Loading...

Jan 28, 2013

(editing) 5 perkara bagaimana nak buat poster untuk iklan yang mudah? by shahroll




As salam, hello readers...

Ok sekarang mood rajin aku tengah turn-on, maka lahirlah entry ala-ala tutorial macam post editing magazine dulu. Lama nak dapat mood rajin kalau korang nak tahu. Selain faktor usia semakin bertambah, tambahan kerja juga menjadi faktor sampingan. HUHU!

Jom kita mulai,

Untuk membuat poster tak susah mana pun. Korang perlu ada sedikit kemahiran dicampur dengan otak yang kreatif. Kemahiran asas yang perlu ada pada orang adalah perisian Adobe Photoshop. Lebih afdal kalau korang mahir Adobe Illustration, tetapi aku tak mahir sangat guna software tu. 90% kerja-kerja aku memang di-setel-kan dalam AP.

Adobe Photoshop apa yang best?

Bergantung kepada individu. Kalau dulu aku selesa pakai CS2, but now aku dah guna CS5. Lebih kurang je, cuma ada sikit beza yang aku tahu, bila edit tang Black And White, dia lebih detail editing nya.

Kita lihat pada work-space pada CS5;

paparan dalam CS5

1#- Sebagai permulaan kerja, korang kena tetapkan ukuran yang nak digunakan. Contoh: aku gunakan size paper A4. Subjek utama aku letakkan di tengah-tengah supaya senang aku nak balance-kan kiri dan kanan. gunakan [ctrl+R] untuk view pembaris.

2#- Untuk latar belakang, korang boleh letak yang berkaitan dengan subjek utama. Jika sekarang tema aku adalah untuk mempromosikan akaun Instagram aku, maka latar belakangnya juga aku pilih berkenaan dengan Instag. Selain untuk menunjukkan berapa bilangan followers yang ada (aku lebih suka guna terms "kawan-kawan") dapat juga tunjukkan gambar yang telah dimuat naik ke dalam Instag korang tu.

3#- Setelah itu, drag gambar latar belakang itu ke dalam work-space utama. Pilih menu layer>arrange dan letak di belakang kamera putih tersebut. Dan selepas tu, boleh di blending kan dalam kadar 45% Opacity.



4#- Selesai yang itu, boleh ditambah lagi latar belakang untuk menonjolkan trademark atau logo anda dalam Instag. Ini penting untuk orang tahu "jenama" anda. Bukan suka-suka pakai logo entah pape tu ye. Ini sebagai langkah memulakan brand anda dalam Instag.

5#- Untuk finishing, buat satu kotak ditengah-tengah poster dan letakkan info-info yang berkaitan. Jangan banyak sangat info kerana poster yang cantik lagi cool bila ianya simple dan catchy. Terus info melekat dalam kepala apa yang kita nak sampaikan.

Lihat hasilnya dibawah;

cool?

Aku ada post dalam Instagram (sini) dan mendapat komen dari orang yang aku tak kenal. Itu yang BEST nya social networking bila kita explore satu persatu. Aku pun baru je pakai Instag ni. Sebulan dah kot dan memang sesuai dengan aku yang asyik ambil gambar.

Semoga bermanfaat untuk kalian,

enjoy!

2 comments:

syazrin said...

salam....

menarik, dh lama dh tk guna photoshop ney. Biasa guna gimp jer.

shahrul hairy said...

syazrin:

Terima kasih, kalau dah try buat satu boleh bagi link kat sini ye? leh tgk2.. hehe

btw, GIMP tu i tak pernah guna pulak, best eh?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ini adalah blog peribadi Shahrul Shaharuddin. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah hak cipta terpelihara..Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan shahrul hairy shaharuddin. Anda boleh menyiarkan semula artikel atau info di laman blog, di laman forum atau di laman sosial yang lain namun, sila pastikan anda membuat backlink/kredit/citation kepada blog ini sebagai tanda penghargaan dan sokongan.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau pelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut garis panduanundang-undang Malaysia.