Loading...

Feb 12, 2012

Starbucks Reload Debit Card? by shahroll


As salam, hello readers...

Menjadi seorang dealer, aku lebih pentingkan kepuasan dari segi tempat yang disediakan dan juga produk yang berkualiti. Tempat yang selesa dan santai, kebarangkalian untuk close deal adalah tinggi. This my best practice yang aku buat.

Disebabkan aku seorang kopi-holic, aku memilih Starbucks sebagai tempat untuk berbincang, berborak dan tempat sign agreement. Aku tak duduk kerusi kayu. Lebih selesa sofa.

Dan semalam, ada untuk satu projek bersama Prof (berbincang bersama pelajar beliau) aku ajak lepaking di Starbucks Bukit Raja. Tengah aku nak order air, aku ada nampak 1 kad hijau diletakkan di hadapan kaunter. Ia menarik pandangan aku.

Untuk details, layan gegambo kat bawah ni;

Kad ni berharga RM30. Bukan burn macam tu saja, tapi korang boleh gunakan kembali duit tu untuk beli minuman. Ganti penggunaan wang cash kepada sistem kad.

"Introducing the Starbucks Card"

Antara minuman yang aku pesan semalam...

Ok, ni yang aku cakap tadi. RM30 tadi digunakan kembali untuk beli minuman. So now aku nyer baak dalam kad Starbucks RM3.50 boleh reload dalam kad ni lagi nanti di semua cawangan Starbucks.

Ini bukan kad yang diberikan. Ni kad untuk baca terms & condition mereka.

Besarkan gambar untuk membaca...

THIS! kad yang aku dapat semalam...

Sudut gambar yang berlainan pulak! (saja main condong-condong) 

The best thing is, korang tak payah isi borang ke apa masa di kaunter. Cukup dapatkan kad ni dan bayar. Untuk register korang punya kad, boleh pergi ke laman web Starbucks http://www.starbucks.com.my buat pendaftaran kad. Nice! *serius suka practice cam ni*

Di belakang kad, disertakan PIN KOD untuk buat pendaftaran nanti dalam web

"Treat this Card like Cash"

Amacam? apa pendapat korang bila ada company yang practice kan mende ni? strategi yang baik untuk aku implimen kan dalam perkhidmatan lain? Macam kedai runcit may be? =D

enjoy!

6 comments:

beliamuda said...

Aku ada dapat kad ni, orang bagi hadiah. Boleh guna terus ke kad ni atau kena activate dulu?

Shahrul Hairy Shaharuddin said...

Belia Muda:
Boleh pakai masa bro reload, tapi kalau nak register (aktifkan) g kat laman web Starbucks tu.. =)

sahabat said...

Bagus sistem kad prepaid camni. Aku dah lama terfikir kenapa la kedai mamak tempat selalu aku makan tu tak buat sistem camni. Takyah dah kalut takde duit syiling kalau guna cara ni. Topup dalam gandaan RM1. Setiap sen masih dikira tapi bukan untuk kembalikan baki.

Shahrul Hairy Shaharuddin said...

Sahabat:

Bagus untuk semua jenis perkhidmatan rasanya. Terutamanya yg makan2 nyer biz.. hehe~

akuzle ayu said...

masa memula Tesco bertapak di msia thn 90an, sistem neh depa praktikkan kt food court depa. sempatlaa akak merasa pakai beberapa tahun. kt Tesco bukit tinggi lagik. syok gaks dok ulang2 top-up then nk mkn uloq jer kad neh. beberapa thn lepas tuh, dah 'bungkus' sistem ini. maybe x mendpt sambutan or depa x reti nk manage.. ker org2 kiter tak baper pintar lagik nk guna sistem neh eks? hihihiiihihi>> komen ker entri neh yea?

sahabat said...

Oh ya. Saya pun dulu pernah makan di food court Tesco Bukit Tinggi guna sistem ni. Tak sangka pulak sistem tu dah tak digunapakai sekarang. Jarang dah balik Klang sejak tercampak seberang Laut China Selatan ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi Shahrul Shaharuddin. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah hak cipta terpelihara..Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan shahrul hairy shaharuddin. Anda boleh menyiarkan semula artikel atau info di laman blog, di laman forum atau di laman sosial yang lain namun, sila pastikan anda membuat backlink/kredit/citation kepada blog ini sebagai tanda penghargaan dan sokongan.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau pelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998