Pepetang gini memang sejuk di kawasan Shah Alam. Mendong lagi. Tajuk aku pepetang ni pon tak sesejuk hujan yang nak turun. Pastinya mengundang 'panas" untuk sesetengah blogger, ye kot?
Ok, lupakan. aku cuma rasa teruja jugak bila mana nama besar dalam kelompok artis Malaysia yang "clean" lisa Surihani datang untuk memberi sokongan terhadap perwakilan Puteri UMNO yang bersidang semalam.
soooo shuuuweettt~
Dengan kemunculan Lisa dalam perhimpunan Agung UMNO ini di PWTC, KL sedikit sebanyak dapat menarik perhatian perwakilan untuk bertanya tentang industri kreatif di Malaysia. Orang politik tahu ke pasal industri mereke? So, grab the opportunity la kan? HUHU.
Lisa bersama perwakilan UMNO yang hadir..
Ok, Lisa memang friendly, sempat layan Twitter ye..
Masalah kegemukkan (Obesiti) di Malaysia agak tinggi. Diatas kesedaran yang baru nak tersedar diri ni gemuk lagi hensem (erkk?) aku ubah lah corak pemakanan aku sekarang ni.
Gambar hiasan: sumber Google
Apa yang aku ubah?
Tak banyak pun. Cuma aku kalau boleh elakkan makan nasi dan benda-benda yang mengandungi lemak yang banyak. Dan air yang aku minum sejak 2 minggu lalu..... Dutch Lady!
Untuk sarapan pagi
(bukan setiap pagi makan kismis, tukar-tukar yang lain juga)
Untuk lunch. Hanya 2 kotak Low Fat diperlukan
In between kalau rasa lapar, aku makan roti saja. Tengahari tengok keadaan jugak. Tapi memang aku elak makan nasi. Seriusly.
Mak aku cakap, boleh je makan nasi tengahari, kalau malam ye lah tak boleh makan. Tapi minum susu dah semacam kenyang pulak. Bagus, klau tahu dari dulu sure berat badan aku dah ideal. HAHA!
Alhamdulillah, now ada rasa "ringan" sikit. Sikit je lah. Yang penting kawal pemakanan korang ye.
Entry pending. Patut semalam aku publish, tapi masa tak cukup nak buat segalanya, so petang-petang yang dingin hari ni baru sempat update. Aku pergi ke HBTAR yang jauhnya dari umah aku tak sampai 2 kilometer untuk melawat atuk saudara aku yang kini sedang sakit kencing manis & darah tinggi.
HBTAR
Rawatan Harian, lawa tempat neh
Atuk ditempatkan di tingkat 8 Wad (B) katil number 16. Memang atuk dah tak nampak sangat (kabur-kabur) tetapi memori/daya ingatan atuk masih kuat. Hanya mention nama, atuk boleh kenal kau anak siapa =)
My mom & atuk Man
Kad laporan harian atuk..
.
Atuk tengah borak-borak ngan mak aku...
Yang ada masa aku melawat, saudara-saudara dari kalangan saudara yang aku tak berapa nak kenal. Bau-bau bacang la kiranya. Ada yang duduk kat sekitar Klang ni je pun, tapi tak pernah terserempak ke pe. Kalau terserempak pun, bukan aku kenal! HAHA.
Harap atuk boleh keluar wad dengan kadar segera. Amin! =)
“Sesiapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah, nescaya penyeru (malaikat) akan berseru kepadanya: “Alangkah bagusnya engkau, alangkah bagusnya perjalananmu, telah tersedia untukmu sebuah rumah di dalam syurga!”.
Filem Suatu Malam Kubur Berasap ini mengisahkan mengenai 3 orang sahabat kampung iaitu Atan, Bun, Pet dan seorang kawan bandar yang baru berkenalan iaitu Mie dimana selepas kereta Mie mengalami kerosakkan dan tersangkut di kampung mereka.
Masih dalam berkeadaan cuti hari ni ye? PatutlahKlang pon clear je traffik. Kalau lalu di Tengku Kelana (menghala bandar Klang) kat situ sure jammed! Semalam berjalan dengan family, lancar je perjalanan. Ramai balik ke kampung halaman masing-masing, tekaan aku lah =D
Mana yang bekerja, selamat bekerja.
Ok,last weekmasa pertembungan Malaysia Vs Indonesia aku sempat membeli belah di salah sebuah kedai sukan yang mempunyai banyak cawangan di serata tempat. Tak yah cakap lah kedai apa, dalam gambar korang sure pernah pergi punya.
Al-Ikhsan sport store...
Pada awalnya aku datang cuma nak tengok-tengok apa yang ada kat dalam kedai ni. Dan, hajat nak beli jersey Malaysia ada juga. Tapi agak sikit kecewa bila jersey Kuning+Hitam tu cuma ada size L. Aku boleh pakai L, cuma nanti perot nampak sikit fit la.
Memang ngam-ngam soi~ tapi x selesa bila nak beraksi (sorak je pon~)
So, setelah membelek-belek jersey kaler biru, aku rasa cam best terus beli. Ori katanya. Ok fine, sekali seumur hidup beli barang ori untuk kepuasan sendiri, ok what? huhu...
simpan baik punya dalam almari pas pakai hari tu.. HAHA
Dah beli barang harganya agak boleh tahan, kedai tu ada bagi gift la tuk menghargai pelanggan yang lebur duit kat kedai depa nuh. Aku amek beg 4 segi tu, ala cam beg mat rempittu le,
Balik je kat rumah, dapat menonton siaran TV1 untuk separuh masa kedua Malaysia menentang Bahrain. Dengan pendahuluan 1-0, dah disemarakkan lagi dengan penambahan gol kedua Malaysia, aku mampu senyum kelat bila mana Bahrain dalam minit ke 81, "menikam" Malaysia dengan rakus sebanyak 3 gol!
Nasib? Tiada rezki Malaysia? Taktikal Malaysia lemah?
Korang sendiri tentukan. Aku cakap lelebih, kena lazer ngan penyokong "tegar" pulak. Sudahnya, hakikat Bahrain yang mana rank bolasepak dia dengan Malaysia jauh lebih rendah kalau nak dibandingkan.
HARIMAU MUDA masih penat?
Nazmi bermain dengan cemerlang malam ini. Begitu juga dengan penjaga gol kontroversi, Khairul Fahmi Che Mat.
Apa pun, Harimau jangan mudah putus asa ok? tingkatkan usaha lagi!
SERONOK! BEST! GREAT!... antara kata-kata aku sebagai penonton dewasa yang menonton cerita kanak-kanak iaitu Happy Feet Two (HFT) ini. Tempat tontonan macam biasa di Bukit Raja (GSC). Tiket pada jam 11.20malam aku beli. Seat cantik, tepat-tepat screen pada kami (center lah kiranya) syok la melayan movie dapat seat bagus.
tak rugi tengok HFT ni...
Kenapa aku kata tak rugi? Filem animasi ini sarat dengan mesej-mesej penting yang ingin mereka sampaikan dengan cara santai dan menghiburkan. Memang kepakaran Hollywood la kalau bikin cerita macam ni. SALUTE!
Pada awal cerita, korang akan dihidangkan lagu-lagu dari penguin comel ni. Bahu ngan kaki korang sure rasa mau goyang punya. Lagu dia main best woo! Pastu, dia main lagu lagi, lagu lagi dan seterusnya dalam babak berlainan, lagu yang best musti keluar.
Dah macam tengok filem musikal pulak!
serius voice penguin ni best!
Walaupun "dikhayal" kan dengan alunan-alunan musikal yang menyeronokkan, faktor kekuatan filem ini berpaksikan dengan tema "perpaduan". Peribahasa Melayu ada menyebut, kerana budi aku jatuh hati. Eh! bukan, silap tu! yang betulnya, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing! ha, gitu!
Kalau korang tengok filem ni nanti, korang akan tahu lebih lanjut la ye. Aku tak leh nak review keseluruhan, spoil mood korang nanti nak tengok. Tapi, aku bagi sikit je la eh, boleh?
Perpaduan yang dipupuk oleh penguin-penguin yang disemai oleh ketua-ketua mereka mampu menyemarakkan semangat kekitaan ataupun "esprit de corps"
dalam pasukan masing-masing. Jika satu puak ada masalah, puak penguin yang lain datang membantu puak yang mengalami masalah tersebut.
Jika dalam komuniti penguin tidak mampu untuk menolong puak penguin yang lain, maka masa inilah term "mengenang budi" digunakan. Dengan meminta pertolongan Anjing Laut yang ada di benua ais itu, masalah yang dialami oleh penguin tersebut selesai.
Antara "pelawak" dalam HFT, walaupun mereka dari golongan komuniti yang kecil,
semangat mereka kuat!
Udang merupakan elemen penting dalam filem ni. Ia menunjukkan, walaupun sekecil mana pun komuniti itu, ia tetap penting dalam peranannya.
Itulah kekuatan Perpaduan. Unite. =)
Saksikan filem ini di pawagam berhampiran dengan korang k! Layan trailer official dari HFT...
Segmen kali ni aku nak bercerita pasal kamera. Lama aku tak sentuh bab kamera eh. Review pon dah lama aku tak buat. So kali ni aku berkesempatan nak share ngan korang semua pasal 1 kamera yang aku gunakan semasa tugasan aku di Papar, Sabah.
Pada awalnya, aku sudah ada kamera lain untuk digunakan. Kamera kompak. Namun disebabkan SD card rosak, aku terpaksa membeli SD card yang baru. Tetapi selepas sampai di kedai gambar yang ada disekitar pekan Papar, aku beralih membeli kamera pulak!
Olympus VG-110
Benda pertama yang korang akan rasa, kamera ni ringan. Sedap dipegang dan mudah digunakan. Orang yang pertama kali amik gambar pon dah pandai guna menu-menu yang ada dalam sistem kamera Olympus ni.
memberikan keselesaan kepada pengguna
Harga yang ditawarkan adalah RM399. Tapi aku mintak kurang sikit dengan towkey kedai tu (loghat Sabah bah!) last-last dia bagi RM350. Ok lah tu siap dia kasi SD card 4GB. Aku mintak tripod kecik tu, tapi dah habes pulak katanya.
Ada beberapa mode yang biasa pada kamera ini ada dalam kamera lain. Set Automatik menjadi pilihan aku bila berada diluar (outdoor). Kamera ni jugak menghasilkan video yang berkualiti dari segi visual mahupun audio. Bertepatan lah dengan 12 Megapixel yang ditawarkan.
interface belakang kamera
4x Wide
Maklumat terperinci pasal kamera ni, korang boleh layari diOlympus Website, jika ada hati nak pergi travel bawak kamera kecik! Memang berbaloi dan kerja anda lebih mudah! =D
Layan video yang sempat dirakam menggunakan Oly VG-110
enjoy!
[p/s: Dah baca pasal Olympus PEN-LITE? sila ke SINI untuk membaca dan share ye! =D thanks!]
Semalam (Jumaat) bertempat di FINAS satu majlis pelancaran Filem KL GANGSTER 2 oleh SKOP PRODUCTION telah selamat berlangsung bersama artis yang terlibat dan juga para bloggers yang dijemput hadir bersama media mainstream.
Kemunculan banyak drama-drama Melayu yang diadaptasi dari novel cukup banyak berada di stesen-stesen televisyen tempatan. Lepas satu habis, satu lagi keluar. Best-best pulak tu!
Aku sempat layan 1 episod, tu pon sebab tertengok. Mak aku kata penggambaran dia ada dibuat di rumah saudara aku. Aku not sure yang mana, tapi di rumah kayu di sawah padi. Banyak je saudara aku tinggal dekat area sawah padi kat Tanjong Karang tu. huhu
gugur jantong weyyyh~
Kadar bayaran sewa kalau produksi house buat penggambaran sebanyak RM250. Dorang pakai 4 hari, so dapatlah RM1k. Not bad lah kan? Berbalik pada drama ni, actually jalan cerita dia biasa je.
Seorang perempuan kampung yang baik, naif, sopan dan serba serbi baik lah senang cerita. Berjumpa pulak dengan seorang pemuda yang ada pekerjaan, ada sikit rupa (Ady Putra) dan yang penting, punyai keluarga yang mementingkan harta dan kedudukan.
Konfliknya sekarang pasal family je. Family Zikir (Ady Putra) tak suka budak kampung. Lebih suka pada perempuan jenis bandar-bandar dan banyak duit. Klise sangat.
Apa pon, drama ni mendapat sambutan hangat dari peminat drama Melayu tempatan. Dan ada yang tertunggu-tunggu di depan tv sebab nak tengok Dhia a.k.a Nora Danish! HAHA!
Bila kita sebut pasal cite hantu la kan, apa perkara pertama keluar dari minda korang tu? Pocong? Langsuir? Hantu Raya? tapi yang pastinya satu "tempat" ni sure korang seram sejuk kalau malam-malam lalu, apa dia? KUBUR!! *seriau mood*
Tapi disitu jugak lah tempat kita satu hari nanti, apa nak takut kan?
Ok, aku ada cerita mengenai kubur ni. Filem yang diarahkan oleh Ernie Chen ini dibintangi oleh Angah Raja Lawak, Along Raja Lawak, Zac Diamond (X-Factor), Azrul Raja Lawak, Ruminah Sidek, Allahyarham Pak Zami Ismail,Nurul Ain Nordin dan ramai lagi.
Antara sinopsis tentang filem ini:-
Filem Suatu Malam Kubur Berasap ini mengisahkan mengenai 3 orang sahabat kampung iaitu Atan, Bun, Pet dan seorang kawan bandar yang baru berkenalan iaitu Mie dimana selepas kereta Mie mengalami kerosakkan dan tersangkut di kampung mereka.
Sejak kedatangan Mie, berlakunya perkara-perkara yang suspens dan menakutkan bila Hantu Cempaka muncul apabila kuburnya mula mengeluarkan asap. Satu hari, mereka berempat setelah besama-sama berkongsi cerita berkenaan dengan Hantu Cempaka, dimana mereka diusik.
Apakah yang sebenarnya berlaku? Dari mana datangnya Hantu Cempaka? Apakah sebabnya mereka diusik? Apakah yang sebenarnya telah berlaku di Kampung Angan Tak Sudah? Saksikan filem ini di pawagam yang akan berasap pada 22 December!
Ini adalah blog peribadi Shahrul Shaharuddin. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah hak cipta terpelihara..Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan shahrul hairy shaharuddin. Anda boleh menyiarkan semula artikel atau info di laman blog, di laman forum atau di laman sosial yang lain namun, sila pastikan anda membuat backlink/kredit/citation kepada blog ini sebagai tanda penghargaan dan sokongan.
Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau pelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998