Loading...

Sep 30, 2011

Nasi Dagang berbentuk kon+ suasana di Universiti Sultan Zainal Abidin by shahroll


As salam, hello readers,

Esok aku ada paper last. Paper principal compliance (LAW). Walaupun bunyi macam susah je paper ni (of course!) tapi masa menjawab ada 2 jam sahaja. Oh! Tuhan. Bagaimana aku nak menjawab ni esok? walaupun dah baca (bab yang aku suka je) tapi yelah, mana kita duga soalan apa kan? =p

Sebab aku dah boring membaca, aku update sikit blog ni. 

Banyak aku nak update pasal job outstation sepanjang aku berada di Kuala Terengganu. Masa agak terbatas. Aku up sikit-sikit macam post ni lah. Aku kat UniSZA sebab aku ditugaskan untuk shoot event sepanjang konvo berlangsung.

berpakaian kemas semasa shoot event konvo

Kenapa aku berpakaian kemas sangat ni? Al-kisahnya ceq nak habaq kat hang, sebab ada Permaisuri Agong datang mai bagi ijazah kat mereka yang berkonvo. Tu pasai la aku segak semacam ni. Bukan nak ngorat awek-awek uniSZA tu ye. huhu..

Dewan di UniSZA semasa konvo

Masalah parking kereta? Tak da masalah! sebab banyak ruang untuk letak kereta sebenarnya. Persekitaran dalam UniSZA nyaman dan banyak angin. Seronok aku buat kerja. Walaupun panas, tetapi berangin.

Bila tiba time lunch, ada makanan yang memang biasa aku makan kat Selangor, tetapi cara bungkusannya memang best! Bau daun pisang lagi!


ada cili padi 2 batang, kira ok lah.. mulut aku memang kena pedas2 kalau makan =D

Nasi Dagang berbentuk kon! =p

Dimulakan dengan Bismillah....

Masih teringat-ingat bau nasi tu. sedapnya! Aku belasah 2 bungkus, aku tengok nasi ni dah lama letak kat atas meja tu, last-last aku bedal je. Kawan-kawan sekerja dah makan la kot, teka aku. Kalau belum pun, ada makanan lain, HAHA!

Dah kenyang, dok sembang-sembang ngan kawan yang teman makan lunch then sambung kerja balik.....

to be continue...


Sep 27, 2011

My mood! by shahroll

OMT 360- SELASA (27/9/2011) JAM: 9.00 pagi- 12.00 petang.
ECO120- RABU (28/9/2011) JAM: 9.00 pagi- 12.00 petang.
OMT340- JUMAAT (30/9/2011) JAM: 8.30 pagi- 10.30 pagi.


picture credit: Simply Me blog

The reality is.....














































HAHAHAHAHAH!!!!!!


Sep 22, 2011

Cerita pasal perniagaan kerepek keluaran Laila Crispy Chips & Taste by shahroll



As salam, hello readers...


Sejak balik dari UniSZA, aku tak sempat nak update apa-apa dalam blog kesayangan ramai ni (ewwah!!) yelah, dengan kerja tetap di office+ study malam, memang waktu aku rasa "singkat" walaupun semua orang ada masa 24 jam!


Untuk post ini, aku nak cerita aktiviti terbaru aku bersama family. YA! Kerepek ini keluaran family aku. Tulang belakang dia isteri kepada abah aku. HEHE! Mak aku la yang jadi master-mind nyer. Sebab tu company dinamakan LAILA CRISPY CHIPS & TASTE


Buat masa sekarang, pengeluaran dilakukan setiap hujung minggu. Sabtu dan Ahad. Untuk minggu pertama, sambutan agak memberangsangkan dengan tempahan packing 500gram. Alhamdulillah. Packing yang kecik-kecik tu selalu orang office je yang beli (100gram)


contoh gambar Kerepek keluaran
Laila Crispy Chips & Taste

Untuk permulaan ini, hanya ada 3 jenis kerepek yang dikeluarkan iaitu KEREPEK PISANG TANDUK, KEREPEK PISANG NANGKA dan KEREPEK SUKUN. Aku akan perluaskan lagi jenis kerepek ini dengan cara bergilir-gilir pengeluaran (jika ada permintaan). Kerepek ubi, kerepek keledek, kerepek berperisa semua ada di dalam market sekarang, aku cuba untuk membawa kelainan tuk rasa kerepek yang mak aku buat. Kiranya memeriahkan lagi industri kerepek Malaysia!

Bahan-bahan utama dalam memproses kerepek:-
Pisang Tanduk
Pisang Nangka
Sukun
Minyak Sawit
Bawang Putih
Garam

Untuk mereka yang tinggal di sekitar Klang/ Shah Alam, khidmat penghantaran boleh dilakukan dengan syarat tempahan melebihi 5 kilogram (apa-apa jenis kerepek). Jika mahu ambil sendiri, boleh datang ke Seri Bayu.


Boleh juga melihat kerepek-keepek yang ada di SH iMAGE facebook pages!

enjoy! =)

Sep 16, 2011

Aku dapat masuk ke My Selangor Story 2011 BUT... by shahroll

Salam. Nama-nama diatas adalah senarai nama peserta untuk pertandingan My Selangor Story untuk edisi ke #2 tahun 2011. Nama aku tertera di no.12 itu. Aku bersyukur entry aku telah diterima oleh pihak komuniti/pengurusan MSS2011, dan terima kasih juga memilih aku untuk menyertai program ini, tetapi sangat merasa kesal dan terkilan kerana tidak dapat turut serta dalam program tersebut!

Hal ini disebabkan, tarikh peperiksaan akhir untuk semester 6 bermula pada 27hb,28hb dan last sekali pada 30hb. Memang bertembung habis jadual. Dengan itu, aku telah memberi tahu kepada pihak pengurusan MSS2011 untuk MENOLAK penyertaan aku disebabkan faktor ini.

Aku listkan blogger-blogger (bersama URL blog) yang akan menyertai MSS2011 edisi ke #2 ini, check out! =)


#1 Lasmi Teja Raspati (NIL)
#2 Angga Dwi Martha - The ADM Road Trip 
#3 Danial Hermawan - Life is a Book
#4 Dwi Andi Listiawan - Tourism and Cultural Ambassador of Yogyakarta
#5 Hafiz Rashidi Ramli - That's the Thing
#6 Hijrah Saputra - Piyoh! Dan Daerah Di Sekitarnya
#7 Zarah Naumal - JARDNESS.com
#8 Arietta Olivya Ohmar - Livya's Weblog
#9 Low Hon Wai - Paradox of Life
#10 Pamela Lim Cheng Yoke - Pumpkin's Pitch
#11 Chakkiyath Rosemarie John - Travel and Beyond
#12 Shahrul Hairy Shahruddin -Shahrul Shahruddin Daily Diary
#13 Suzan Oktaria - Jurnal Suzannita
#14 Yafieda Md Jamil - Bit by the Travel Bug
#15 Chen Tian Chad - "Look at the brightsite, my site!"
#16 Aliza Sharwin Abd Manap (NIL)
#17 Andi Kusmianto - Lick Andi!
#18 Shaleh Muhammad Drehem - Shaleh Drehem
#19 Mudrikan Hidayat Nacong - I'm a Student & a TV Journalist
#20 Muhammad Firdaus Hasmuni (NIL)
#21 Nurhanis Kamis - Hxnis.com
#22 Siti Syahida Mohd Yasin - Aku Anak Malaysia Merdeka
#23 Ester Yuliyanti - Grace Alone
#24 Rizma Adlia Syakurah - The Joy of Being Ma
#25 Andi Gita Fitri Martasiyah Dala - A Dream of an Amateur Writer
#26 Helga Indra Rumana - HaloGaga
#27 Mohd Zaid Othman - Aku Cuma Insan Biasa
#28 Sandi Prayoga - I am Blogger
#29 Fadhlul Fahmi - From Banda Aceh with Coffee
#30 Ridha Yusardi - Ridha Yusardi's Blog

sumber original dari:fie-nuts.com

Tahniah aku ucapkan kepada yang bakal berentap di dalam MSS2011. Peluang untuk bertemu dengan blogger-blogger luar seperti dari Indonesia nampaknya tiada rezki. Mungkin di lain kali ya? =)

Rezki ada macam-macam jenis dan juga cara. Ini untuk orang lain, untuk aku mungkin yang lain akan menyusul.. Insyaallah... =)

Salam!

Sep 15, 2011

Short blog post untuk tatapan pembaca semua by shahroll


As salam, hello readers...

Sepertinya aku agak "slow" dalam dunia maya dan juga blogging eh. Tampak sikit sibuk juga beberapa hari lepas. Dengan tak cukup rehat, kesihatan agak tak menentu, dah dekat nak exam, agak kacau bilau. Tapi yang penting, hadapi dengan senyuman! =)

Aku dah pack barang untuk aku berangkat ke Kuala Terengganu malam ni. Aku bersama Mamat (crew Encik Fadzy) yang bawa aku ke sana. Job shoot event bersama krew lain. Insyaallah, niat ke sana bukan ganjaran semata, semua kerana Allah juga, Insyaallah =)

akan ke UniSZA, Terengganu

Dalam 2 hari ni juga, aku terlibat dengan Kursus Pembangunan Minda Kreatif di tempat aku bekerja. Alhamdulillah, banyak informasi dan juga pengalaman yang dikongsikan oleh penceramah iaitu Encik Mohd Zamri Mohamed yang begitu bagus sekali cara dia menyampaikan dan mengendalikan kursus itu. Rasa tak cukup pulak 2 hari, nak tambah seminggu!!

Semua itu aku akan ceritakan kemudian lah ye, setelah aku balik dari Pantai Timur. Insyaallah aku akan update jika masih menyedut udara secara percuma =)

Salam!

Sep 13, 2011

Ingatlah Kematian Dari Nafas Ke Nafas!

Gambar hiasan
Photo by: SH iMAGE

Ingatlah kematian berlaku dari nafas ke nafas
Berhenti nafas matilah kita
Apabila tarik nafas, tidak boleh mengeluarkannya kematian tiba
Jika mengeluarkan nafas tidak boleh tarik semula matilah kita
Kita hidup bukan sebab kaya
Tidak juga hidup adanya kereta
Juga hidup bukan kerana ada kuasa
Bukan kerana adanya ilmu yang luarbiasa
Hidup kita hanya ditentukan oleh udara
Udara yang Tuhan cipta, penyebab hidup
Tidak ada udara kematian pun tiba dengan izin-Nya
Takutkanlah Allah dari nafas ke nafas
Biarlah kita mati di waktu nafas tiada kita takut dengan-Nya
by: Ust. Hj. Ashaari Muhammad

source: Dunia Puisi


Boleh ke penulis blog terjun dalam bidang penulisan yang lebih serius, penulis buku? by shahroll



As salam, hello readers...


Isnin aku hari ni berjalan dengan lancar. My class pun berjalan dengan lancar walaupun quiz aku dapat jawab dengan cemerlangnya! hehe, semoga markah dapat yang terbaik lah. ameen!


Oh! Kepada adik-adik yang baca blog abang ni, abang ucapkan selamat menduduki peperiksaan UPSR la ye. Semoga apa yang korang dah usahakan selama beberapa tahun dari darjah 1 sampai 6, membuahkan hasil. All the best for you all, Insyaallah.


Back to topic.


Aku pernah bertanyakan persoalan ini kepada rakan-rakan online aku. Ada yang jawab YA, dan ada yang kata TIDAK. Aku tanya, mengapa ya dan tidak? Aku buat secara point la eh?


Yang kata YA:-


1) Sebab dah lama dalam bidang berbentuk penulisan. Katanya, tulis dalam blog serupa juga macam kau nak tulis buku/novel.


2) Kalau dah minat menulis, y not?


3) Orang dah kenal kau sebagai blogger, tak salah kalau kau cuba untuk dikenali sebagai penulis buku pulak.


Yang kata TIDAK:-


1) Tak BOLEH! sebab bahasa buku lain dari bahasa blog. Bahasa buku kena ikut stendet bahasa Malaysia tulen. Bahasa blog ikut suka hati kau je.


2) Editor yang semak buku kau nanti tak akan lepas punya, sesilap masuk dalam bakul sampah kau punya manuskrip!


3) Kau kena idea yang bagus. Jalan cerita yang bagus untuk tarik orang nak baca buku/novel kau tu.


4) Kau dah ada nama ke nak jadi penulis buku? jadi blogger pun sesuam suku aku tengok.


Well, bagaimana pula dengan anda? Ada yang boleh menambah point-point yang ada kat list atas ni? Kalau ada, sila komen di ruangan yang disediakan. HEHE...


Kalau korang ada masa, leh download CERPEN aku di SINI


Enjoy!



Sep 12, 2011

Bila gambar di facebook orang pergi BOMOH! by shahroll



Macam-macam hal pulak sekarang ni...


Zaman dah moden, tapi pemikiran still di takuk yang lama. Macam mana nak maju kiranya segelintir masyarakat memilih jalan "hitam" seperti contoh kes ni. Tak dapat cara elok, cara kotor sanggup dibuatnya. Akal ada?


Gambar ehsan: Kosmo!

NILAI - Disihir menggunakan gambar yang terdapat dalam laman sosial Facebook (FB).

Itu yang didakwa berlaku kepada seorang pelajar institusi pengajian tinggi, dikenali sebagai Ira apabila gambar dari laman sosialnya dijadikan sebagai senjata pemujaan sihir.

Ira, 22, mendakwa, dia telah disihir oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Maria kerana cemburu akan hubungan bersama teman lelakinya serta mahu memutuskan hubungan mereka.

"Maria adalah bekas teman wanita kekasih saya tetapi hubungan mereka telah lama putus. Sebab itu dia menyihir saya kerana ingin melihat hubungan kami hancur.

"Kami tidak mengenali antara satu sama lain.

"Dia hadir menghulurkan tangan sebagai rakan dan saya sambut kerana ingat dia jujur namun sebaliknya," dakwanya ketika ditemui baru-baru ini.

Selanjutnya di SINI

Pencegahan boleh dilakukan bila mana;

1) Jangan approve orang yang kita sendiri tak kenal, walaupun MUTUAL FRIENDS ada kawan kepada kawan kita.

2) Letak gambar sekadar ada. Anda bukan model sepenuh masa yang nak bubuh banyak-banyak dalam album FB tu.

3) Bagi yang suka mendedahkan apa yang tak patut, baik padam gambar tersebut sebelum di'curi" oleh orang yang pervert.

4) Menjadi 1 kesalahan kalau korang tag gambar korang kepada orang lain yang bukan ada kena mengena dalam gambar tu.

5) Tak payah mention pakwe/makwe dalam FB. TAK PERLU!

Ada pertambahan? silakan....

enjoy!


OH HARAM drama melayu yang santai dan sarat dengan pengajaran dan renungan! by shahroll



As salam, hello readers...


Minggu yang meletihkan sebenarnya (sabtu & ahad lepas) dengan kelas gantinya, dengan hal lain lagi. Cukup serabot! Nasib baik dapat diatasi dengan senyuman, eccehh! Ada 2 minggu dari sekarang aku akan hadapi final exam untuk paper Economi,LAW dan juga OB. Wish me luck k?


Fine, habis pasal itu. Korang ada tengok drama melayu kat Tv3 tak Sabtu lepas? cerita pasal OH HARAM tu. Aku agak kecewa gak lah, sebab layan cerita tu lambat. Dalam jam 11 cam tu. Sejam lagi nak habis (12 malam dah habis).


Pelakon dia Aqasha, Rita Rudaini dan juga Sharifah Amani. Pelakon mantap ouh! Memula aku tengok part Rahimi (Aqasha) jadi Pak ustaz. Aku agak kaget actually sebab tak pernah nampak Aqasha bawak watak alim cam tu. Dah alim, garang gila dengan adik angkatnya (lakonan Amani).


sumber: Google

Kisah dia macam ni. si Rahimi baru habis belajar dalam pengajian Usuludin. Dah lama jugak la dia ni tak balik ke tanahair. Bila dah habis belajar, balik terus sifat dia yang periang dan lembut tu bertukar jadi "tegas tidak bertempat"!
Aqasha sebagai Rahimi

Kegembiraan Ain (Amani) bertukar hambar dan juga tak menyeronokkan setelah kepulangan abangnya. Semua tak betul dan semua nak ditegah oleh Rahimi. Ada scene best masa aku tengok, pasal berbuka puasa. Boleh pulak Rahimi ni suruh adik dia balik, padahal nak buka puasa. Ada kawan perempuan dan juga lelaki. Apa salahnya bagi minum dulu tak pun makan sikit kurma? hehe~ part tu memang best. Terkedu mamat 2 ekor tu.

Sharifah Amani sebagai Ain

Pada masa yang sama, Rahimi didatangi godaan yang besar oleh janda yang ada di kawasan tempat tinggal Rahimi. Awalnya, Rita dan kawannya berpakat mahu memikat Rahimi untuk melihat, tahan ke Rahimi dengan godaan Rita. Lama-kelamaan, Rita pulak yang terperangkap dengan perangkap dia sendiri. Dia mulai jatuh suka!

Rita Rudaini

Jika cerita ini mahu diberikan bintang, aku beri 4 dari 5. Cerita yang dibawa memberikan pengajaran yang boleh diambil ikhtibar kepada pendakwah-pendakwah di luar sana. Apa yang aku boleh list down kan apa yang aku fikir, kesan dari drama ni?

1) Berdakwah ke jalan Allah memang tuntutan dalam agama itu sendiri. Tetapi CARA berdakwah itu kena disesuaikan dengan zaman sekarang.

2) Jangan disebabkan pengalaman lalu, kita menjadi seolah-olah apa yang ada di depan mata kita semuanya salah dan tak betul.

3) Menjaga airmuka ibubapa. Sebab dalam cerita ni, Rahimi tidak langsung memikirkan airmuka ibu dan bapanya kerana jiran tetangga tidak selesa dengan peragai anak mereka.

Ni pandangan aku saja. kalau korang ada yang lain, boleh la tambah. Apa pun cerita ni ending dia kurang sikit. Ramai gak kawan2 online kata gitu. Apa kata penerbit? eheheh~

Last sekali, aku lampirkan scene paling gelaktakhenggatdunialah

scene Rita+Aqasha

Rita: Awak, awak.. kami suka ngan awak, awak suka ngan kami dak?
Aqasha: Astagfirullahalazim (3x).. (takut2 nak cakap).. INSYAALLAH SUKA! (lari terus..!!)

Aduhaiii~.. huhu

Enjoy!


Sep 10, 2011

(Gambar) yang beri aku ketenangan! by shahroll



As salam, hello readers...


Lepas balik dari kelas OB, aku bebetul pening. Aku sejak 2 menjak, agak kerap pening. Hormon tak stabil kot? ah, merepek. Lepas minum panadol solubel, baru ok sikit. Sebolehnya, aku nak elak guna panadol, but itu solution terakhir kot?


Sedang menyiapkan assignment untuk OB sekarang ni. Lari jap dari belenggu assignment yang memboringkan. HAHA!


Aku nak share ngan korang gambar yang aku suka shoot dan hari-hari aku tengok (kalau ada masalah) aku simpan dalam cakera keras yang khas untuk gambar best2!


Awan Lubang
Gambar macam ni boleh bagi ketenangan gak eh? Herm, susah aku nak cakap bila orang seni dan bukan orang seni berfikir dan mentafsir. Bagi aku, awan yang membentuk "lubang" tu seperti lubang cahaya yang menyorot kita untuk berfikir untuk masa hadapan. Mungkin. Bagi orang kebanyakkan, itu cuma kumpulan awan yang membentuk lubang, bukan sebaliknya.

Dan aku ambil gambar ni ketika mak aku pergi pasar Sabtu di Taman Perwira, Kuala Langat. (picture taken by Nokia C3)

Awan 4 zone 
Kalau korang leh kira warna yang ada, semua ada 4 zone warna yang berbeza bermula dari atas (biru) hingga yang bawah (jingga). Masa ni, dunia baru "bangun" dari malam untuk ke siang (waktu aku pergi kerja ni). Udara nyaman masih terasa kalau pergi awal kerja (7.30pagi aku dah sampai).

Ada emergency case je aku sampai awal, sebab naik kereta! HAHA. (picture taken by Sony Ericsson W910i)

Super Hole Awan

Masa ni aku pergi outing dengan geng CHAPs (Chap Ayam) ke Pulau Ketam. Dulu aku baru-baru belajar guna DSLR. Aku main hantam je dulu pakai mode Auto. Sikit-sikit aku baca pasal tutorial orang dalam internet, boleh la. Yang penting, kalau dah ada DSLR tu, go shoot and practice. Setakat ada kamera, simpan dalam beg, baik tak yah beli kamera =P

Cantik ciptaan Tuhan. (picture taken by Canon 30D)

Sambung kerja....

enjoy!


Sep 9, 2011

Edisi raya 2011: #1 Masjid mana selalu aku pergi solat sunat raya? by shahroll



As salam, hello readers,


Baru nak update pasal raya. Nasib baik dalam mood. Baru habis transfer gambar yang ada dalam talipon Nokia C3 aku. Dah sarat sangat aku tengok henpon ni dengan gambar2 yang aku snap hari-hari. YA! hari-hari ada je gambar yang aku ambil dah ada 2 ribu lebih gambar sejak aku beli tahun lepas.


Setiap lelaki yang baligh, kenalah pergi solat sunat raya sebelum nak beraya di rumah bakal mak mertua, tol tak? JEJE! Aku tiap tahun tak de lain, beraya rumah nenek belah mak aku. Nenek belah father aku dekat je actually. So no fighting-fighting lah pasal nak balik yang mana dulu. 


Masjid At-taqwa: Kuala Selangor

Bapak aku (merah) dengan saudara aku (kelabu) masa ni tak ramai lagi orang kampung yang datang. Kami datang awal! =D

jam 8.01 pagi: Orang sikit lagi...

jam 8.21 pagi: tadaaa.. dah ramai! (beza 20 minit saja)

Ok, dah habis solat sunat Hari Raya! SELAMAT HARI RAYA!!! heheh~

Untuk mereka (wanita/gadis/perempuan) yang nak tahu solat sunat,niat dan sebagainya boleh rujuk SINI. Mana tahu ada yang suka nak ambil tahu pasal solat sunat ni kan, aku bagi lah link tu. Mudah-mudahan bermanfaat! =)

Lagi? tetap saja di shahrulhairy.com dengan pelbagai cerita yang lainnya di edisi #2...

enjoy!


Sep 7, 2011

Sesi "warm-up" untuk menjadi penulis di Fixi Publisher! by shahroll



Salam semua,


Aku tahu hari ni aku gila. Gila menulis! Sebab baru petang tadi aku dah publish pasal MSS2011, sekarang mata aku still segar (sikit2 la mengantok!) Tambah dengan kopi Barli peket, langsung cergas!


Aku ada hantar Cerita Pendek (Cerpen) dekat Fixi. Tak tahu siapa Fixi? klik SINI. Aku suka dengan konsep yang diketengahkan oleh publisher Fixi ni sebab tak terlalu formal dengan konsep yang publisher lain dah buat. Cool!


Masa aku melayari Facebook, nampak Admin Fixi update tentang cerpen tu. Dia akan pilih 3 terbaik dan akan dapat buku terbaru dari Fixi iaitu NGERI. Aku nak buku tu, sesuai dengan citarasa aku yang suka dengan novel ala seram.
Aku mula fikir tajuk cerpen sejurus aku lihat status tu.


Biasanya bila aku nak buat 1 naskah penulisan, tajuk aku beri keutamaan. Bagi aku, tajuk tu yang akan jadi "pemandu" aku sebenarnya. Kira macam halatuju la. Silap-silap cerita "tah pape" pulak yang jadi.


Selalu aku tulis cerpen dalam 500 ke atas, tapi syarat Fixi cuma 300 dan kebawah. Mencabar sebenarnya buat cerpen 300 ke bawah ni sebab pengisian mesti padat dan jalan cerita juga mesti sampai kepada pembaca.


Kalau korang sudi, kat bawah ni aku quote sikit apa yang aku dah tulis sampai 1 pagi tadi (lebih kurang 3jam aku fikir, tulis,padam,tulis balik!)
Malam Khamis yang sunyi. Mak dan ayah Bella pergi ke sebuah kampung untuk mengubati kakaknya, Zella sakit tenat.  Dah 2 tahun Zella mengalami penyakit pelik. Makan banyak tapi susuk tubuh tetap kurus. Macam mayat.  Bapanya sudah lama bersara dari angkatan tentera tapi masih kuat untuk melakukan kerja-kerja kampung di Sungai Nibong. 
Bella menyendiri di bilik. Mahu keluar, tiada pula kawan-kawan untuk diajak. Bella tiada kawan lelaki, jauh sekali buah hati. Ibunnya melarang keras anak-anaknya untuk rapat dengan lelaki kerana calon menantu sudah ditetapkan dari kecil. Bella turutkan saja tetapi bukan Zella. Zella agak degil perangainya. Pernah sekali Zella memarahi Bella diatas kesalahan yang kecil. 
Bayangan itu sekali sekala menerpa dalam otak Bella. Kenangan tidak mengembirakan sesetengah manusia tapi tidak bagi diri si comel ini. Ya, aku boleh katakan Bella comel. Se comel Lisa Surihani. Dia tetap berdoa agar kakaknya cepat sembuh walaupun harapan untuk sembuh ternyata punah!
DOWNLOAD SELENGKAPNYA:

Enjoy!


Disclaimer

Ini adalah blog peribadi Shahrul Shaharuddin. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah hak cipta terpelihara..Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan shahrul hairy shaharuddin. Anda boleh menyiarkan semula artikel atau info di laman blog, di laman forum atau di laman sosial yang lain namun, sila pastikan anda membuat backlink/kredit/citation kepada blog ini sebagai tanda penghargaan dan sokongan.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau pelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...