Mana shopping raya best? Jom ke Klang!! by shahroll

Monday, July 29, 2013 SHAHRUL HAIRY 0 Comments




As salam, hello readers...

Selain tempat-tempat popular macam Jalan Masjid India kat KL untuk shopping raya, di Klang tak kurang hebatnya. Seawal 1 Ramadhan, 
bazaar-bazaar yang menjual pelbagai keperluan untuk berhari raya siap sedia menerima kunjungan korang. Aku sendiri turun ke bandar Klang untuk membeli belah bersama keluarga sebagai persiapan awal untuk beraya. Belum persiapan akhir lagi eh? HAHA!

pada jam 5.30 petang di sekitar Shaw Centrepoint, Klang.

Apa yang korang nak cari? Semuanya tersedia. Bawa saja beberapa keping not RM untuk di"berikan" kepada peniaga-peniaga disini. Untung kalau pandai menawar, dapatlah harga cantik. Bergantung kepada kepandaian individu la ye? Dari songkok, baju, seluar, handbag, keronsang, baju kurung moden u named it! Memang best!

Fuhhhh antara yang menarik perhatian! hehe...

Aku tak teruja nak bershopping. Mungkin faktor usia semakin meningkat, pakai apa yang sedia ada dalam almari. Dari segi baju shirt or tshirt, aku pakai je yang lama-lama, tapi mak aku tak boleh kalau tak beli baju melayu baru setiap kali raya! hehe. Thanks mak! =D

Aku suka tengok gelagat orang bershopping. Hebat orang Klang berbelanja!

Masa sekarang ni (12.31 pagi) masa yang sesuai lah korang nak berjalan cari baju raya kat sana, kan?

enjoy!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...