Ada apa dengan Felixia Yeap? by shahroll

Tuesday, March 18, 2014 SHAHRUL HAIRY DOT COM 0 Comments




As salam, hello readers...

Kekuatan masih di tahap terbaik walaupun backpain menyerang awal pagi 17hb (semalam) masa nak pergi kerja. Natijahnya, aku dapat suntikan di pinggul di Klinik Kesihatan UiTM. Masuk kali ni, dah 3 kali aku ambil suntikan backpain (2 kali tahun lepas)

Siapa Felixia Yeap ni?

Berbicara tentang Felixia Yeap (FY), aku hanya menyedari kemunculan beliau di dalam social media yang di "sharing" oleh ramai orang. Aku mula membaca serba sedikit tentang beliau, siapa gerangan pemilik nama ini?

Lahir pada 3 Julai 1986, orangnya manis, cantik lagi tinggi lampai seperti model. Berasal dari Ipoh, Perak memiliki ketinggian 173cm dan berzodiak Cancer. Sungguh pun belum secara rasmi memeluk agama Islam, corak dan cara pemakaiannya sungguh sopan dan manis dipandang.

Beliau juga fluent berbahasa Melayu dan menulis! 


Sebelum dikenali dengan fashion berhijab dan jubah, FY juga terlibat dengan kerjaya model, guru dan blogger. Mula menulis blog dalam tahun 2011. Walaupun kerjaya model membawa nama FY naik dimata dunia, beliau sanggup meninggalkan kerjaya itu dan memilih bidang lain. Aku rasa sangat awesome! Alhamdulillah...

Luahan hati FY: Past. Present. Future

Semua orang ada masa lalu bukan? dan masa lalu itu bukan semuanya baik, bagus dan menyenangkan. Walaupun pahit, itulah kita pada masa itu. Tetapi jika dikenang masa lalu itu, kita tak akan pernah maju kehadapan dan kita akan tenggelam dengan masa lalu itu sendiri.

Begitu juga dengan FY. Jalan yang dipilih dahulu, bukan jalan yang beliau hadapi ketika ini. Kesemua ini kehendak Allah kerana terdapat ayat dalam Al-Quran yang bermaksud, "Allah memberikan hidayah-Nya kepada sesiapa saja yang dikehendaki-Nya", benarlah hidayah itu milik Allah. total!

liputan media (utusan): Bukan ratu kontroversi!

Kemunculan FY di social media memberikan impak yang besar terhadap fesyen-fesyen muslimah. Beliau kini mendapat pelbagai jemputan pelbagai pihak untuk ditemuramah, butik muslimah dan sebagainya. Aku sebagai muslim melihat, ini perkembangan yang sangat positif untuk non-muslim memberikan imej yang baik terhadap fesyen muslimah.


enjoy!

p/s: semua gambar milik Felixia Yeap blog



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...