Percutian menyeronokkan di Felda Residence Tekam, Jerantut, Pahang part #1

Tuesday, April 16, 2013 shahrul hairy 2 Comments




As salam, hello readers...

Agak busy aku minggu ni. Dari minggu lepas lagi sebenarnya! huhu. Alhamdulillah, semuanya dapat diselesaikan dengan sebaiknya. Syukur. Aku nak ceritakan satu pengalaman yang menarik sepanjang aku tak update blog ni *dalam wall Facebook aku rajin la update =p*

Percutian di Felda Residence Tekam, Jerantut Pahang

Sabtu lepas, aku dan beberapa orang bloggers (Azri & Chu'a) yang lain telah pun menjejakkan kaki untuk kali pertama di Felda Residence Tekam di Jerantut, Pahang. Dengan perjalanan sejauh 251km dan lebih kurang 2 jam lebih perjalanan, sampailah kami ke destinasi yang cukup damai dan nyaman!

HQ Felda Travel Sdn Bhd di Jalan Perumahan Gurney, KL

kami mempunyai pemandu yang cool
Abang Nan dan juga Encik Azahari Roslan

Terima kasih kepada Felda Travel Sdn Bhd kerana menyediakan pengangkutan untuk para bloggers. Kami sungguh menghargainya. Naik Toyota Fortuner tu! Dengan pemanduan yang berhemah dari Abang Nan (otai ni, dah 12 tahun kerja!) merasakan perjalanan kami sungguh selamat.

Setelah sampai ke Felda Residence Tekam

Encik Azahari Roslan yang bertanggungjawab membawa para bloggers untuk check-in ke bilik masing-masing. Ruang lobby Felda Residence Tekam sungguh comel ya? Pintu masuk pun comel. Yang dekat kaunter pun comel-comel belaka. HEHE!

kami dapat bilik 'R8' yeay!

Kami sampai ke sini lebih kurang pada jam 1.38 petang dan akan melakukan aktiviti pertama kami pada jam 3.00 petang untuk 'Flying Fox'. Untuk pengetahuan korang, aku sangat teruja bila ada aktiviti ini di Felda Residence Tekam sebab dulu di PLKN aku tak sempat nak merasa! Walaupun Flying Fox nya tak sejauh 1kilometer, tapi kecut juga lah perut masa menaiki anak tangga setinggi 25kaki!

ke tempat Flying Fox!
Baju Hitam: Azahari Roslan | Baju Biru: Azri (blogger)
Baju Merah: Chu'a (blogger)

Tasik buatan di Felda Residence Tekam

Flying Fox disini menggunakan peralatan yang baru bagi memastikan keselamatan terjamin. Menurut Encik Hamidi, tali yang menyokong badan peserta untuk bermain Flying Fox ini ada dua, iaitu atas dan bawah. Jika berlaku kecemasan atau perkara yang tidak diingini berlaku, ada tali spare yang menyokongnya. 

Tapi setakat ini, tiada perkara yang malang berlaku. BIG CLAP for team recreation yang menjalankan tugas dengan baik. Aku menjadi peserta pertama dalam aktiviti ini. Memula ok, tapi bila abang yang jaga tali tu nak hayun ke bawah, OOOOOOHHHMAK AIIII.. mau kecut perot!

post ini akan bersambung....

2 comments:

lama dah x berflying fox...bestnye tetibe teringt kengan di PLKN Guar chenderai

BK:

Fuhhhh, kalau dah lama x buat, kne buat wooo.. sekali sekala imbas masa lalu.. heheheh~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...