Bagaimana mendapatkan harga ahli untuk produk RAMLY? by shahroll

Sunday, April 28, 2013 SHAHRUL HAIRY DOT COM 0 Comments




As salam, hello readers...

Petang Ahad selalunya aktiviti merehatkan minda, tak pun tidur! Ahad katanya, tapi aku tak rasa nak rest pon. Cukuplah dah rest 2 hari lepas, dah banyak tenaga dalam jari-jemari untuk menaip. HAHA! Ok lah, aku nak ceritakan kat korang pasal kelebihan yang boleh korang dapat bila menjadi ahli RAMLY

Ini bukan MLM

Dalam post entry lamb chop yang aku masak tu, ini adalah sambungannya. Lambat pulak sambungan dia kan?

Kedai RAMLY yang aku pergi terletak di Bandar Botanik berdekatan dengan General Market Klang (GM Klang). Banyak barangan atau produk RAMLY dijual dengan harga yang berpatutan. Ada 3 jenis keahlian boleh korang apply di kedai ni;

syarat-syarat RAMLY...

Aku apply untuk "Ahli Biasa". Baguslah ada kad ahli macam ni. Dapat harga murah. Bukan sikit, tapi banyak jugak! Ada la dalam RM2.00 cam tu sebab aku beli daging lamb tu kalau bukan harga ahli RM19.00, tapi aku bayar cuma RM17.00 sahaja.

RM5.00 untuk seumur hidup


Daging kambing dan kentang aku beli

Kalau korang berminat nak apply kad ni, kunjungi premis dorang yang berdekatan dengan korang lah ye? Nak datang Klang pon ok gak, leh ngeteh ngan aku kat sini. Klang the best!!

enjoy!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...