Al Barakah

cari artikel blog disini

Loading...

Dec 19, 2013

Cinderella Hanya Ditayang Di Pawagam sahaja?? @ExcellentPic_My @NelydiaSenrose by shahroll




As salam, hello readers...

Pengarah, Ahmad Idham Ahmad Nadzri, telah mengambil keputusan untuk menayangkan filem arahan terbarunya, Cinderella, hanya di pawagam-pawagam, bermula 19 Disember ini.

Dibintangi Fizo Omar, Nelydia Senrose, Kamal Adli, Erin Malek dan ramai lagi, filem terbitan ke 11 Excellent Pictures ini, akan ditayang di 60 pawagam seluruh Malaysia.

Mengulas mengenai perkara ini, Ahmad Idham berkata, ianya merupakan satu langkah drastik yang perlu diambil, bagi memastikan survival industri filem tempatan yang kini bergelumang dengan masalah cetak rompak.

“Saya perlu mengambil langkah pencengahan, dan ini merupakan mekanisma yang diambil untuk melihat keberkesanan langkah pencegahan tersebut” kata Idham dalam nada yang tegas.”

Anda ingin tahu betapa serius masalah yang kami hadapi selaku penerbit? Sekarang ini, pengeluar DVD asli sendiri tidak percaya dengan pasaran untuk DVD, akibat gejala cakera padat cetak rompak. Ini terbukti dengan mereka membeli hakmilik pengeluaran DVD pada harga yang rendah iaitu sekitar RM 20 hingga RM 30 ribu sahaja. Ianya harga yang rendah dan tidak munasabah dengan apa yang kami usahakan. Yang jadi mangsa gejala cetak rompak adalah kami!,” luahan Idham bila ditanya betapa seriusnya kesan gejala cetak rompak kepada industri filem tempatan. 

“Tambahan lagi, saya sebenarnya cukup terkilan, kerana industri cetak rompak mengaut keuntungan lebih besar, berbanding industri perfileman kita sendiri. Kerana itu, kita harus mengambil langkah cukup drastik, untuk membendung gejala ini,” kata Idham

Terang Idham lagi, “Kebiasannya, sesebuah filem yang sudah selesai ditayangkan di pawagam selepas dua atau tiga minggu, akan ditayangkan di platform lain seperti DVD mahupun siaran televisyen berbayar. Jadi mulai detik itu, penerbit filem mula berhadapan dengan masalah cetak rompak.”


“Baru sahaja sesebuah filem terkini dikeluarkan dalam bentuk DVD asli mahupun ditayangkan di saluran televisyen berbayar, pada sebelah paginya. Di sebelah malam, kita boleh dapati cakera padat cetak rompak filem berkenaan di pasaran. Hal ini, saya pernah alaminya sendiri ketika pergi ke pasar malam,” ujar Idham dalam nada agak kecewa.

“Itu belum lagi dengan muat naik tidak sah filem-filem di Youtube. Penerbit seperti kami pula perlu bertindak sendirian dalam menghalang kegiatan seperti ini, tambahan pula peraturan yang sediada agak lemah, dalam mengekang masalah cetak rompak yang berlaku.”

Idham juga ditanya, adakah dengan tidak mengeluarkan DVD asli juga ditayang di televisyen dapat menghalang kegiatan cetak rompak, jawabnya, “Gejala cetak rompak merupakan masalah yang tiada berkesudahan. Sekurang-kurangnya kita mengambil langkah dalam membendung masalah yang berlaku dari berlarutan.”

“Selain itu, untuk setiap salinan yang dihantar ke pawagam, kami meletakkan kod tertentu ketika tayangan, yang hanya boleh dilihat secara teliti. Maka, jika terdapat sebarang perkara yang tidak diinginkan, pihak kami dapat mengesan dari mana sumber tersebut.”

Langkah yang diambil oleh Ahmad Idham dilihat sebagai menongkah arus di mana ramai penerbit melihat ada pasaran bagi filem mereka, selain di pawagam, terutamanya melalui DVD dan televisyen. Mengulas hal ini, Idham berkata, langkah yang diambil, mungkin kurang popular, tetapi ianya untuk kebaikan industri filem tempatan sendiri.

Idham ditanya jika langkah pencegahan ini akan memberi kesan yang memberangsangkan, dia menjawab, “Jika mendapat sokongan menyeluruh dari rakan-rakan penerbit dan orang ramai yang sayangkan industri filem kita, saya yakin, langkah yang diambil ini pasti memberikan hasil yang positif.”

Dengan hanya menumpukan tayangan di pawagam, dan tidak di platform tayangan lain, langkah ini juga dilihat mampu menarik semula penonton ke pawagam untuk menikmati sesebuah filem.

“Filem harus ditonton di layar lebar untuk mendapatkan kepuasan tontonan. Bukannya di kaca televisyen mahupun di komputer riba ataupun layar telefon bimbit,” ujar Idham memberikan satu kesimpulan. 

Dengan kos sebanyak RM 1.5 juta, Cinderella yang akan mula ditayang pada 19 Disember ini, dijangka mendapat sambutan dari peminat filem bergenre romantik, yang akan mengulangi kejayaan filem-filem terdahulu.

Promo Cinderella 2013!



enjoy!


2 comments:

Kisah Si Dairy said...

maknanya kena tengok kat panggung jelah nie..hmmm...

shahrul hairy said...

KSD:

Yes! kena tgk dekat wayang je.. hehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ini adalah blog peribadi Shahrul Shaharuddin. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah hak cipta terpelihara..Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan shahrul hairy shaharuddin. Anda boleh menyiarkan semula artikel atau info di laman blog, di laman forum atau di laman sosial yang lain namun, sila pastikan anda membuat backlink/kredit/citation kepada blog ini sebagai tanda penghargaan dan sokongan.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau pelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut garis panduan undang-undang Malaysia.