blog ni yang rata-rata hampir 3 minit lebih juga korang port sini. Membaca tutorial yang ada ke? hehe! Happy Sunday kepada sesiapa yang bercuti hari ni, dan selamat bekerja untuk mereka yang bekerja, ok?

Right, hari ni aku nak cerita sikit pasal, bagaimana korang boleh buat sendiri montaj atau blended media (video & still photos) untuk kegunaan syarikat/company korang sendiri. Post entry ini sesuai dibaca untuk mereka yang kekurangan bajet dalam menghasilkan promotion dalam online.

Here we go;

video+still photos

Aku mencampurkan pelbagai format media untuk aku blend dalam Sony Vegas 10. Format seperti gambar (JPEG), video dan lagu (audio). Bahan-bahan lain seperti lagu introduction, footage introduction terpulang kepada citarasa masing-masing.

Korang boleh baca dalam post entry di SINI

Ok next is, idea untuk menampakkan video anda kelihatan seperti "professional". Jika tidak, video yang terhasil nampak seperti budak sekolah yang baru guna Sony Vegas. Korang perlu perhatikan transition yang digunakan. Macam dulu, aku selalu guna macam-macam transition yang ada sampai video itu kelihatan "bodoh"

Aku sarankan pakai style "Flash" atau "Fade" sahaja.

suntingan terakhir...

Aku selalu guna tak lebih 4 track untuk editing. Mungkin aku lebih selesa dibahagian atas untuk text media dan bawah video dan audio. Sesetengah editor suka letak track banyak-banyak. Nampak semak sikit la. Itu ikut korang punya keselesaan. Janji video meletop! HAHA!

Untuk render 1 minit video promo dalam 10minit saja. PC aku lembap, kalau korang pakai high-end punya PC, mungkin lebih cepat.

Hasil video: Official video: My Coursez Consultant 


enjoy!



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...