cari artikel blog disini

Loading...

Feb 27, 2012

Ayahanda Sahol Hamid, we love u! by shahroll



As salam, hello readers...


Beberapa minggu lalu, aku sudah mendengar desas-desus berkenaan dengan Dato VC UiTM yang dikatakan terlibat dalam beberapa kes "dalaman" yang melibatkan anak Dato' VC.


Aku sikit tak paham la dengan manusia-manusia mana tah yang cuba buat "kacau" dalam UiTM yang sentiasa harmoni. Ada orang jeles kot Dato'?


Lanjutkan pembacaan korang kat dalam blog ni: Double-Y blog


Amacam? ada style x vector ni? hehe..

Apa pandangan peribadi aku terhadap Dato' VC? ok meh sini aku nak cerita. As student part time PLK, aku merasakan Dato' merupakan seorang yang begitu mengambil berat terhadap kebajikan pelajar-pelajar UiTM. Platform Facebook dan Twitter menjadi medan untuk bertanya, bertukar pandangan, berbalas pantun (eh, ni tak de dalam pakej!) dan apa saja secara terbuka.

Aku ulang, SECARA TERBUKA! that transparent u know.

Nak bukti? tengok saja laporan NST ini: Students as partners
Lagi? Student UiTM SAYANGKAN Dato' macam bapak mereka sendiri. Tengok sini: Facebook Dato' Sahol

Program Dato' VC iaitu Mengubah Destini Anak Bangsa paling aku salute! Salute kerana apa ya? Kerana program inilah yang dikatakan "peluang ke-2" oleh mereka yang mendapat tempat di dalam program ini untuk meningkatkan education level mereka di tahap yang lebih baik.

ada pape yang anda tak puas hati? ajukan di sini!

enjoy!

(Buku) Travelog Minda Tajdid Dr.Maza by shahroll



As salam, hello readers...

Semalaman aku menghabiskan suku waktu aku untuk membaca tulisan Dr. Maza yang padat dengan pengisian-pengisian ilmu yang mencerna minda. Satu naskah buku yang seronok untuk dihayati dan menyelami permasalahan-permasalahan tentang agama Islam khasnya. Sesuai untuk "heavy thinker".

senaskah: RM16

Bahagian pertama isi kandungan buku ini mengenai 'Jumud'. Jumud dalam skop agama. Memetik ayat dalam buku, Dr. Maza mengatakan;

"Jumud di dalam agama adalah bahaya. Keadaan yang serupa berlaku semasa Zaman Gelap Eropah dimana, saintis dan sarjana diseksa dan dibunuh oleh kerana kejumudan beragama ketika itu"

Pandangan-pandangan Dr. Maza sememangnya tajam dan tepat. ku baru baca sikit, dah merasa "aura" nya. Maksud aku, apa yang bersarang di dalam pemikiran dan hati Dr. Maza "sampai" kat aku. TAHNIAH Dr!

enjoy!

Feb 26, 2012

Lirik serampang 2 mata (Giegil Band) by shahroll



As salam, hello readers...


Pepening lalat sket terlepas tido lepas asar. Nilah natijahnya *ting tong* rasa. Terlampau sedap dengan nikmat dunia tadi. Lepas bantai Nasi Goreng USA+Sup Ekor, nak nak pulak hujan tadi, memang super thumbs up la kan? heh~


Terasa nak layan lagu lama. Lama dah lagu kumpulan ni, sekitar tahun 2002. Best song masa tu sebab termasuk dalam rank radio.


Masa tu jugak, aku baru form 3! Dulu aku ahli koperasi, ada 2 members senior (form 5) selalu jamming lagu ni kat dalam koperasi. hell yeah! Kenangan terungkap pepetang neh!


Giegil Band (2002)

Akhir kutemui sinar menerangi
Umpama datangnya bidadari
Terasa bagaikan mimpi-mimpi suci
Hadirnya ada rahsia tersendiri

Biar arah mengelirukan diri
Biar rebah ke bumi

Tersesat bagaikan tiada bertepi
Ke dasar hanya doa mengiringi
Kabut yang berlari ditinggal begitu
Takkan kudakap seperti dulu

Di sepi malam hanya bertemankan bintang
Hatiku merayu pada-Mu Tuhan Yang Satu
Moga diberikan satu petunjuk dan jalan menemui-Mu
Hanya ku berserah padamu Tuhan ku

Hanya pada nama
Hanya satu pintaku
Hanya pada kasih
Kan kuserahkan jiwaku
Hanya pada cinta
Hanya itu janjiku
Hanya pada Satu
Aku imankan jiwaku

Aku merayu pada-Mu Yang Satu
Moga ditempatkan ku bersama cahaya
Seperti mereka
Setia dengan Mu

Lagu ni mantap sebab lirik dia. Rock+Islamik diserap menjadi alunan "nasyid" keras yang cuba disampaikan. Elemen rock tak semestinya tak boleh menyampaikan dakwah Preach have many ways to deliver right?

Perlu ke aku huraikan setiap bait-bait lagu diatas? rasanya pembaca lebih ilmunya dari aku, boleh nilaikan lah sendiri =D

enjoy!

Parody: Special slot for Lisa+Yusry on Astro Ria by shahroll







As salam, hello readers...

Semalam sempat melihat dan merakam beberapa gambar dalam Astro Ria. Slot khas rasanya untuk Lisa dan juga Yusry. BEST! comel okeh Lisa masa kecik-kecik. Yusry tak sangat, bila dah semakin berusia, baru nampak ke-cute-tan dia. ahah!

Gambar adalah asli dari Nokia C3, tetapi ayat-ayat tu bukan ayat dorang k? tu ayat "pekena" pagi-pagi Ahad yang nyaman neh! HUHU!

enjoy!

Feb 25, 2012

(Blog contest) Sempena 600 follower di www.shahrulhairy.com by shahroll



*Posting lekat sehingga 26-Feb-2012*


As salam, hello readers...


Sabtu berlalu dengan agak pantas. Kerja aku dalam bilik ni pon baru je settle. Syukur. Dan apa yang lebih menggembirakan aku, followers blog aku hari ini mencapai 600 bloggers! WOW! bestnya rasa.


Walaupun aku berblogging sejak 2007 (aktif 2010) memang memula tu aku harapkan ramai yang akan follow blog aku. Sangat-sangat mintak cam tu. Then, ada seorang kawan beritahu, just keep your writing and keep posting. Followers will come to you bila kita deliver dalam setiap posting yang berguna dan berinfo.


The best quotes ever have i heard before! (blogger) by shahroll

hiasan semata-mata. MSI+Starbucks

As salam, hello readers...

Aku diantara berjuta-juta manusia yang "dahaga"kan quote-quote yang berunsurkan motivation dan juga business. Bukan apa, setidaknya selepas membaca beberapa quote orang yang telah berjaya, membuatkan diri kita lebih bermotivasi untuk melangkah ke stage seterusnya.

Skema sungguh! aharkz!

Untuk quotes blogging tidak ketinggalan. Ni aku nak share ngan korang pasal quotes about blogging.

#1- “All you future Google Whores might want to pay attention to what I’m about to reveal.” (John Chow)

#2- “Readers subscribe to blogs when they provide an informational or entertainment value so great that it would be a loss to not subscribe to it.” (Maki)

#3- “I think the pleasure of completed work is what makes blogging so popular. You have to believe most bloggers have few if any actual readers. The writers are in it for other reasons. Blogging is like work, but without coworkers thwarting you at every turn. All you get is the pleasure of a completed task.” (Scott Adams)

#4- “And it occurred to me that there is no such thing as blogging. There is no such thing as a blogger. Blogging is just writing — writing using a particularly efficient type of publishing technology.” (Simon Dumenco)

#5- “Making money from blogging requires you to do only two things: drive a lot traffic, then maximize the income from that traffic.” (John Chow)

#6- “The currency of blogging is authenticity and trust… you pay folks to blog about a product and you compromise that. I would almost care about this, but it’s so obvious to everyone that this is either a joke or an idiot that there is nothing more to say.” (Jason Calacanis)

#7-  “The sad truth is most bloggers, even those who incessantly work on monetization strategies, end up sitting around the few dollars a day mark and find it difficult to rise above this level.” (Yaro Starak)

#8- “Blogs, social networks, newspapers, any other form of publication – all have social aspects to them. It is a spectrum really, with social networks at one extreme and a 19th century novel at the other. But there’s room for all types of social publishing platforms.” (Richard MacManus)

#9- “Blogs are already moving upmarket and improving. The term “Professional Blogger” is no longer an oxymoron. Some in the traditional media realize this – ESPN, for example, recently purchased the popular basketball blog TrueHoop.com to complement its other online news offerings.” (Luke Langford)

#10- “Blogging is good for your career. A well-executed blog sets you apart as an expert in your field.” (Penelope Trunk)

Original source: Daily Blog Tips

enjoy!

Pesta seks di rimba? Selera semakin pelik! by shahroll

ANGGOTA Jabatan Perhutanan menemui tilam dan 
kondom-kondom dalam pondok-pondok yang dibina

JELEBU - Kegiatan seks tidak mengira tempat. Itulah penemuan terbaharu pihak berkuasa yang tidak menyangka ada kumpulan gemar melakukan hubungan seks di tengah rimba.

Rahsia di kawasan hutan simpan itu terbongkar apabila pihak berkuasa pada pukul 11 pagi kelmarin menyerbu Hutan Simpan Kenaboi di sini dan menemui satu lokasi di tengah-tengah hutan yang menempatkan 16 buah pondok yang dibina dengan kayu dan beratap nipah.

Setiap pondok itu pula dilengkapi dengan tilam, bantal dan selimut untuk keselesaan mereka menginap di situ secara berpasangan.

*pause*

Tak dapat bayar kat hotel mewah, kat pondok pon boleh! Apa nasib sekarang ni ye? maksiat semakin berleluasa. Ini menunjukkan apa? kepincangan moral di kalangan belia terutamanya.

Banyak perkara perlu diambil berat terhadap perkara ini. Kalau tak, aku sure 10 tahun lagi manusia bergelar belia akan "pupus" dengan perkara-perkara kejatuhan akhlak ni.

Cuma kesal. Mungkin ada perubahan menanti. *Berharap*

Siapa Asyikin Kamal? by shahroll



As salam, hello readers...


Tertanya-tanya, siapakah Asyikin Kamal? aku cari dalam Facebook tak de dalam Twitter pun tak de. How can be pelakon lah? Nak kata baru, macam dah lama aku tengok, but bila dah jadi pelakon utama, of course aku akan carik info tentang dia kan? 


ok, cute!




Nama penuh: Nur Ashiqin Mohd Kamal
Tarikh lahir: 25 November 1991
Umur: 20 tahun
Tempat lahir: Kuala Lumpur
Keluarga: Anak bongsu dari tujuh beradik
Pendidikan: Sarjana Muda Sains Aktuari dari Universiti Teknologi Mara
Kerjaya: Pelakon
Filem: Lagenda Budak Setan, Di Larang Masuk, Uncle Usin, Tanda Putera, Left Wings dan Mantera

FINE! student UiTM detected! Tapi, tak sure pulak UiTM cawangan mana? Shah Alam kah? Tapi rasa kampus induk tak da course ni. Rasa cawangan Johor lah. Rasanya lah.

Syikin baca this post, nanti roger-roger abang eh? Lepak Starbucks ke =p

enjoy!

Feb 24, 2012

(Gambar) Majlis Akad Nikah Lisa Surihani+ Yusry Abdul Halim by shahroll














TAHNIAH kepada pasangan 

sumber: Google

DG Smart Plan and my Android Phone



As salam, hello readers...


Bila saya ditanya berkenaan dengan telefon Android, pilihan utama saya adalah Samsung Galaxy Tab 7.7.Mengapa saya pilih Galaxy Tab 7.7? tentu sekali kerana spesifikasinya yang menarik seperti:-



Display:
7.7" SUPER AMOLED Plus*
1280 x 800 WXGA
197 pixels per inch (ppi)
4-way rotation


Browser:

Android™ Browser
Adobe® Flash® support


lain-lain spec boleh dilihat di SINI


Bukan itu saja, dengan DG Smart Plan, Galaxy Tab lebih menarik dengan tawaran yang 'super-crazy' dari Digi. Apakah?

totally AWESOME! =D

Dengan tagline Always the smarter choice, memang bertepatan dengan apa yang diperkatakan oleh pelanggan-pelanggan yang sudah menggunakan perkhidmatan Digi. VIVA FOREVER DG!


Feb 23, 2012

Modal kacak jadi taruhan Mat Pakistan! by shahroll

sumber: Kosmo

As salam, hello readers...

Semalam aku ada post pasal budak hilang. Awek Melayu yang dilarikan oleh warga asing (warga Pakistan) pada Hari Kekasih baru-baru ini. Hari ni pulak, follow up berita ni dengan paparan akhbar diatas.

Guna "ilmu pengasih" untuk pikat perempuan Melayu? Dan lebih tajam aku mahu lemparkan, KENAPA MELAYU?

Ada sesiapa boleh bagi jawapan yang konkrit pasal isu ini?

silakan...

Feb 22, 2012

Ezad Lazim- Pelancaran album solo terbaru (Mengharap Bintang) by shahroll

Album terbaru Ezad Lazim- Mengharap Bintang

MANTAP! tiada perkataan lain yang aku boleh nak ucapkan bila pertama kali mendengar lagu ciptaan Adi Sixth Sense yang dibawakan oleh Ezad feat bersama Nabila Huda.

Follow @EzadLazim & @abilsuhaimi on Twitter!

Lirik lagu- Mengharap Bintang
Remuk-remuk jantungku
Sakit-sakit hatiku
Saat kau tinggalkan diriku
Sunyi hidup tanpamu

Sungguh perih hidupku
Sungguh sepi malamku
Betapa sedihnya jiwaku
Menantikan dirimu

Ku rindukan dirimu
Rapuh hidup tanpamu
Kembalilah peluk hatiku
Temanilah mimpiku

Patah sayap cintaku
Jauh dari kasihmu
Lagu ini hanya untukmu
Kembalilah cintaku

Tuhan tolonglah diriku
Kembalikanlah cintaku
Aku kan setia menunggu
Hingga hujung nafasku

Tuhan tolonglah diriku
Khabarkan aku menunggu
Sampai kapan pun ku tunggu
Kerna dia hidupku

short review for this song!
enjoy!

Penyingkiran Aada Zara di dalam Pilih Kasih minggu ke-3! by shahroll


As salam, hello readers...

Minggu ke-3 memperlihatkan Aada Zara menjadi "mangsa" pertama penyingkiran di dalam Pilih Kasih 3. Menurut Rosyam Nor, “Saya memilih Aada atas faktor undian. Dia punya bakat, namun saya terpaksa membuat keputusan untuk menyingkir satu dari tiga terendah. Saya juga yakin dengan kemampuan Aada Zara dan mendoakan kejayaan beliau di luar sana." Aada Zara si kecil cili padi akur dengan keputusan Rosyam Nor lantas meninggalkan Pentas serta rakan-rakan seperjuangannya. Tiada lagi laungan ‘kecil-kecil cili pagi, hebat kot!”

bottom 3 undian

Debaran akan terus melanda 15 artis Pilih Kasih. Masing-masing perlu berusaha gigih bagi memantapkan persembahan mereka untuk memikat bukan sahaja hati Prof Madya Dr Abu Hassan, Seniwati Fauziah Nawi, Rosyam Nor, Umie Aida serta Erra Fazira malah juga hati pengundi-pengundi.

Sambutan penonton di Auditorium pada minggu ini juga amat mengalakkan. Pembukaan dimulakan dengan gabungan lagu moden dan dangdut menghangatkan suasana. 

Untuk tugasan monolog sekali lagi Naqia Nasution, Airil Reffa, Miza Azura dan Yizee Ariff mendapat kritikan bukan sahaja dari Dr Abu Hasan malah juga dari Seniwati Fauziah Nawi. “lakonan awak ibarat biskut kosong yang tak ada isi dan rasa” antara komen pedas Dr Abu Hasan kepada Airil Reffa. Namun begitu jika dilihat kepada pencapaian meraka untuk tiga minggu pertama, ia boleh dikata membanggakan. Terdapat peningkatan dari segi penghayatan, penguasaan pentas dan expresi wajah.



Jika minggu lepas, monolog hasil karya Hamzah Tahir mempromosikan TM sebagai penaja utama Pilih Kasih, tetapi lain pula minggu ini. Hamzah Tahir mempromosikan pula Rapid KL iaitu penaja pengangkutan Pilih Kasih musim ini.

Walaupun dikritik teruk sewaktu monolog, namun itu tidak memberi halangan untuk mereka terus beraksi dalam teater Puteri Gunung Sengkuang. Teater komedi ini berjaya menghiburkan penonton dengan  pelbagai kemunculan dan penampilan yang tidak disangka-sangka. 

Ai Iqmal muncul sebagai monyet manakala Hakim Yazid pula sebagai keldai Putera Kobis lakunan Fareth Agang . Kostum serta props yang menarik ditambah lagi dengan gerak tari yang mantap menghebatkan teater ini.

Bagaimana pula kesinambungan Konspirasi Cinta tanpa Aada Zara?. Nantikan Pentas Pilih Kasih minggu hadapan!


Peminat PK3 boleh menghantar undian anda kepada 15 artis kegemaran anda dengan cara Undi Taip-PKUNDI dan hantar ke 33199

enjoy!

Feb 21, 2012

How Google recognize my weblog? by shahroll


As salam, hello readers...

Dalam posting aku yang terdahulu, aku ada nyatakan dalam itu berkenaan dengan sitelink. Aku tak pasti samada yang ini serupa atau tidak. Rasanya tak. Sebab apa yang aku post kali ni bukan mahu menunjukkan sitelink tu, cuma bagaimana Google sudah "kenal" dengan orang yang taip www.shahrulhairy.com

Top Search kah tu?

Tak sangka pula sampai ke tahap ini Google buat dengan blog ni. Mungkin ramai yang taip keyword tu kat lam sesawang Google kot? Apa pun, korang boleh lanjutkan pembacaan ilmiah di SINI.

p/s: Google Malaysia sedang mencari pekerja! sila layari website INI.

enjoy!

Feb 20, 2012

Teh Tarik Session: Kid Chan and friends by shahroll


As salam, hello readers...

Teruja bercampur kagum meliputi hidup aku pada Jumaat lepas (17 Feb). Walaupun aku terpaksa menempuhi jammed yang teruk di Petaling Jaya (Jalan Semangat) dan hujan pula masa tu, tak mematahkan semangat aku berjumpa dengan icon dalam bidang photography!

Bertempat di Jaya One, aku mencari Old Town White Coffee. Sebelah OTWC ada Nandos Restaurant.

Sampai di table, aku orang paling last sampai. Thanks to Kid Chan yang sanggup tunggu walaupun ada another appointment di Subang pada jam 11.30 malam!

That night ada Kid, Chris Raja & partner, Evelyn & partner. (sorry for the bad quality image below. Taken by Nokia C3)

Old Town Oreo- best!

(Artis Youtube) Ainan Tasneem by shahroll



Single #1- Aku Suka Dia


Aku lihat dia di sana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba mengampirinya
Lalu aku menyapa dia


Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia


C/O :
Bila dia, mendekati diriku,
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu


Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya


Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya


C/O :
Bila dia, mendekati diriku,
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu


Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya


Bridge :
Ku terima satu nota..darimu..
Yang tertulis 'Aku suka kamu'


C/O :
Bila dia, mendekati diriku,
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu


Akhirnya kini, ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini, aku mulai bahagia,
Menerima cinta darinya.. Aku suka dia..


........................................................................


As salam, hello readers...


Dalam postingan INI, aku ada letak nama Ainan dalam post tu. Dan sekarang aku nak highlight kan Ainan ni lah. Semalam aku dengar lagu ni dan terus "jatuh cinta". Bukan dengan orangnya lah, dengan lagu yang dia cipta sendiri.


Now, dia sekarang dah menjadi artis rakaman untuk 1 production house. Alhamdulillah, nampaknya semakin ramai artis Youtubers meningkat naik setelah Yuna, Najwa Latiff, Ana Rafali dan lain-lain Youtubers. Teruskan memeriahkan industri seni tanahair dengan lagu-lagu yang easy listening.


enjoy!

(Gambar #4) 4 profile artis pilih kasih 3! by shahroll



As salam, hello bloggers...


Kejadian yang tak terlintas dalam fikiran berlaku sekitar jam 11 pagi tadi (Ahad). Rumah flat yang aku diami mengalami kecelakaan besar buat pertama kali aku duduk disini (kebakaran) syukurlah api dapat dikawal.


Berita penuh pada malam ni k?


Profile terakhir untuk artis Pilih Kasih 3 dalam posting aku hari ini. Sebelum tu, jangan lupa sertai Blog Contest yang pertama kalinya aku buat untuk meraikan 600 followers dalam blog shahrulhairy.com =D


4 profile artis Pilih Kasih 3;
Reen Rahim
Twitter: @ReenPK3
Facebook: Reen Rahim

Sura Sojangi
Twitter: @SuraSojangi_PK3
Facebook: Sura Sojangi

Theera Alias
Twitter: @TheeraPK3
Facebook: Theera Alias

Yizee Ariff
Twitter: @yizee Arif PK3
Facebook: Yizee Ariff

Peminat PK3 boleh menghantar undian kepada senarai 4 artis kegemaran anda dengan cara mengundi seperti di dalam profile mereka. UNDI jangan tak UNDI!! =D

enjoy!

Feb 18, 2012

(Gambar) Kad motivasi untuk blogger baru by shahroll



You need a lot of passion for what you're doing because its so hard. Without passion, any rational person would give up.  So if you're not having fun doing it, if you don't absolutely love it, you're going to give up!


enjoy!

3 cute Nuffies "hacked" my blog! by shahroll



As salam, hello readers...


Selamat berhujung minggu! dalam minggu ni aku hanya menyiapkan beberapa custom album yang hampir siap keseluruhannya. Dengan menggunakan tone color yang baru (vintage+reddish) dapat memberikan kepuasan kepada client aku.


Dan, berbalik ke dunia blogging, aku melihat di dalam akaun Nuffnang ada beberapa blogger aku 'spot' macam kenal! ... =p


Siapa??! *drum roll*



Anne!

Rachel!

Yen Ling Tiew! (new nuffies ah?)

Thanks drop and read my post! Kebanyakkan post aku dalam Bahasa Melayu, so boleh kot pakai Google Translate! hehe.. oh! aku ada 1 Chinese proverb untuk korang bertiga;

nice ah? =D

enjoy!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ini adalah blog peribadi Shahrul Shaharuddin. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah hak cipta terpelihara..Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan shahrul hairy shaharuddin. Anda boleh menyiarkan semula artikel atau info di laman blog, di laman forum atau di laman sosial yang lain namun, sila pastikan anda membuat backlink/kredit/citation kepada blog ini sebagai tanda penghargaan dan sokongan.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau pelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut garis panduan undang-undang Malaysia.