Loading...

Jun 22, 2012

Bagaimana rasa jadi wartawan di lokasi? by shahroll



As salam, hello readers...


Semalam aku ada buat 1 "tugasan" tak rasmi yang aku sendiri ingin mencubanya. 1 tugasan untuk mendapatkan feedback penonton yang menonton filem Mael Lambong untuk tayangan pertama. 


Dengan baju exclusive Mael Lambong yang aku dapat semasa tayangan perdana tempoh hari, menguatkan lagi semangat untuk sesi interview.


Rasa jadi "wartawan" di lokasi? Ini dia;


#1- Sifat malu sila buang jauh-jauh. Kau nak interview orang kalau malu macam mana? so, kuatkan semangat dan yakin boleh! ecceeh!


#2- Rasa berdebar memang ada. Walaupun aku bukan aliran Mass Comm punya student, bahasa ke-wartawanan aku belajar dari wartawan Melodi. Syabas! aku tiru sikit-sikit!


#3- Menerima tolakan. Ini penting sangat. Sebab tak ramai lagi kot yang sudi wajah mereka di rakam untuk memberikan respon. Itu perkara normal k? jangan emosi bila keadaan in berlaku =). Ucapkan terima kasih even tak di interview.


sebelum apa-apa, pose dulu! ecceh!!


Sebenarnya aku terlepas untuk temubual penonton yang 1st tayangan. Aku tengok pada jadual online TGV yang mereka akan keluar panggung pada jam 10.15 malam, tapi brader yang jaga tiket tu kata jam 9.45 malam dah keluar! perghhhh.. masa tu jam dah tepat jam 11.00 malam taw tak?

Aku tunggu 45 minit untuk menunggu tayangan ke-2 habis!

Sambil tunggu aku melayan Facebook so tak la rasa lama sangat masa menunggu. Sebelum tu, aku nak cerita pengalaman bila aku sempat berborak-borak dengan pengunjung yang beli tiket Mael Lambong untuk 1st tayangan tu;

#1- Pasangan suami isteri dan punyai 2 anak perempuan yang comel datang untuk menonton kerana minatnya terhadap Zizan Razak. Dan ibu bapanya juga meminati Zizan. HEBAK mung Zan!

#2- Pasangan suami isteri yang minat Zizan dan juga Ahmad Idham. Eh, pengarahnya juga termasuk dalam list ye? hehe!

#3- Pasangan umur pertengahan mengatakan, mahu melihat kesinambungan Mael Lambong dari Raja Lawak ke layar perak. Ni peminat Raja Lawak punya program ni. Hebat!

#4- Pasangan remaja pula, datang sebab nak lihat aksi lawak Zizan dan juga Juliana Evans. Ok, ini normal lah sebab 2 pelakon utamanya memang cukup kuat untuk peminat datang ke pawagam! syabas!

Sampailah masa yang dinantikan. Dalam ramai-ramai yang aku jumpa, ada sorang ni lah yang nak dirakam wajahnya dan aku upload dalam Youtube. Lain-lain tak sanggup nak dirakam, cuma dapat respon yang secara puratanya mengatakan;

#1- Mael Lambong TERBAIK!
#2- Suka lawak Zizan.
#3- Juliana Evans nampak garang?
#4- Ok je.
#5- Sakit perut gelak

video yang aku dah buat KHAS untuk Mael Lambong

enjoy!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ini adalah blog peribadi Shahrul Shaharuddin. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah hak cipta terpelihara..Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan shahrul hairy shaharuddin. Anda boleh menyiarkan semula artikel atau info di laman blog, di laman forum atau di laman sosial yang lain namun, sila pastikan anda membuat backlink/kredit/citation kepada blog ini sebagai tanda penghargaan dan sokongan.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau pelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut garis panduanundang-undang Malaysia.