Bagaimana menggunakan Western Union hantar wang ke Indonesia? @poscare by shahroll

Thursday, September 06, 2012 shahrul hairy 24 Comments




As salam, hello readers...

Aku tak pernah guna Western Union (WU) untuk hantar duit ke luar negara. tak pernah langsung. Sebab aku lebih prefer guna transfer melalui online banking (pemindahan tempatan). Ini pelajaran aku yang pertama untuk hantar duit guna WU ke Indonesia.

Borang WU di pejabat pos macam di bawah ni;

Borang Western Union (Pejabat Pos)

Untuk menghantar duit ke Indonesia, perkara yang perlu diisi adalah Nama penerima, Alamat penerima (beserta poskod), No. telefon penerima dan jumlah duit dalam matawang asing (Rupiah). Kalau korang tak reti nak convert duit tu, orang kat kaunter Pos boleh kirakan untuk korang.

Caj untuk perkhidmatan WU di Pejabat Pos adalah RM10.10 bermakna kalau korang hantar RM1000, jumlah korang kena bayar sebenarnya adalah RM1010.10

Waktu perkhidmatan penghantaran duit, dari jam 8.00pagi sampai 5.00petang di pejabat pos. Di lain-lain tempat selain pejabat pos, aku tak sure sangat. Tapi aku syorkan buat kat pos je senang.

One more thing, jangan lupa salinan fotostat Kad Pengenalan untuk tujuan pengesahan penghantaran di kaunter. Aku aritu datang pagi, tapi aku tak bawa salinan IC, terus tergendala tak leh buat. Aku datang belah petang lepas aku setelkan hal yang lain.

Setelah selesai semua, korang akan dapat No. Kod penerima. No tu ada di bawah borang (generate by computer) lepas dah masuk dalam sistem. And yes, duit tu dah dihantar ke destinasi yang dituju. Dalam masa 1 jam, mereka yang di Indonesia sudah dapat mengambil duit tersebut.

Mudah kan?

enjoy!

24 comments:

Thanks bro for the infomations

most welcome =)

Tq.. Sgt membantu.. :)

CZ:

sama-sama =) terima kasih datang ke blog ni..

Saya baru nak berjinak-jinak dengan WU. Terjumpa blog saudara masa tengah mencari-cari informasi :)

Nak tanya, duit yang nak dipos ke Indonesia tu kena tukar siap-siap dalam Rupiah di Money Changer ataupun boleh guna duit Malaysia lagi?

Tq in advance :)

Filzati:

Salam,
Terima kasih atas kunjungannya ke blog saya ya? =)

Berkenaan dengan pertukaran duit tu, u boleh bayar dalam RINGGIT MALAYSIA di kaunter. Tak perlu u tukar duit tu.

Contoh;
Jika beli barang di Indonesia dengan nilai Rp.150,000 (bersamaan lebih kurang RM50) maka, u bayar je RM50 di kaunter pos.

hope penjelasan yang diberikan memuaskan hati =)

tq!

Salam..
Ini first time saya nak guna WU. Nak beli barang dari China. Details yang penerima tu bagi ialah:
First Name: XXX
Last Name: XXX
City: XXX
Province: XXX
Country: XXX
Zip Code: XXX

Soalan saya, ini aje ke details penerima yang perlu saya isi dalam borang tu nanti? TQ :D

Ikmal:

Waalaikumsalam wbt,

Details yg u bagi tu dah cukup, cuma ruangan berapa nilai wang u nak hantar tu kena tulis jugak, sebab penerima biasanya akan beri harga barangan dari sana...

Or maybe boleh tnaya kaunter pos tu, adakah menghantar wang ke China tak perlu state kan jumlahnya...

tq! =)

Nani Nazeri said...

salam,nak tanya..kalau nak bagi duit tu,kena bagi duit rupiah yg dah siap convert ke?atau boleh je bagi duit dlm ringgit malaysia?

Nani;

Waalaikumsalam wbt,

Boleh beri duit Ringgit Malaysia di kaunter Pejabat pos =)

tq!

Assalamualaikum, saya nak bertanya kalau saya nak bayar dalam RM 180.00, charge kena berapa ye? First time nak buat. Jadi agak takut sikit sebab tak tahu berapa kena charge macam saudara tulis ni. Caj untuk perkhidmatan WU di Pejabat Pos adalah RM10.10 bermakna kalau korang hantar RM1000, jumlah korang kena bayar sebenarnya adalah RM1010.10

Sya:

Waalaikumsalam wbt,

Ye betul, caj perkhidmatan dorang akan ambil RM10.10 berapa amaun yang u nak hantar.

Saya beri sekadar contoh untuk pemahaman.. =)

tq

izlin1430 said...

Assalam... Sy ingin tahu jika kita tersilap bg maklumat penerima, adakah duit yg kita beri itu akan "burn" atau pengirim akan dapat balik duit tu? sy nk wat penghantaran duit kepada adik di China sebanyak RM3k... 1st time nk hntr n takut jugak nie...

izlin:

Waalaikumsalam, pasal burn atau tidak saya tak pasti. Mungkin boleh check dengan pejabat pos.

Pastikan penemerina punya info diisi dengan betul ya =)

Dalam gambar slip yg perlu di isi tu dia minta no debit card wu. Saya tak ada kad tu. Macam mana ni?

Perlukan kad western unioun ye utk menggunakan perkhidmatan ni? Kalau takde mcm mana ye?

Izzah:

Tidak sama sekali, kalau tidak faham SOP bolh tanya kepada officer di pejabat pos =)

tq!

adam aniq said...

Tq..info baru ni..br nk blu brg dr indon..pki wu.tq bro

nur nadira said...

Assalam..
nak tanya kalau dr indon, nak pos wang ke malaysia..
alamat tu nak bg alamat pjbt pos brdekatan dgn area kite atau alamat tempat tinggal kite?
Mohon plencerahan..tq

Waalaikumsalam wbt

Nadira, alamat tu mesti di premis yang betul. Alamat pejabat pos, saya kurang pasti

Sebab masa saya hantar duit ke Indonesia, saya guna alamat pejabt mereka =)

tq

GEEKY said...

salam.. kalau kita serahkan wang dalam bentuk rupiah ke pejabat pos boleh tak?

Penerima di indonesia perlu yang tiada KTP boleh terima di WU tak?

Assalamualaikum, maafkan saya saudara, saya nak tahu duit yang kita hendak poskan melalui WU ni kan, akan disampaikan terus kepada alamat penerima sahaja(tunai)/ke dalam atm??

yulia sari said...

aku pernah nak cuba, dan memang berjaya kirim wang lewat WU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...