Storyteller: Cerita seorang penghidap penyakit darah tinggi by shahroll

Wednesday, July 24, 2013 SHAHRUL HAIRY 0 Comments




As salam, hello readers...

Aku baru balik dari klinik Azman di Klang. Hajat memang nak pergi ke tempat kerja walaupun sudah lewat 10.30pagi tadi. Entah macam mana aku rasa sesuatu yang perlu ke klinik untuk periksa tahap kesihatan aku. 2 minggu kebelakangan ni, aku sering kelesuan, pening kepala dan sakit perot. Selalu aku kata dalam hati "Alah, puasa memang macam ni. Keluarkan semua toksin"

Aku pun ke Klinik Azman.

Selang 20 minit, aku dirawat dalam bilik doktor. Dr. Azman yang rawat aku. Siap boleh tegur lagi "Lama tak nampak?", menandakan memang dah kenal sangat dengan aku. Aku pengunjung klinik dia yang kerap masa memula aku bekerja.

Muka dia berkerut seribu. Tanya aku kenapa dah lama tak ambil ubat darah tinggi? Aku cakap, "Rasa dah sehat Dr. Tak de pening-pening lagi. Tapi sejak 2 menjak ni, macam datang balik je". Dr geleng kepala. Dia kata blood pressure aku dah naik ke paras 150/100. Dulu cuma 140 saja. Aku agak terkejut.

gambar dari Demi Bahagia blog

Aku cuba tenang. Senyum dan mintak maaf kat Dr sebab lalai jaga kesihatan. Dengan batuk nya lagi, sakit perot aku dapat beberapa ubat. Tapi ubat darah tinggi paling banyak diberi. Aku takut. Aku balik ke rumah tuk relex kan diri.

Aku flashback. Apa mungkin cara pemakanan aku begitu buruk? atau aku stres dengan kerja? atau mungkin tak cukup tidur? Semua ni brkait rapat dengan terjadinya gejala darah tinggi. Dulu memula Dr detect sakit aku ni sebab aku tak cukup tidur. So, bila dah cukup tidur rasa dah ok balik.

Aku silap. Sekali dah ada penyakit ni, cuma pengawalan saja yang boleh. Nak sihat seperti biasa? NO!

Aku dapatkan beberapa petua dalam Internet. Salah satu petuanya, minum air rebusan serai atau epal hijau dan minum selama sebulan. Bagi aku, aku boleh try kaedah ni.

Atau juga dalam perspektif Islam, ini adalah kirafah untuk hapus dosa-dosa kecil aku? Wallahuaklam.

enjoy! =')

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...