Loading...

Jan 26, 2012

Pilih Kasih 3 : Kembali menghangatkan suasana dunia hiburan tanahair! by shahroll



As salam, hello readers...


Petang tadi bertempat di Victoria Ballroom, Holiday Villa Subang telah berlangsungnya majlis "press conference" untuk program Pilih Kasih musim ke-3 (PK3). Sedar tak sedar, dah masuk musim ke-3 penerbitan Pilih Kasih ini berlangsung. Menurut Rosyam Noor selaku pencetus idea asal PK3, musim ini adalah musim terakhir buat PK3 setelah PK2 mencatatkan rating penonton sejumlah 2 juta tontonan! Adakah itu gimik oleh RN?


sekitar majlis petang tadi...











Bermula pada 25 Januari ini bakal memaparkan beberapa pembaharuan bagi memantapkan lagi persembahan dan pengisiannya. Didalam Pilih Kasih 3, penambahan program "Zooom Pilih Kasih" adalah untuk menjejaki semula perkembangan semasa bekas-bekas bintang Pilih Kasih dalam 2 musim sebelum ini. Eisya Toh selaku pengacara program sebanyak 12 episod ini akan bermula bersiaran pada 28 Januari hingga 14 April, pada setiap Sabtu jam 9 hingga 10 malam di tv2.

Saksikan Pilih Kasih 3 bermula:

Tarikh: 25 Januari hingga 12 April (24 episod)
Hari: Rabu- Khamis
Masa: 9.00 malam-10.00 malam (1 jam)
Channel : Tv2 (RTM)

Nantikan update seterusnya! happy watching PK3!!

enjoy!

2 comments:

akuzle ayu said...

enjoy reading this...;-))

Shahrul Hairy Shaharuddin said...

Akuzle:

hehe! thanks kak yu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi Shahrul Shaharuddin. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah hak cipta terpelihara..Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan shahrul hairy shaharuddin. Anda boleh menyiarkan semula artikel atau info di laman blog, di laman forum atau di laman sosial yang lain namun, sila pastikan anda membuat backlink/kredit/citation kepada blog ini sebagai tanda penghargaan dan sokongan.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau pelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998