Loading...

Oct 31, 2011

Etika penulisan blog [korporat] by shahroll


As salam, hello readers...

Sepanjang minggu ini aku sibuk dengan aktiviti luar. Bukan kerja-kerja merakam gambar, tapi sekarang menjadi tenaga pengajar untuk segmen IT di Kompleks Rakan Muda. Ada masa aku update khas untuk aktiviti tu nanti.

Aku terfikir, sepanjang aku berblogging adakah aku mengikuti etika-etika penulisan blog? Apa etika? apa penulisan? apa etika dan penulisan? Beza kan? =D

So, aku search dalam Google, aku jumpa blog marketing mengenai Corporate Blog Writing, kinda interested to share guys! check out below...

1. Keep entries to one page or less – a blog entry should be short and to the point.

2. Blogs are intended as on-line logs or journals and are more informal than other marketing mediums so write accordingly.

3. Use simple terms – dont include jargon or abbreviations unless you are sure your audience will understand otherwise it will simply put them off.

4. Dont use your blog as a forum to attempt to promote or sell – its not appropriate.

5. It is generally accepted in the blogosphere that you can quote from another blog as long as you state your source and link back to it.

6. Remember to add value. Think about who your intended audience is and write posts that are informative – share useful links to cool sites and on-line services.
[read more: HERE]

enjoy!

Oct 27, 2011

Google introduced Google Apps for business by shahroll


Get online productivity tools for your website and business. What could Google Apps do for you? 

Google offer: Free trial of Google Apps for Business

Like Google Analytics, Google Apps for Business gives you the opportunity to focus your resources on the campaigns and programs that help you grow your business. Communicate and collaborate more effectively with a suite of online tools that includes first-class business email plus calendar, documents, spreadsheets, sites and much more. 

As a Google Analytics user, taking advantage of Google's online productivity tools is also easy. Use your Google Analytics account to easily verify that you own your domain and activate Google Apps.

you can view an apps: HERE 



Kinda cool right? What say you?

Enjoy!

Oct 26, 2011

[adv] Water Filter for sale!








Posting untuk iklankan water filter yang aku nak jual. Barang baru (un-boxing) dan ada 1 unit je aku nak tolak. Water filter ni ada 7 filter (6 kat dalam, 1 kat luar) korang leh tengok kat gambar atas ni lah.

Kalau korang minat, SMS aku je (012-3437359) dan bagi penghantaran sekitar KL/Shah Alam PERCUMA.

Enjoy!


Persatuan didahulukan, pencapaian diutamakan: 1 GTBMY by shahroll



As salam, hello readers...


Ambil inspirasi Dato' Najib, aku ubah sikit ja. Harap penyokong Najib tak marah la na (awat slang utagha plak neh! ishh). Hari tu aku dah buat 1 lagi montage yang aku buat KHAS untuk kumpulan "kongsi gelap" bawah tanah 7 lapisan bumi, Geng Tali Barut Malaysia (GTBMY).


Aku dah tulis mende ni pada posting INI. pi baca.


Layan sat montage ni k? =D



Seramai 18 ahli pioneer yang ada dalam GTB. Korang leh check lam page atas ni, ada link depa. Baca lah. Blog depa best, tertarik menarik kau memang debam! 
Enjoy!


Kenali Ustaz Azhar Idrus by shahroll



As salam, hello readers...


Aku baru je kenal dengan Ustaz Azhar. Itupun sebab aku kerap mendengar ceramah ilmu beliau di dalam laman Youtube. Walaupun loghat Terengganu agak pekat dalam penyampaian Ustaz, itu tak menjadi masalah sebab aku ade sikit-sikit background bahse Terengganu (pengalaman kerja ngan orang Terengganu)


Bagi aku, Ustaz Azhar cara dia berlainan. Dia ada style. Ucapan dia sederhana tapi mantap. Isi-isi ceramah juga seronok untuk didengar walaupun duration nya sampai 10 minit, tak bosan!


Siapa lah Ustaz ni? klik ke website ustaz http://ustazazhar.net/v01/



menjadi inspirasi kepada aku....

PTS publish buku ustaz azhar... kena carik ni!

Video ceramah Ustaz Azhar

Selamat berkenalan dengan Ustaz Azhar Idrus!=')


Oct 23, 2011

My favorite western dish and small espresso coffee by shahroll



As salam, hello my readers...


Lokasi: Bukit Raja, Klang (kedai bersebelahan dengan Kenny Rodgers)
Masa: 8.45 malam (Sabtu)
Tarikh: 22 Oct 2011


Misi makan-makan aku teruskan dengan mencuba kambing panggang yang sememangnya fav aku setiap masa setiap tempat makan! HUHU, kata orang kambing ni tak boleh makan banyak-banyak sangat, nanti pening lah, darah tinggi lah, nak pitam lah, ye ke? Aku makan ok je =p


Malam tu aku order Lamb Grill dengan kopi ekspresso. Aku yang paling terkejut kopi tu la, kecik bebeno! ishhh~ tak pasal-pasal aku mintak 1 lagi air, teh lemon! ampeh tol, tipah tertipu kau! huhu...



muka pasrah bendanya kecik!

Service kedai ni bagus. Cepat je hidangan sampai. Walaupun kedai ni majoriti staff dia berbangsa cina, korang jangan panik sebab kedai ni serve makanan halal. Don't worry! Makan tanpa was-was. Cet! macam iklan lah pulak (memang pon!) HAHA...

muka sebelum "mengganas" nak baham kambing!



Kambing rasa OK, tak liat. Kuah dia pulak kurang sikit sebab cair. Agak sedikit masin but masih boleh dimakan di cover oleh kentang putar dan juga salad. Yang penting bau kambing dia tak terlalu berbau ye, so sesiapa yang nak try try makan kambing tu, shuuuwitt sangat cuba!


aummmmmm!!.. keh3...

Kedai no.2 sedap makan kambing. No.1 korang leh cuba kat Cafe S-E Relax. Lepas ni, misi mencari tempat kambing panggang diteruskan lagi. Tetap saja di.... shahrulhairy.com ! HAHA...

enjoy!


Finally i'm DONE! by shahroll



As salam, hello readers...


Basah. Habis berpeluh badan. Bukan pergi ber-jogging pun, duduk hadap PC je. Happy sangat sebab dah siapkan montage KPP untuk event besar nanti pada bulan Nov. Amanat yang dipertanggungjawabkan kat aku akhirnya tercapai.


Dengan peng-exploran aku terhadap Sony Vegas 10 tak sia-sia. Bagus juga editing di dalam SV. Ingat aku nak modulkan dan boleh ajar pada kawan-kawan yang lain. Don't worry, aku boleh ajar step paling simple! HAHA.


interface SV 10

Aku tak render lagi montage ni dan aku akan load kan ke dalam Youtube (channel shahroll) selepas event selesai. Right now just mintak pandangan Timbalan Presiden kelab dulu, kalau ok, baru aku render (malas nak render banyak kali) haha...

Now boleh buat benda lain pulak.. kaccchingggg!!

Enjoy!

Oct 21, 2011

Doa dari Malaysia by shahroll



As salam, hello readers...


Malam tadi (20hb) hujan renyai-renyai mengiringi perjalanan aku dan keluarga ke Pulau Indah untuk menghadirkan diri dalam majlis doa selamat yang khas dibuat untuk mendoakan jemaah haji terutamanya buat nenek serta ibu dan ayah saudara yang berangkat ke Tanah Suci sejak 5 Oktober yang lalu.


Dikhabarkan keadaan mereka bertiga tidak begitu baik disana.


Semoga, apa yang di doakan di sini, sampai kepada mereka. Aminn.


Nenek (berbaju hitam)


Oct 19, 2011

Monolog dalam diri #1 by shahroll



Aku download balik "card quote" yang aku load dalam FB. Actually quote ni bukan dari aku lah, aku ambil dari sumber-sumber dalam internet. Mana aku suka, aku buat card macam ni. Kenapa eh?

Sebabnya banyak. Cuma aku nak bagitahu kat korang, aku jenis yang memang hari-hari kena motivasi. Tak kira lah untuk kerja ke, study ke Dan aku berpendapat, manusia yang hari-hari di motivate membuahkan hasil yang baik. Betulkah? Ke cuma aku je yang rasa macam tu? Aku perlukan research pasal ni. HAHA!

Aku ada simpan banyak quote best kat SINI.

Cukuplah untuk hari ini. *pejam*

Enjoy!

Oct 18, 2011

Bila nak masuk kelas balik? HUHU... by shahroll



As salam, hello readers...


Minggu terakhir dalam dalam bulan Oktober agak sibuk. Dengan nak melayan audit kat office sampai kerja-kerja luar yang aku kena handle. Alhamdulillah, masih dalam kawalan yang baik. Dan, syukur masih bernafas secara percuma yang Allah kasi kat aku =)


Lari dari kepenatan memerah keringat (buat slide actually...)


Belek facebook kawan-kawan, nampak moment yang paling best dalam hidup sebagai student! huhu, time ni semua dok sebok ngan subject ni. Killer subject? Boleh tahan la. HAHA...


Apa pun, Prof. Fauziah memang COOL dan TERBAIK! Jikalau Prof. baca blog saya ni (kalau lah.. kot la TERbaca ke...) saya dan rakan-rakan yang lain mengucapkan jutaan terima kasih diatas kesudian Prof. mengajar kami tanpa mengira nilai ringgit semata-mata, kerana bagi Prof. nilai ilmu yang disampaikan lebih berharga dari ganjaran berbentuk RM semata. (kumpul pahala lebih baik taw!)


Syabas Prof! Semoga lebih ramai lagi Lecturer UiTM yang boleh bagi khidmat yang baik seperti Prof. SALUTE!! =)


 Prof. Fauziah yang baju warna Oren itu.. =D

cilok dari Facebook Farid! muahahahah!!

OK! sambung kerja balik. Lega sket lepas cerita kat korang aku rindu nak masuk kelas balik! HAHA... see ya!

enjoy!


Oct 16, 2011

Best ke pakai Sony Vegas 10? jawapannya ada disini! by shahroll



As salam, hello readers...
*Entry ini ada kaitan dengan entry INI*


Dalam masa 2 hari tak update belog, aku banyak "buang" masa untuk mendalami pembikinan montage. Aku jarang buat montage. Memang tak pernah buat pun. Berkat dari membaca tutorial PDF+Youtube, dapatlah aku sedikit ilmu berkenaan dengan montage ni.


Apa itu montage?


a technique which uses rapid editing, special effects and music to present compressed narrative information via Wikipedia

Aku ditugaskan untuk membuat 1 montage untuk event akan datang. Dan sekarang, bahan-bahan untuk membuat montage yang dipinta, belum 100% ada dalam tangan aku. Susah sikitlah aku nak buat.


Dalam masa yang sama, aku terfikir software apa yang best untuk buat montage yang simple+look corporate+professional. So, bila taip dalam Google, dalam Yahoo Answer aku dapat "Sony Vegas 10".


Nak download free dalam website, memang tak dapat lah. Last-last aku pergi beli kat Klang [Centerpoint]. Aku tanya tokey tu pasal software sony tu, terus dia carik dalam rak simpanan. Nah! Settle masalah aku.


Sebelum aku beli, aku dah baca banyak tutor pasal nak guna software tu. Takut dah beli, sia-sia je tak reti nak gunakan. Rasa macam berbaloi beli, aku shoot terus lah. Sebelum ni, aku pernah pakai Pinnacle Studio, Adobe Premier dan tentunya Movie Maker (senang je ni!) HAHA!


work-space in Sony Vegas 10!

Lepas aku beli, timbul masalah pulak nak install. Aduhhh! 6 kali owhh repeat mende yang sama. Aku semacam dah give-up, kenapa crack yang dibagi tak boleh nak guna? Aku baca balik guide yang ada dalam Notepad dalam CD tu, rupanya aku salah letak kat folder lain! Ishhh~ mende kecik cam tu boleh pulak miss look! huhu~

Aku banyak main try and error malam semalam. Sampai lebam lah aku try and keep try. Lepas dah susun track (time-frame) cantik-cantik, timbul satu masalah lain. Nak render montage tu! Aku banyak failed kat sini.

Satu persatu aku cuba render, last sekali aku tengok format VLC media file cukup cun! (format .mp4) Bila dah dapat yang cun punya format, 1 masalah lagi, iaitu ada paparan nama file pulak dalam montage bila di mainkan dalam player.

Aku carik jawapan dalam forum-forum VLC. Sekali dapat jawapan dia! korang nak tahu cam mana dorang hilangkan mende alah tu? ok, ni jawapannya:-

Q:How to remove the file name from VLC window?
A: A following setting works for me:
Tools >> Preferences (Ctrl+P) >> Show settings - Simple >> Subtitles & OSD: On Screen Display - [] Show media title on video start
or 
Tools >> Preferences (Ctrl+P) >> Show settings - All >> Video: [] Show media title on video sumber:HERE


Dah setel! cam ni lah cara aku belajar sesuatu ilmu baru. Cari tutor then kalau tak paham, tengok je Youtube. HUHU~ Aku dah bikin satu montage contoh untuk tatapan korang. Kalau tak best, sila nyatakan kenapa, dan kalau best pun, nyatakan kenapa. Ye? Boleh aku nak improve lain masa dan projek akan datang =D


Layannnnnn~[untuk versi Youtube, sila ke SINI]




Oct 13, 2011

My Happiest Moment


Hello readers...

Entry ini bertujuan untuk menyertai pertandingan "Happy Photography" by Olympus.

4 tahun lalu, saya menggunakan camera kompak yang hanya dijadikan sebagai "ujikaji" untuk saya mendalami ilmu fotograpi. Dari situ saya belajar bagaimana untuk compose gambar, menggunakan mode manual dan lain-lain.

Oleh kerana kamera kompak tidak mencukupi, saya beralih ke arah kamera DSLR.

Minat yang mendalam terhadap kamera menjadikan saya obses untuk membaca tutorial berkaitan dengan dunia fotograpi, membaca majalah yang berkaitan dan pergi ke majlis-majlis yang memberikan ruang ilmu terhadap seorang "photographer"

Saya seorang amatur dalam bidang ini. Dan, saya juga memulakan langkah untuk menjana pendapatan sampingan dengan berbekalkan minat dan ilmu yang saya ada ketika itu. Ilmu harus ditambah dari hari ke hari.

Cerita #1

Cerita ini berkenaan pengalaman saya mengambil gambar pasangan di taman bunga. Sehari sebelum pergi mengambil gambar untuk keesokkan harinya, saya memulakan sedikit research untuk mengasah mata untuk menjadi lebih tajam. Bukan senang mahu "develop" mata art of seeing tu ya, makan masa untuk dipraktikkan, jika seseorang itu dikurniakan oleh tuhan dengan bakat semulajadi menjadi lebih mudah.

Ok, walaupun kita dah membuat persiapan yang rapi sebelum hari penggambaran, tetapi jika tidak membuat "lakaran awal" untuk membuat apa dan apa seterusnya semasa di lokasi amatlah tipis peluang untuk mendapatkan gambar yang kita mahu dan rancangkan. Dengan demikian, anda terpaksa menulis di dalam buku ataupun mengambil contoh gambar untuk buat rujukan di lokasi.

Selepas sesi "ice-breaking" dengan pasangan (model) maka sesi penggambaran pun bermula. Terus-terang saya katakan, bagi seorang jurufoto amatur, gambar-gambar yang dirakam pada awal sesi tidak memuaskan hati saya sendiri. Jika saya tidak puas hati, masakan pasangan tadi gembira melihat foto tadi? Jawapannya haruslah tidak kan? =D

Sebab kita merakam gambar manusia, maka ianya bermain dengan emosi dan juga ekspresi. Emosi yang bagaimana kita mahukan pasangan tadi lakukan. Sedih?Suka? Cinta? maka disini menjadi sedikit sukar kalau-kalau pasangan tadi tidak berupaya melakukannya untuk kita.

Emosi cinta dan bahagia menjadi fokus utama dalam setiap gambar pasangan. Itu biasa kerana setiap pasangan mahukan cinta dan bahagia dalam setiap hidup yang dilalui. Jika pun langit tidak secerah yang disangka hingga ke petang, tatapan cinta melalui gambar yang terakam menjadikan rasa itu datang kembali dan menghangatkan perhubungan. Indah eh? =D

Contoh gambar yang menjadi kegemaran saya;



Dalam 200+ gambar yang diambil, hanya 2 keping ini saja yang saya muatkan dalam photoblog (shahrollphotography blog) bukan kerana yang lain tidak bagus, cuma tidak menepati tema entry yang diinginkan. =D

Sebagai jurufoto, jika kita sendiri tidak gembira melakukan kerja-kerja penggambaran, hasilnya memang tidak bagus. Jurufoto lah yang memotivasikan subjek supaya foto yang dirakam menjadi sempurna dan menepati kehendak pelanggan itu sendiri. =D

Sedikit info tentang penganjur (Olympus):

poster promosi daripada Olympus

Olympus PEN Lite E-PL3
Olympus PEN mini E-PM1
Promosi terbaru OLYMPUS

Spesifikasi boleh di lihat di SINI

Youtube promo

"... Have you ever felt like you wanted to press pause on life to stay in a moment forever? We all know happy moments like that - as our first bicycle ride, a special birthday celebration, or just a crazy outing with your best friends. Olympus understands our need to make those moments last forever, and with its two new additions - the PEN Lite and the PEN Mini - to the Olympus PEN line of cameras, preserving happy moments has never been easier!..." ^_____^ V

enjoy!


Nuffnagers Day Out: Screening "Real Steel" by shahroll



As salam, hello readers...


Lepas balik dari tayangan, aku terus balik ke rumah. Maaf pada kawan-kawan bloggers yang tak sempat nak borak ke minum2 ke lepas screening. Lagipun esok kerja, sure korang tak mau lepak2 kan? HAHA..


Terima kasih pada NUFFNANG yang sudi hantar jemputan untuk aku hadiri screening kali ini di e-Curve (Cathay Cineplex) screening 1st lepas aku habis final exam untuk sem 6.


BIG THANKS juga pada Suria (aurikelsan.blogspot.com) yang ambilkan tiket kali ini (sebab aku terlewat sikit tadi..). Dengan kau pon borak sekejap je, huhu. Next time borak panjang-panjang ok? Lain-lain rakan bloggers like Hamzah Ian (TerbangTinggiTinggi) dan juga Anne (penmerah.com)


Review aku untuk cerita "Real Steel"... apa ya?


Hugh Jackman as Charlie Kenton & Evangeline Lilly as Bailey Tallet

Mengisahkan seorang bekas peninju yang dikelilingi dan dibelenggu oleh hutang. Charlie bernasib baik kerana Bailey sanggup bersamanya walaupun keadaan Charlie tidak begitu baik dari segi kestabilan aliran wang. Dengan keadaan sedemikian rupa, maka dalam otak Charlie hanya mencari duit dengan menggunakan robot-robot untuk bertinju.

Walaupun begitu, Charlie dikejutkan dengan berita yang dia punyai anak kecil berusia 11 tahun hasil perkahwinan terdahulu. Bekas isterinya mati. Dan, disebabkan keadaannya tidak begitu baik, anaknya diberi kepada keluarga angkat (lakonan Dakota Goyo as Max Kenton)

source: imdb website

Anak kecil ini meminati robot-robot peninju, seperti ayahnya juga. Max diberi masa bersama Charlie untuk seketika kerana keluarga angkatnya pergi musim panas di Itali. Dengan waktu itulah Charlie dan Max mencari keserasian antara ayah dan anak menerusi minat yang sama, ROBOT!

Charlie sedang train Robot untuk fight dalam perlawanan...

Charlie tidak mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri dan mempunyai pemikiran yang singkat akan tetapi anaknya, Max mempunyai visi, matlamat dan yang paling penting mempunyai idea dan strategi dalam setiap perlawanan yang akan berlangsung.

Robot "buangan" G-2 yang gagah!!

Rating untuk movie ini aku bagi 8/10 dan 4 bintang! Tidak keterlaluan aku mengatakan, setiap adengan perlawanan, membuatkan korang tak senang duduk! sure rasa nak bertinju ngan partner sebelah seat korang! seriusly! ^__^

Salah satu watak antagonis di dalam filem RS

Robot G-2 mempunyai "keistimewaan" nya tersendiri, nak tahu? Ayoh! tonton filem yang menarik ini ok.. adios!

Enjoy!


Oct 12, 2011

Wordless Wednesday #5: Screening Movie!



Oct 10, 2011

[PDF] Self-employment: Why do it? by shahroll



As salam, hello readers...


Fun gila aku hari ni. Dan untuk esok, aku ada beberapa agenda penting untuk aku laksanakan. Meeting dengan ahli2 KPP sebab aku yang handle blog KPP tu dan lain-lain hal/perkara aku dah set untuk esok. Tinggal nak hamburkan saja dalam bilik meeting.


Baek lah, fokus pada tajuk.


Self-employ? Kerja sendiri? business sendiri?


Tak ramai yang mampu bekerja sendiri. At least kerja dibawah orang dulu, baru rasa confident nak buat biz sendiri/ kerja sendri.


Aku terjumpa article yang best masa aku buat research pasal benda ni.


Antara pengisian dalam PDF tu;



The benefits
• Earn more money. Self-employed people generate their own income and profits.
• Freedom to do projects that you enjoy, move in different directions and take new approaches.
• Use a particular talent such as a technical aptitude or creative skill.
• Be your own boss.
• Choose your hours of work.
• Take charge of your future. Working for someone else makes you vulnerable to redundancy, closures or mergers.
• Work from home or operate out of your own separate premises or move around different locations as a contractor.
• Free yourself from the stresses of the conventional workplace - office politics, targets, meetings and constant demands.
• Live off your wits and your own efforts rather than depending on an employer.
• Receive extra tax benefits


Gambar hiasan semata


Korang boleh baca selebihnya kat SINI. MEmang bagus untuk sesiapa yang nak ceburkan diri dalam bidang "kerja sendiri"


enjoy!



Oct 9, 2011

Bermula dari penulis blog, kini bergelar MASTER CHEF!! by shahroll



As salam, hello readers...


Minggu ini boleh aku katakan "great" Sunday sebab sememangnya GREAT! bukan sekadar kata-kata sapaan yang mengatakan "have a great sunday" semata kerana sedari petang tadi memang aku enjoy, thanks pada kawan-kawan kelas yang begitu supportif tadi (siapa follow aku dalam twitter taw la) haha!


Korang kenal dengan pemilik blog TERATAKARMO?


Kalau tak kenal, mari aku kenalkan sekejap. Blogger ini pandai berbahasa Sarawak dan boleh juga memasak! haa.. nampak je muka abang ni ganas, tetapi bakat masakan dia dapat dicungkil dari program MASTER CHEF yang akan memulakan siarannya di Malaysia pada 22 oktober ini di saluran Astro Ria (channel 104)


Top 5 NOW in Blogger MASTER CHEF!

Rezki abang misai sejemput ini untuk memasuki top 5 kali ini. Saya selaku ahli GTB (bukan ahli Freemanson ye..) turut merasa bangga dengan pencapaian yang telah dikecapi oleh Chef Jai Ramli. Semoga tetap unggul hingga ke final nanti! =D

Chef Jai Ramli bersama mentor, Kak Ina KL

Untuk membaca debaran demi debaran yang perlu mereka rasai, boleh melayari blog mereka di SINI dan juga SINI. All the best bro! =)


Program title – MasterChef Malaysia

  • MasterChef Program Information - MasterChef TX will be starting from 22nd October 2011, every Saturday – Wednesday, 9.00pm. Master Class will be on every Friday, 9.00pm.
  • Program Channel – Astro Ria (Channel 104)


Majalah Niaga: Sumber Informasi Usahawan Malaysia by shahroll



As salam, hello readers...


Pagi Ahad yang sempurna. Tanpa ada sebarang kerja luar hari ini. 100% di rumah. What a life, fun! bukan senang nak dapat rehat 1 day kat rumah, kalau tak ada saja kerja yang kena dibuat.


Disebabkan itu, jika ada waktu berkelapangan, aku suka baca majalah. Tak kira lah majalah tu aku beli atau aku download dari internet (free pon best!) dan sebagai contoh korang boleh layan FREE MAGAZINE yang berbahasa Melayu di Majalah Niaga web!



Aku suka pada konsep penyampaian MN yang bersahaja dan aku pasti penulis-penulis yang menulis di ruangan MN cukup banyak ilmu di dada untuk menulis perihal keusahawanan. Aku dah follow laman sesawang MN dah lama, cuma masa untuk membaca agak kurang.

Senarai nama penulis boleh dilihat di SINI


Antara pengenalan MN:


"... Majalah Niaga merupakan salah satu projek Flarebiz Network Sdn. Bhd. (922120-D) yang diberi nafas baru. Sebelum ini Majalah Niaga dikenali dengan Majalah IM yang telah beroperasi semenjak tahun 2008 lagi.


Majalah Niaga ditubuhkan bagi menjadi sumber informasi utama bagi para usahawan. Khasnya untuk sesiapa yang berminat untuk membina empayar perniagaan sama ada perniagaan online mahupun offline..."


Jadi bagi para belia khasnya yang tercari-cari sumber informasi tentang usahawan/perniagaan, boleh meluangkan masa untuk membaca info-info yang menarik. Sekarang sudah ada edisi ke #18 dengan isu yang aku sendiri teruja membaca, tentang profesional photography!


YES!! we can do it!

Oct 8, 2011

Cinta Facebook? by shahroll




As salam, hello readers...

Dulu aku bukan suka sangat lagu dari @NjwaLatif ni. Tapi biasalah bila lagu ni diulang-ulang menjadikan benda yang ko tak suka jadi suka banget! Haaa.. kan?
sumber: Google

Apa pun, TAHNIAH pada Najwa Latif sebab single pertama dia neh dah cecah lebih dari 2 juta view dalam Youtube. Satu pencapaian yang baik anak seni dari Batu Pahat, Johor.

Tapi yang aku heran bin ajaib, kenapa KOMENTOR dalam Youtube ni macam kena sawan kura-kura? Teruk nau komen nyer. Yang ok tu ok lah, ni ada yang dari "seberang" pun komen yang agak... ermmm.. tengok lah sendiri!

Keep on track Najwa! u can do it better and better... next step!

Enjoy!

Bajet 2012 oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak by shahroll



As salam, hello readers...


Agak lewat aku update pasal bajet 2012 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib lewat petang tadi. Apakah bajet yang telah dibentangkan oleh PM kita? (hanya sebahagian yang aku ambil) untuk tampalan di post ini.



1) Kakitangan krjn akan dpt tambahan bonus setengah bulan gaji & bayaran bantuan RM500 kpd pesara krjn. #Bajet2012

2) Book voucher worth RM200 will be given to Malaysian students in all private and public institutions of higher learning. #Budget 2012

3) Pelepasan cukai sedia ada ke atas caruman Skim Persaraan Swasta diperkenalkan untuk menjamin kesejahteraan pesara. #Bajet2012

4) Buat pertama kalinya, Krjn akan mansuhkan yuran pendidikan rendah & menengah di semua sekolah2 krjn. #Bajet2012

5) RM15juta akan diperuntukkan utk bina gelanggang futsal agar matlamat “Satu Gelanggang Satu Mukim” dpt dicapai. #Bajet 2012

6) TERAJU akan meyelaras dan memacu transformasi serta kukuhkan penyertaan Bumiputra dlm perniagaan. #Bajet2012

7) SARA 1Malaysia will benefit 100,000 households with income below RM3,000 per month. #Budget2012

8) Hospital akan dinaiktaraf & dibina, krjn juga akan tambahbaik 81 klinik kesihatan luar Bandar & buka 50 klinik 1Msia. #Bajet2012

9) Perkhidmatan kesihatan akan diperuntukkan RM15 bln utk perbelanjaan mengurus dan RM1.8bln utk pembangunan. #Bajet2012

10) Krjn akan wujudkan Tabung Khas Perumahan Nelayan RM300juta utk bina & baik pulih rumah. #Bajet 2012

11) RM63 juta untuk memulihkan 1,270 rumah terbengkalai. RM40 juta utk baik pulih dan menyelenggara rumah kos rendah awam dan swasta. #Bajet2012

12) Program Rumah Mesra Rakyat (SPNB) akan diteruskan. SPNB diminta membina 10 ribu unit Rumah Mesra Rakyat pada tahun 2012. #Bajet 2012

13) Dalam skim baru menikut time-based, guru akan dapat gred 44 pd tahun ke-8 & gred 48 pd tahun ke-16.#Bajet2012

14) Bagi Skim Rumah Pertamaku, had maksimum harga rumah akan dinaikkan kpd RM400,000 drpd RM220,000. #Bajet2012

15) Dasar Agro Makanan Negara 2011-2020 akan dilaksana & RM1.1bln akan diperuntukkan utk pembangunan sector pertanian. #Bajet2012

16) Segala subsidi, insentif & bantuan berjumlah RM33.2bln akan diteruskan dalam semangat “Rakyat Didahulukan”. #Bajet2012

17) Krjn akan tawar bantuan yuran pengajian kpd penjawat awam, termasuk 5,000 peluang ijazah sarjana & 500 kedoktoran falsafah. #Bajet2012

18) Mulai 2012, kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred. #Bajet2012

source:@PMOMalaysia via twitter

Untuk membaca pembentangan PENUH oleh DSN, korang boleh baca kat SINI. Apa reaksi korang pasal bajet yang telah dibentangkan? ada komen?


Disclaimer

Ini adalah blog peribadi Shahrul Shaharuddin. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah hak cipta terpelihara..Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan shahrul hairy shaharuddin. Anda boleh menyiarkan semula artikel atau info di laman blog, di laman forum atau di laman sosial yang lain namun, sila pastikan anda membuat backlink/kredit/citation kepada blog ini sebagai tanda penghargaan dan sokongan.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau pelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...