Bila aku jadi AJK Media & Montaj by shahroll

Saturday, April 27, 2013 Shahrul Hairy 0 Comments




As salam, hello readers...

Lebih kurang seminggu aku sepi tanpa update apa-apa. Ini semua pasal aku jadi AJK untuk satu kelab ni lah. Dah di amanahkan untuk memikul tanggungjawab untuk menguruskan gambar dan juga video (rakan sekerja lain membantu, Zawawi).

Sebelum ni pun, aku handle bahagian media. Memang takde masalah sangat, sebab memang minat aku. Cuma faktor-faktor lain yang membuatkan jadi AJK ni tak best.

Malas nak cerita yang tak best, aku tulis yang best-best aje.

Bila check-in dalam bilik, terus aku set-up peralatan aku seperti laptop, DSLR, USB extender, CF card, battery kamera, software dan bila dah siap, barulah senang sket nak buat kerja. Takde lah aku harap barang orang lain, sebab aku tahu mesti tak cukup nyer barang yang dibawak. Better aku bawak sendiri, puas hati!

aku pakai Sony Vegas 10, old school jeh..

Jadi tukang amek gambar dengan video ni, nampak macam mudah kan? Tapi percayalah, bila aku suruh orang lain amek gambar, menggelupor tak reti! Masing-masing sibuk, kononnya...

Montaj pulak bukan leh prepare sesiap kat office. Kena siapkan kat sana, sebab nak compilekan gambar aktiviti dari hari pertama dorang datang sampai lah hari last. Sape sanggup stay up sampai jam 5 pagi semata-mata wat mende alah ni? Kalau kat luar ni, aku dah caj RM1500 tuk 1 montaj!

Kalau dah pakai kamera DSLR office, cuma diberi 12-24mm dengan body Nikon D70 (bapak lama model!) bateri pon dah tahap sempot, sekejap dah habes. Beli la yang baru, senang sket nak buat kerja, ye tak?

Untuk event kali ni, aku tak happy langsung.

LANGSUNG!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...