Short Film dari Indonesia by shahroll

Sunday, December 29, 2013 SHAHRUL HAIRY DOT COM 0 Comments




As salam, hello readers...

Adakalanya aku sangat berminat dengan penghasilan karya filem pendek. Di Malaysia juga tidak kurang hebatnya. Tapi aku lebih gemar membuat penandaarasan dari karya filem pendek dari seberang, Indonesia.


Aku merasakan, mereka jauh lebih maju dalam membuat karya seperti ini. Dari segi pemilihan pelakon, watak dan paling utama sebuah naskah yang baik diterjemahkan dalam bentuk yang baik juga.

Di Malaysia? Ada, tapi tak banyak.

Malam tadi aku sempat layan 2 short film. Tajuknya "Aku Padamu" dan juga "Durable Love". Kedua-duanya berteraskan "cinta" tapi disaluti dengan permasalahan yang berlainan.

"Aku Padamu" pasangan bercinta yang mahu berkahwin, tetapi mempunyai masalah di pejabat daftar perkahwinan. Si lelaki mahu merasuah "orang dalam" untuk mempercepatkan proses perkahwinan tetapi ditolak oleh si perempuan kerana dia tahu akan musibah jika membuat "sogokan" (rasuah).

"Aku Padamu"

"Durable Love" pula mengisahkan tentang perempuan yang sudah biasa hidup solo (membujang) tetapi telah jatuh cinta dengan seorang lelaki yang bijak (smart). Permasalahan timbul si lelaki terlalu fokus kepada kerja (dan seorang yang Geek!) hingga mengabaikan pasangan. Penghabisan ceritanya amat baik sekali.

"Durable Love"

Aku akan cari dan cari lagi short film untuk rujukan aku lagi. Short film dari India juga bagus dengan sinematografi yang bagus. Tapi, Indonesian juga pilihan aku. HEHE!

enjoy!


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...