Manhattan Fish Market with BFF by shahroll

12:53:00 PM shahrul hairy 4 Comments


As salam, hello readers...

Lupakan seketika tentang permasalahan negara mahupun dunia. Masing-masing punyai pegangan dalam isu-isu yang berbangkit. Aku sebagai pemerhati senyap, cuma melihat apa yang berlaku di dalam media massa mahupun media sosial.

*pause*

Rabu lepas, aku dengan BFF a.k.a sekutu kuat kaki wayang serta makan-makan melepakkan diri di e-curve untuk menonton Lock-Out. terbaik lah aku cakap filem tu. Idea Amerika memang gila. Sangat! Ade ke banduan nak letak kat space? *mana tahu esok-esok memang berlaku?* HAHA!

Pemandangan malam sekitar curve

Aku first time nak rasa makanan Manhattan Fish Market (MFM). Ada pakej yang best untuk 2 orang. Disebabkan tak pernah mencuba, aku select lah pakej RM49.90



tadaaaa.. =)

keh3.. bagus teka-teki, atas tisu? =p

Masa menunggu tak lah lama sangat dan service yang diberikan oleh pekerja MFM sangat best. Senyuman dan mesra itulah yang pelanggan mahukan. Rasa berbaloi la kan dengan bayaran yang kita keluarkan.

sup ni best! pekat dan banyak cendawan

OMG! this for 2 person ah? HEHE..

Ada nasi juga dibawah timbunan ikan dan udang goreng ni. Sekali pandang macam ikan & udang celop tebung je. Mak aku boleh buat ni. HAHA! Tapi taste dorang buat ni sedap ah. Sayur sikit je kat tengah tu (banyak sayur brokoli pon tak pe! aku suka) =p

Last-last kami makan tak habes pon. Aku gak bawak balik tapao. 

4 comments:

KiD said...

bestnyaaaaa... aku tak pernah rasa ni beb.. bila nak buka meja? hehehehee

Memang menarik laaa... rasanya berbaloi sangat2x untuk big eater cam aku nie... hehehehe

Kid:
bio benor bro? hahaha.. xdok menang ape2 lagi ni, cane nak open table? =p

Bro Hazman:

MEMANG bro! terbaek klw bro buat segmen makan2 bro tu =D