Loading...

Feb 25, 2013

4 tips perniagaan: Bagaimana menggunakan akaun Instagram dalam rangka promosi anda? by shahroll




As salam, hello readers...

Dalam menjalankan pelbagai perniagaan dalam dunia yang semakin pantas dan ber-globalisasi tanpa sempadan, agak sukar jika kita tidak "catch-up" dengan teknologi yang ada disekeliling. Malah, lebih memburukkan keadaan jika kita ketinggalan jauh dalam media yang boleh dimanfaatkan sebagai promosi perniagaan.

Aku pernah membuat post entry tentang Instagram. Boleh baca di SINI dan SINI.

Kali ni aku cuba membawakan kepada anda, tentang tips yang telah aku praktikkan di dalam Instagram. Ada 4 langkah perlu diambil perhatian jika ingin berjaya dalam pasaran Instagram.

#1-Followers (pengikut)
Tanpa pengikut, akaun Instagram anda akan menjadi bosan dan tak best. Anda perlu meletakkan beberapa keping gambar yang orang lain teruja untuk LIKE dan berkomentar. Contohnya gambar makanan (recommended), gambar tempat menarik, gambar cuaca dan gambar event. Elakkan memuat naik gambar muka sendiri secara berlebihan, takut-takut pengikut anda bosan. Sekali sekala boleh la.

#2-Find your interest (cari apa yang anda minat)
Untuk yang ini, korang perlu cari akaun Instagram yang korang sendiri suka nak tengok. Kalau korang seorang photographer, sudah tentu cari akaun photographer juga. Selepas dah ramai anda follow akaun dalam bidang yang sama, cuba pula dalam bidang yang lain seperti modelling, blogger, Pan-Asian dan sebagainya.

#3-Like & Comment (suka & komen)
Jika sedang anda ber-online dalam Instagram dan menemui beberapa gambar yang cantik dan bagus, jangan sesekali pendam dalam hati. Cuba ringankan jari-jemari anda yang lembut itu menekan touch-screen mobile phone anda dan cuba create interaction. Dengan cara ini, anda bukan saja menjadi follower tetapi pengkomen/pengkritik yang baik.

#4-Your profile bio (Akaun profile)
Kadang kita lupa yang bio-profile itu semacam tidak penting. Selain nama anda, cuba tuliskan beberapa perkara seperti "love in writing" "passionate in taken photos" atau apa saja yang merujuk kepada diri anda. Jika punyai akaun Instagram, sudah tentu suka pada gambar kan? Anda boleh claim diri anda sebagai "Instagrapher" juga!


find me at Instagram: shahrollphoto

Anda boleh cuba hari ini dengan tips-tips yang telah aku berikan. Jika tidak berjaya, cuba sehingga berjaya! Pandangan aku terhadap media sosial Instagram ini mudah, asal korang rajin dan suka berkomen, followers datang dengan sendirinya. Jangan jadi bongkak dalam media macam ni, itu je.

enjoy!

6 comments:

zana fahmi said...

kjp lagi akak follow. ingat nak juga tayang bisnes kecil2an kat instagram tapi belum berkesempatan. tq share tip ni.

shahrul hairy said...

ZF:

Terima kasih sebab follow saya dalam Instag. Boleh je, asalkan kita selalu promote n promote =)

sohoque said...

tq utk tips bro. aku dah lama ada instagram. tp x serius

shahrul hairy said...

Soho:

Sama-sama bro. Semoga mendapat manfaat dari apa yg saya tulis ni. Dapat pahala tuk "saham" disana =)

Perttzyana Alpah said...

nice tips;) terima kasih

shahrul hairy said...

PA:

Thanks drop here. sama2 =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ini adalah blog peribadi Shahrul Shaharuddin. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah hak cipta terpelihara..Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan shahrul hairy shaharuddin. Anda boleh menyiarkan semula artikel atau info di laman blog, di laman forum atau di laman sosial yang lain namun, sila pastikan anda membuat backlink/kredit/citation kepada blog ini sebagai tanda penghargaan dan sokongan.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau pelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut garis panduanundang-undang Malaysia.