Loading...

Dec 28, 2011

Buka kedai makan, perniagaan yang menguntungkan? by shahroll



As salam, hello readers...


Apa angin malam ni tah aku ada buat sedikit research pasal kedai makan. Then, aku bukak pulak mudah.my untuk tapak perniagaan food court bila aku baru habis baca beberapa blog perniagaan. Dulu aku pernah buat "silap" bila aku tidak ada perancangan yang rapi. Kira-kira 2 tahun lepas.


Now aku kembali nak buka kedai. Tetapi berbeza dengan pengalaman lalu, aku lebih berhati-hati. Lebih teliti dan lebih membuat research. Dulu aku agak terburu-buru dengan pembukaan kedai.


Aku mencari blog-blog berkaitan daripada Google Blogs.


Kenapa kedai makan?


".. Konsepnya mudah. Setiap hari manusia pasti makan. Setiap hari, pasti ada manusia yang akan mencari makanan untuk dimakan. Sebab itu, kedai yang menjual makanan, pasti ada yang akan membeli sebab mahu makan.." (quote: HERE)
bermula dengan kecil-kecilan (Food Court)

Statement yang tak boleh disangkal. Benarlah apa yang diperkatakan itu. Kalau pun ada kedai makan yang tak maju, sure ada faktor lain yang membuatkan kedai makan tu tak laku. May be dari segi promosi kurang ke, lokasi tak strategy ke dan lain-lain.


Dalam blog Dr. Fadri pulak, dia menekankan konsep "kecik dahulu, besar kemudian". Bagus juga cara ini, bermula dari berniaga di food court then baru beralih ke perusahaan restoren. Nice idea. Very!


Antara tips yang diberikan:- (quote:HERE)



1) Dapatkan ilmu tentang perniagaan yang ingin kita ceburi. Maksudnya jika kita hendak membuka restoran western kita perlu belajar cara membuat kuah black pepper, walaupun kita akan mempunyai tukang masak / chef kemudiannya.


2) Pastikan tahap risiko yang anda selesa. Iaitu dengan memulakan sesuatu perniagaan secara kecil-kecilan dahulu dengan niat untuk membesarkannya kemudian hari nanti.

3) Lokasi yang mudah dikunjungi oleh target customer anda. Biasanya prime area sewanya agak mahal, tapi jika anda tahu tahap risiko yang anda selesa – kenapa tidak? Ini yang dilakukan oleh pengasas McDonald’s yang mana jika dia hanya berfikir untuk menjual burger, pasti sukar. 


Jadi dia perlu mendapatkan hartanah dan mendirikan restorannya di kawasan yang strategic bagi memastikan burgernya dapat dijual. Kini McDonald’s boleh didapati di merata dunia.


4) Modal pusingan yang mencukupi. Ini bagi memastikan perniagaan kita tidak mati ditengah-tengah jalan. Biasanya apabila modal mula berkurangan peniaga akan mula mengurangkan bahan mentah masakan mereka yang mengakibatkan rasanya menjadi kurang enak dan pelanggan mulai berkurangan.  


Lain-lain blog aku baca yang INI. Agak menarik kupasan yang dilakukan di dalam blognya. AKu percaya, setiap orang ingin masuk ke dalam dunia business. Dunia "pegang duit sendiri". AKu tahu perasaan itu. Sebab aku juga pernah NAK jadi seperti hari ini walaupun aku bukan usahawan yang BESAR.


Untuk membuka kedai makan, tiada dalam Action Plan 2012. Mungkin 2013? =)


enjoy!

Dec 26, 2011

SNSD Vs SNSG [Korea Vs Indonesia] by shahroll



As salam, hello readers...


Terjumpa satu video klip dalam wall FB Lyana Mahat yang menghiburkan. Mana tidaknya, lagu ala-ala Korea (memang musiknya dari Korea) cuma ditukar lirik lagu dengan lirik yang mengajak manusia kepada kebaikkan (dakwah).


Pemilik lagu asal: SNSD- Mr.Taxi.



SNSD members

SNSG from Indonesia: Pinter Ngaji (Dance Clip Version + Dangdut-Gambus-Koplo Remix + Java-Indo Sub).


SNSG members

Pandangan aku terhadap musik K-pop adalah, sememangnya lagu-lagu seperti ini (Korean) mendapat tempat hati pemuda-pemudi di rantau Asia. Walaupun bahasa Korea tidak dapat difahami, namun begitu musik itu universal. Rentaknya sahaja membuatkan badan kita ingin menari-nari.

Dan aku lihat perkembangan dunia musik yang sudah "menghala" ke arah Ke-Korea-an, maka banyak percubaan ataupun eksperimentasi daripada group-group lain dengan bermodalkan rentak K-Pop.

Malaysia masih jauh dalam "permainan" musik Korea. Percubaan group ala Korea sedikit masa lalu, cuma perlu diperbaiki lagi.

Bahasa yang digunakan oleh SNSG adalah Bahasa Jawa (tak pasti Jawa Halus ataupun Jawa biasa digunakan oleh masyaraka Jawa di Malaysia)

enjoy!

Latest News: Tahniah kepada Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar! by shahroll



As salam, hello readers...


Lebih kurang 30 minit yang lalu, Dato' Sahol ada berkongsi maklumat di wall pages Facebooknya tentang perkhabaran gembira ini. Sila lihat print screen dibawah:-


Sila klik gambar untuk lebih jelas.

Tahniah kepada Dato' kerana menjadi Naib Canselor untuk penggal seterusnya. Bermakna, untuk tempoh 2 tahun lagi pentadbiran di bawah Dato' Sahol. Perkhabaran ini disambut dengan gembira oleh Fans Facebook Dato', rakan Twitter dan rakan media yang lain. (Original link: HERE)

Boleh lihat twitter Dato' di SINI.

Gambar hiasan: Google

Dec 22, 2011

Keputusan SBPA: Pelaksanaannya ditangguhkan! by shahroll



Isu panas!


22 Disember 2011 menjadi penutup tirai untuk Kongres Kesatuan Pekerja Awam ataupun CUEPACS menemui Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak berhubungan dengan Sistem Saraan Baru yang diperkenalkan untuk kakitangan awam di Malaysia.


Memetik dari Utusan:-



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pelaksanaan skim sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam SBPA ditangguhkan untuk dirunding semula dengan penjawat awam, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman.


Beliau berkata demikian kepada sekumpulan ahli kongres itu di perkarangan bangunan Perdana Putra selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di sini hari.Dato' Omar dijadualkan mengadakan satu sidang akhbar  sbpa ditangguhkan di Universiti Putra Malaysia tengah hari ini berhubung isu itu. – UTUSAN


Aku baru balik dari Melaka dari Persidangan anjuran KPT ada hal ini dalam seminar tersebut. Untuk bacaan, boleh ke link-link yang ada dibawah ini;


HARI #2 PERSIDANGAN : PROF. MADYA DR. RAJA ROSLAN BIN RAJA ABD. RAHMAN & DATO' HJ. OMAR BIN HJ. OSMAN


HARI #1 PERSIDANGAN : DATO' HJ OMAR HJ OSMAN


Terima kasih Dato' Seri

President CUEPACS, terima kasih Dato' Omar

Masa PMR dulu by shahroll



As salam, hello readers...


Dapat balik dengan selamat, aku cukup bersyukur. Semasa perjalanan pulang dari Melaka ke Shah Alam, banyak kemalangan melibatkan lori kontena dan juga bas persiaran. Gerun. Sumpah aku takut sebab aku juga menaiki bas. Mujurlah pemandu bas membawa bas dengan penuh berhemah.


Hari ini keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sudah keluar.




Tahniah kepada yang berjaya mendapat sederet "A" didalam PMR, dan yang kurang bernasib baik, baiki diri, muhasabah diri kenapa berlaku ketidak-betulan di dalam keputusan hari ini. Kuatkan semangat untuk terus maju di dalam pelajaran akan datang (SPM)


Aku ada 1 cerita. Pasal aku.


Dulu PMR aku cuma ada 1 A je. Itu pun Bahasa Melayu. Lain-lain B dan juga C. Alhamdulillah, aku berpuas hati dengan keputusan tersebut sebab itu lah usaha aku dalam PMR. Kalau buat lebih lagi, mungkin jugak aku mendapat sederet A.


Tapi, banyaknya A di dalam keputusan tidak semestinya yang tidak ada A itu tidak boleh berjaya. Secara logik memang ya, banyak A seorang yang kuar berusaha, pandai dan sebagainya. Yang tidak punyai A, digambarkan sebaliknya.


Dulu cikgu sekolah aku pernah cakap, "Kalau kamu ada DISIPLIN, campak kat mana-mana pun kamu boleh hidup". Sampai hari ini aku pegang cakap cikgu itu.


Tidak mengapa tidak banyak A sekalipun, janji punyai semangat mahu betulkan keadaan dengan disiplin diri & berusaha menjadi yang terbaik. Pilih bidang apa sekalipun, aku sure akan sukses dengan izin Allah SWT. =)


Happy all!

Dec 21, 2011

Luahan rasa: bila kerja blogging menjadi "Official" by shahroll



As salam, hello readers...


Malam ni malam terakhir aku kat Hotel Abadi yang mana aku menghadiri seminar dan cover event GAKUM ni lah. Aku antara peserta muda bersama rakan sekerja yang lagi sorang. Lain-lain dari kalangan Doktor-doktor, Ahli-ahli akademik dan lain-lain banyak aku mendapat pengajaran dan pembelajaran kat sini.


Anda boleh lihat live update yang aku buat di blog KPP.


Baru mukadimah ni, belum masuk point utama. Semasa aku berborak-borak dengan ahli persidangan seminar ni, aku dapat rasakan sesuatu keperluan pengetahuan pasal dunia blogging ini di dalam seminar yang aku hadiri sekarang ni.


Begini.


Di dalam satu-satu seminar yang mana pengisian yang dilontarkan oleh para panel yang dijemput banyak input-input yang berguna yang perlu di rekodkan dan terus di kongsi oleh orang ramai tentang perjalanan sesuatu seminar itu.
Memang masih ada pencatat minit dan seseorang akan merekod perjalanan seminar tetapi cara itu cara lama.


aku nak transformasi dilakukan dengan membuat laporan sepantas yang mungkin.


Dalam men-trasformasikan budaya kerja yang pantas ini, aku rasa ramai yang tak sanggup. For sure. Tetapi kerja sebegini lebih kepada "personal interest". Aku tak nafikan jika membuat fast-report akan menjadi sedikit cacat celanya, tetapi apa yang penting maklumat dapat disalurkan kepada rakan-rakan lain yang tidak berada di dalam seminar itu, dapat merasakan "kehanggatannya".


Benda ini bukan baru. Rasanya di Parlimen Malaysia dah buat benda yang sama, kan?


Harapan aku, jika tulisan aku ini agak janggal untuk masa ini, aku harap pada 10 tahun akan datang tidak menjadi sesuatu yang pelik jika ada 1 atau 2 orang blogger yang memang di khaskan di dalam jawatan kerajaan dan mempunyai gred yang tersendiri. *Aminn*


Dato' Seri Najib, please read this post. I'm really serious about this.


i'm official blogger for GAKUM event

Outstation ke Melaka, Bandar Teknologi Hijau by shahroll



As salam, hello readers...


Jam menunjukkan 2.05 pagi, sepatutnya aku kena tidur dah ni sebab esok akan berlangsung full event untuk GAKUM. Yes, aku attend seminar lagi dan kali ini aku membuat pembaharuan untuk update blog secara live untuk tatapan umum.


Baru je tadi aku update blog KPP pasal isu SBPA. Aku tak banyak menaip, cuma ambil isi penting sahaja. itu je pun yang pembaca nak kan? Ayat bunga-bunga dah tak laku sekarang ni, direct to the point je senang. kan?


Tak dapat buat live blogging masa Dato' Omar berucap, save dalam MS Words dulu...

Seminar ini dihadiri oleh 20 wakil dari Universiti tempatan yang berpayung dibawah GAKUM. Ramai kenalan baru dari Universiti lain aku sempat bersapa-sapa. Networking juga tu kan, mana tahu dapat kerja di Uni lain pulak? Who know? HAHA!

Universiti yang turut serta...

Selama 2 hari ini aku akan sibuk dengan update blog KPP, so watch out lah Pejawat Awam yang nak kan informasi terkini tentang SBPA yang akan dibincangkan pada hari esok. Insyaallah aku akan buat liputan yang sebaik mungkin dalam penyampaian yang tiada bias!

penat sudah, enjoy everyone!

Dec 19, 2011

(Gambar) 69 keping gambar untuk anda!! #napbas event by shahroll



As salam, hello readers..


Aku baru habis edit gambar-gambar untuk NAPBAS event tempoh hari. Masih tak sempat nak full update, sibuk dengan editing gambar je. Apa pun, enjoy my post! HAHA.


Nuffies: Anne Cheah

Blogger: Nisa Kay

Country Manager Nuffnang: Nicholas Chay

Blogger: Cik Epal

Top Blogger: Red Mummy

Beautiful Bloggers


My favorite blogger: Hanis Zalikha

Untuk gambar-gambar yang lain,

doocu.com : Laman sesawang yang sangat berguna! by shahroll



As salam, hello readers...


Pepetang baru balik kerja sememangnya enak bila dijamu dengan air panas dengan cempedak goreng. Enak banget! Then, masuk ke kamar langsung mengadap PC yang hanya beberapa jengkal dari katil aku neh. =p


Doocu.com merupakan laman web yang sentiasa aku refer untuk mendapatkan maklumat yang percuma melalui PDF yang diupload oleh members Doocu ini.
Tak kira lah samada korang pekerja ataupun student, laman web ini sedikit sebanyak membantu korang untuk menyelesaikan masalah yang korang hadapi. Contohnya, aku nak buat proposal untuk event akan datang tetapi aku tak tahu format yang betul, maka aku search saja "Example Proposal" untuk mendapatkan tips-tips yang boleh digunakan.

Cuma, aku tak galakan yang student-student ambil dari PDF dari sini dan buat plagiat dalam report or thesis korang. AWAS! aku warning awal-awal eh, don't do like that!

Enjoy!

(Pictures) Nuffnang Awards events #napbas by shahroll

















I WON!!!!
Blog Category " MOST IMPORTANT URL BLOG IN REGION "

Full update??? Stay tune! =)

(Full Report) #GathBlogShahAlam di seksyen 13, Shah Alam Burger King by shahroll



As salam, hello readers...


*Sambungan dari posting Fast Update*


Wokeh, semalam aku balik dari kampung dan awal-awal pagi Isnin aku dah wake up (kalau cuti sure leh bangun awal, haih~) untuk update pasal event yang aku dah anjurkan pada 9hb lepas.


Aku senaraikan bloggers yang hadir pada majlis tersebut:-


Akuzle Ayu: http://www.nasikerabubuahtanjung.blogspot.com
Mrs. Puex: http://www.mrspuex.blogspot.com
Bro Framestone: http://www.broframestone.com
Namia: http://www.namiacinta.com
Iera Kan: http://www.nurseira.com
Azahari Roslan: http://www.freeajer.blogspot.com
Niena Shah: http://nienashah.blogspot.com


Memang dalam borang pendaftaran seramai 6 bloggers yang akan hadir, tetapi dari 6 yang register, hanya 2 orang saja yang datang (MrsPuex & Akuzle Ayu) yang lain tak register, tetapi tetap hadir sokongan untuk event ini. TERIMA KASIH! yang mana call, sms organizer (aku la tu) thanks jugak beritahu kenapa tak leh hadir k? Insyaallah lain masa, kita berjumpa.


Letih ah taip, layan gambar jap!


Adehh.. buruk plak tulisan tangan aku.. =p

Borang pendaftaran...

Blogger Iera Kan & Bro

Blogger NienaShah & Namia

Blogger yang paling awal sampai, Bro & Iera Kan. Masa tu aku sebok kemas-kemas ruangan bilik mesyuarat kat Burger King. Then disusuli dengan Akuzle Ayu membawa family (meriah kauuuu!!) then Namia muncul (kecik molek je orangnya...) akhir sekali MrsPuex & family.

Walapun tak ramai, inilah yang dikatakan "Quality Bloggers".

MrsPuex & Puex (yang buat skodeng tu..)

Akuzle Ayu

Bro menerjah bagi kad biz... 

Puex sedang mencari mood.. muahahahah~

Jam 10 adalah kemuncak untuk acara gath ni. Sebab apa? Aku telah menyediakan (SH iMAGE sponser hamper) untuk acara lucky draw untuk bloggers yang bertuah. Selain itu, Bro juga memberikan 1 CD dijadikan hadiah tambahan untuk lucky draw =)

Antara bloggers yang bertuah pada malam itu;

Namia pemegang no.2

Akuzle Ayu pemegang no.1

Mrs Puex pemegang no.6 (hamper utama)

Akuzle Ayu mendapat cabutan untuk CD
sumbangan Bro Framestone

Far-East Movement

Selesai sudah makan-makan, gelak-gelak then masuk ke segmen yang agak serius sedikit. Tak serius mana lah, just aku cakap tujuan utama aku mengumpulkan bloggers Shah Alam adalah;

1) Untuk mengumpulkan seberapa banyak bloggers S.A untuk Negeri Selangor, sebab banyak event-event yang bakal berlangsung pada tahun 2012 nanti.

2) Menyediakan gerakan khas untuk bloggers S.A dalam usaha menyemarakkan lagi dunia blogging dengan networking yang ada disekeliling kita.

3) Memberikan bloggers pendedahan tentang business yang berkaitan dengan blogging.

Aku dah minta paa bloggers yang hadir untuk meng-review event yang sudah aku langsungkan ini. Ada kelemahan dan kesilapan, aku akan take note untuk next event seterusnya.

Lagi? Gambar time!







KAMI! kredit to Akuzle Ayu Facebook =)

enjoy!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi Shahrul Shaharuddin. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah hak cipta terpelihara..Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan shahrul hairy shaharuddin. Anda boleh menyiarkan semula artikel atau info di laman blog, di laman forum atau di laman sosial yang lain namun, sila pastikan anda membuat backlink/kredit/citation kepada blog ini sebagai tanda penghargaan dan sokongan.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau pelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...