Loading...

Feb 7, 2012

Mana nak layan Sup Keting terbaik? by shahroll



As salam, hello readers...

TInggal berbaki beberapa jam untuk esok mula bekerja. Setelah rehat panjang selama 4 hari (aku tak rasa cuti pon) eloklah korang semua warm-up kan diri hari ini untuk bekerja esok. Dengan cara yang macam mana? itu terpulang kat korang.

Bagi aku, masa terluang (jarang-jarang ada) aku gunakan untuk pergi ke kedai-kedai makanan untuk mencuba makanan baru. Yang aku tak pernah nak makan la (yang halal saja) aharkz!

Pernah makan sup keting?

ini rupanya bentuk "keting" tu..

Pertama kali layan Sup Keting di Ani Sup Utara (cawangan Shah Alam- Plaza Alam Sentral) selalu layan sup campur. Apa yang aku boleh katakan, keting tu rasa kenyal-kenyal dan rasa tawar. Korang celop dalam sup tu baru rasa terangkat.

Ada campur dengan daging sikit...

Set yang korang dapat...

Now, kalau aku nak makan sup-sup memang aku tuju terus ke kedai Ani Sup Utara. Family aku pernah makan kat sini juga, dan mereka sependapat dengan aku yang mengatakan sup kat kedai Ani yang terbaik!

Malaysian dish so good! =D

enjoy!

2 comments:

KiD said...

kat bangi ada satu!! mantap!!

Shahrul Hairy Shaharuddin said...

Bro Kid:

HAHA! boleh abam Kid open table ye dak? heheheh~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi Shahrul Shaharuddin. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah hak cipta terpelihara..Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan shahrul hairy shaharuddin. Anda boleh menyiarkan semula artikel atau info di laman blog, di laman forum atau di laman sosial yang lain namun, sila pastikan anda membuat backlink/kredit/citation kepada blog ini sebagai tanda penghargaan dan sokongan.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau pelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998