Bagaimana meningkatkan motivasi pada diri sendiri? by shahroll

Friday, August 31, 2012 shahrul hairy 2 Comments



As salam, hello readers...

Selamat Menyambut Kemerdekaan yang ke-55 Malaysia. Alhamdulillah, masih dalam keadaan harmoni dan stabil pada hari ni. Aku dari semalam duduk depan PC, tak mematah semangat kemerdekaan untuk aku sambut di dalam alam maya (ok lah kan?)

Hari ni topik apa? pasal "Motivasi"

Actually, aku bukan seorang yang pakar dalam memberi kata-kata semangat, perangsang atau membakar motivasi orang lain. Aku cuma boleh berkongsi apa yang aku dah lalui dengan pengamatan aku.


Aku ambil dari Facebook  pages...


Mungkin korang dah biasa tengok gambarajah diatas kan? Mereka adalah orang-orang biasa yang mencipta kejayaan luar biasa. Siapa tak kenal Shah Rukh Khan? Siapa tak kenal Lionel Messi? dan yang lain-lain tu?

Memanglah kejayaan tu tak mudah dicapai, tapi bukan mustahil kan? Thomas Edison yang mencipta mentol tu pun kali ke seribu kali percubaan baru berjaya menghasilkannya. Begitu juga dengan Kolonel KFC dimana masa mula-mula dia nyatakan idea ayam goreng yang diciptanya, siapa je yang pandang?

Hari ini gagal. Esok juga gagal. Tapi percubaan demi percubaan kena tetap ada. Sifat "tak mahu mengalah" seperti ini perlu ada pada seseorang yang mahu bergelar usahawan.

Aku tak ada panduan tertentu untuk naikkan semangat atau motivasi diri. Apa yang selalu aku praktiskan, banyakkan membaca kejayaan orang lain yang sudah terbukti kejayaannya. Pilih bidang yang sesuai dengan citarasa korang, minat korang barulah dapat capai kejayaan tu.

Selain tu, jangan lupa membaca kisah-kisah silam individu atau syarikat yang rugi atau mengalami kemerosotan. Dari situ korang akan dapat belajar pengalaman pahit orang lain supaya tidak terkena pada diri korang. Ini dinamakan pembelajaran "smart"

Paling utama, anggap diri sendiri yang terbaik dari kalangan yang terbaik hidup di atas dunia ni. Kalau tak, buat apa pun asyik kena "kondem"!

enjoy!

2 comments:

Zik said...

dimana ada kemahuan, disitu ada jalan... yeah!! nak tak nak jer..

zik:

setuju bro! ade kemahuan dan minat, teruskan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...