Loading...

Aug 29, 2011

Blog Day: 6 blog yang terpilih untuk di-review di dalam shahrulhairy.com by shahroll



As salam and hello readers,


Entry terakhir edisi #Ramadan 2011 dan sebelum aku balik ke kampung nenek aku di Kuala Selangor. Persiapan di rumah sendiri (parent aku) tinggal nak buat kek je. Last minute punya persiapan kek lah.


Seriusli, aku ambil masa 2 hari untuk siapkan this post. Why lah lama sangat? Aku menggunakan pendekatan berbeza kali ni.


Ada buat searching,research,reading dan aku menentukan beberapa "syarat" sendiri dalam memilih blog yang bakal aku review.
Syarat tu simple je:-
1) Blog yang di luar radius pembacaan aku.
2) Blog yang bukan aku selalu jumpa dalam kebanyakkan majlis (tuan bloggernya).
3) Blog yang berlainan minat,gaya penulisan dan sebagainya.


Bukan senang eh korang nak review blog yang kita tak pernah jumpa tuan blog dia. Betul-betul kita review apa yang dia telah tulis dan kita paham apa yang disampaikan. Bukan bermakna, kalau dah berjumpa tu senang nak buat write up, tidak juga. Sebaliknya, hanya membantu sedikit sebanyak dalam garapan nak review.


So, disini baru lah aku tahu betapa pentingnya "About Me" dalam menu tab seorang blogger. Sebab, macam aku yang 1st time masuk blog yang asing bagi aku, belum kenal penulis dia siapa, dengan adanya 'About Me" membantu jugak lah. Apa dia minat, sebab apa dia menulis kan?


Jom baca siapa pemilik blog yang bertuah untuk aku review hari ini, check out!



Dimulakan dengan blog Haniz. 1st impression yang menarik dengan warna tema merah jambu. Header blog yang ceria (bersama anak beliau). Seorang web designer (boleh menuntut nih!) dan juga suka pada photography. Sama lah kita ye? =D. 

Haniz juga berpendapat, blog beliau tidak perlu ada "shoutbox" untuk berkomunikasi, tetapi lebih gemar menggunakan medium email sebagai ganti. Dan yang lebih penting, blog Haniz ni ringan. Cepat loading.

Kandungan blog boleh dikatakan hampir semua ke arah photo,scrapbook,kad dan juga personal things.

My personal interest Haniz entry: About Instagram



#2nd blog adalah seorang jejaka. Nama betul tak dinyatakan dalam sidebar. Facebook badge (personal) pun tak ada. Kalau bro baca posting ni, harap boleh kenalkan diri bro k? Blog IYH sangat minimal. Maksud aku, cukup sekadar ada shoutbox sebagai alat komunikasi (selain ruangan komen). Dan takde "share button facebook" dalam blog ni.

Kandungan blog bercampur. Sama seperti blog aku jugak. Selang seli dengan penggunaan software. Dan boleh terus ke depan jika penulisnya keep on track dalam berblogging.

My personal interest IYH entry: Apa itu CINTA?


#3 adalah blog adik aku sendiri. Baru je berjinak-jinak dalam dunia blogging setelah aku nampak dia minat dalam penulisan. Untuk event pertama dia ikut aku masa Selangorlicious buat event Foodie di Sepang Gold Coast. Masa tu baru aku "hasut" supaya ada blog sendiri.

Kesannya, dia sendiri mempunyai blog. Aku bertindak sebagai "mentor" mendidik adik aku untuk menjadi blogger yang berjaya, tak popular tak pe. Eh? ini review blog ke review orang? aisehh! sorry sorry!!

Ok lah, blog adik aku ni berkisar tentang sakit yang dialami, peminat Juvana yang setia (lagi2 si Ayam tu) dan bakal menduduki PMR tahun ni. Satu lagi, minat gila ngan Drama Band. Seriusli.

My personal interest nienashah entry: Haku dan Lisa Surihani


#4 blog dari Cik Nisa. Berumur 20 tahun dan meletakkan no BB pin nyer di dalam blog. So, korang nak berkenalan boleh add BBpin beliau dan simpan dalam BBM korang lah ye? HUHU. Apa yang best pasal blog ni?

Pertamanya, blog ni tak dak IKLAN! Ok, aku paham, blogger jenis seperti Cik Nisa tidak pandang pada nilai (Ringgit Malaysia) cuma ingin menzahirkan perasaan dan pendapat di dalam setiap post nukilannya. Kepuasan untuk berkongsi rasa dan idea lebih diutamakan dalam blog ni. Keterlaluan mengangkat?

Serasa aku, Cik Nisa boleh menjadi penulis novel. Keep it up dek! =)

My personal interest Cik Nisa entry: Masa berlalu...


#5 pula menyusur. Sang jejaka diberi nama Fahmi. Sedap nama Fahmi sebenarnya, ramai gak kawan aku dengan nama ni. Kalau aku letak nama aku sebagai Shahrul Fahmi, sedap tak? HEHE gurau je ye Fahmi!

Ok, dari apa yang aku belek dalam post entry Fahmi (yang recent) dia mempunyai matlamat yang jelas dalam arena blogging. Bagus jika semua para blogger mempunyai sama pegangan seperti Fahmi (ref:HERE)

Fahmi juga mempunyai kekuatan dalam blog beliau iaitu dengan adanya seksyen "cerpen". Aku yang sememangnya suka pada cerita non-fiction, suka sangat lah nak jenguk blog Fahmi ni banyak kali. Sebab, minat aku dulu bermula dengan penulisan cerpen di Tingkatan 3.

My personal interest Fahmi entry: Indahnya Ujian


#6 last but not least, Uzairothman blog. Aku berjumpa pertama kali masa event di Petaling Jaya iaitu masa pelancaran Plan P1 Wimax yang baru. Aku ada ambil gambar dan tweet, dan seseorang reply "itu adik aku". Aku agak kaget. Sebab yang reply tu blogger peymes, mohdzaid.com!

Dang! Adik zaid rupanya. Tidak menumpang popularity abang sendiri (ecceh! cam artis daa..) Uzair memiliki bakat penulisan yang mampu menarik orang lain terutama gadis-gadis dengan entry yang best. Dari segi layout dan menu tab, memang terbaik! friendly habis.

Minat yang lain pula adalah musik. Pandai si Uzair ni main gitar kalau korang nak tahu. Cer try bukak link SINI kalau tak caya. =D

My personal interest Uzair entry: Uzair Dapat Samsung Tab Free

Bloggers yang di-review aku ambil di dalam pages/website Blogger Selangor, Belia Blogger dan juga Geng Blogger. Jika korang nak join ketiga-tiga tempat "ping' dan komuniti, silakan berbuat demikian. Banyak faedah yang korang dapat selain daripada meningkatkan kadar traffik di blog korang.

Happy read blog mereka...


Enjoy!


Himpunan makanan pada waktu pagi dan tengahari by shahroll



Bagi orang yang bekerja (kuat!) macam aku, tentunya 2 masa (pagi/tengahari) menjadi perkara wajib untuk memikirkan mana tempat nak makan neh? Hari-hari makan tempat dan lauk yang sama agak memualkan tekak, betul tak?


Aku ada banyak gambar makan lunch dan breakfast, tapi aku select yang best je. I mean, rasa dia yang bebetul sedap (yang lain tu so so je..) urutan gambar bukan ranking bagi makanan tersebut k?


Enjoy!


My Breakfast

McDonals  seksyen 3, Shah Alam

Time poket penuh (gaji) aku lepak sini. Ada duit terlebih, pun aku lepak sini gak. Nampak set ni, teringin nak lepak makan malam neh, HAHA! OH! Aku penchenta tegar makanan Mekdi. So, make sure korang pon pen-tegar Mekdi gak owh!

Makanan di Cafeteria

Nasi goreng "mesti ada" kat cafeteria. Kalau tak de apa sangat pagi tu aku nak makan, aku hambek gak la nasi goreng ikan bilis ni. Add-on aku amek roti gulung sosej. Sambal dia ummpphh!! 

Nasi Kuning di HEP

Nama sebenar nasi ni aku lupa. Tapi macam yang korang tengok, warna kuning kan? Nasi Kuning la tu. Rasa dia semacam ada mentega (campur masa masak kot?) bubuh sambal dengan daging merah, terangkat beb!


Makanan di Cafeteria (kedai side corner)

Makanan yang ni dekat tempat yang sama aku makan Nasi Goreng ikan bilis tadi, tapi ni kedai sebelah dia. Ada kedai yang jual kek, roti-roti, makanan western la. Kadang tak de mood nak makan berat, layan roti ngan kacang pon kenyang.

 Makanan di HEP

Ada masa nasi goreng ni sedap dan tak. Bergantung pada siapa yang masak. Kalau pekerja dia masak, kureng sikit la, kalau boss dia yang masak, sedap! Tapi, kerang sambal ni memang sedap! Hari-hari sure aku amek kerang neh! (kalau tak lepak cafeteria lah)

Makanan di Cafeteria (kedai bakery & cake)

Masa untuk makanan BARAT! hehe, dah tak lalu sangat makan nasik, bedal spagetthi bolognese lah jawabnyer. Tapi tak kenyang, sure aku rembat burger double special kat gerai Abang Ameen! haha..


Nasi Lemak Kampung Sijangkang

Hoiii sedap kauu tahu? Haa, masa ni aku lepak kat pasar Sabtu batu 8, Sijangkang. Best nya nasi lemak ni pasal sambal dia dan daging rendang yang aku amek. Mana-mana nasi lemak sama, yang bezakan dia cuma sambal.


MY LUNCH

Makanan di Cafeteria Parking Bertingkat

Cafe ni terletak di parking bertingkat UiTM Shah Alam. Staf yang handle adalah dari Intekma Resort (correct me if am wrong). Selain masakan panas, ada juga chicken chop yang korang boleh amek sendiri di meja (diluar) yang telah disediakan.


Kedai yang terletak di seksyen 6, sememangnya terbaik dari segi penjimatan duit poket korang. Bukan nak kata apa, makanan di sini sedap dan murah. Korang boleh baca link yang aku letak kat atas tu, baca k? =D

Char Kuey Tiaw @ Mamak Mydin (Subang)

Time ni aku tengah tunggu my client, Mira untuk beri album anak dia (Majlis cukur jambul) Aku datang awal, so layan CKT kat kedai mamak yang ada. Sini ada 2 kedai mamak, korang pilih yang last sekali (corner side) yang ada tv besar tu. Cuba lah try! =D

Makanan di Cafeteria Parking Bertingkat

Nasi Goreng Cina aku order lepas solat Jumaat. Aku ingat lagi, aku makan nasi goreng bersama Sup Daging. Walaupun harga sup tu RM4 je, mangkuk dia besar kot? (big portion). Kenyang sangat sebab habiskan kuah sup tu yang ada bauan serai yang kuat!

Di Cafeteria (port biasa lepak)

Ikan ngan sayur hijau kalau aku tak de selera sangat nak makan. but i have to eat lah sebab nak jaga perot punya pasal. Kalau tak masa kerja, meroyan nak makan pulak!

Di HEP


Nasi Ayam Mentega! Aku tegur makcik yang buat nasi ayam ni kenapa mentega dia kuat sangat terasa? Bukan aku sorang je, kawan aku yang makan dengan aku pun cakap benda yang sama. Tak habis member tu makan. Sian. Putus selera dia.

Cebisan gambar serta pendapat aku tentang makanan di Malaysia yang telah pon aku rasa dan nikmati. Korang yang kat luar sana sure dah makan macam-macam kan? Aku baca Floggers punya blog, memang meriah lah makanan kat Malaysia ni, sampai tak terhabis nak makan. HUHU..

See later, salam!


Aug 28, 2011

IFTAR bersama rakan sekerja dan Alyz Eppes @ One Utama by shahroll


Kejadian ini berlaku hari Jumaat,

Hello semua. Berbuka bersama rakan kerja menjadi 1 kemestian eh tuk korang? Aku gak cam tu! Aku me-relaxkan diri (berbuka) dengan 2 rakan aku (semua dah berpasangan, aku je belum!) di Seoul Garden, One Utama.

Aku lepas kerja, terus shoot ke Damansara. Aku lalu ikut Federal Highway, aku senyum lagi. Susur ke Kelana Jaya, terus kelat! Siot jalan situ dah jammed! Sampai ke KDU panjangnya traffic yang teruk.

Dah sampai OU pun masih hati panas. Masalah park. Setengah jam aku habiskan carik park. Berentap dengan kereta lain, parking punya pasal. Dah kereta aku sensitip bergesel (calar sayang ah!) 7.45 malam baru lah aku sampai ke tempat makan neh.

Masuk-masuk je, Erry ngan Mun dah siap sedia nak "belasah" lauk-lauk yang ada. Aku datang bersama Alyz. Siapa dia? Oh, kawan.

Erry with wifey, Sariah... 


 Set aku dan Alyz (patutnya ada 1 pasangan lagi nak datang, tapi tak sempat nak join kitorang, jalan jem gila babs!!)


Daging perap Lada Hitam dan Ayam perap Merah.. sedap!!


Aku yang kahcak! Alyz? so so je.. LOL~ 


Pembuka untuk hari tu: Cendawan+Hirisan sosej 


Alyz fav: Udang+Tom Yam soup! 


Ok, daging yang dipegang oleh "model" tersebut adalah untuk round ke-2 ye pembaca sekalian, lihat lah betapa berselera kawan aku neh makan! wakakaka~ (padahalll, aku kaut semua!) =p


Pandai Alyz masak.. ecceh!! 


Member aku dari Terengganu, Mun with handsome hubby! Aceli dorang perasan aku amek gamba neh, tu yang dok menyengih tu.. LOL~


Dah OVERCOOK!!! adesss.. mana tukang masak neh.. (refer to Alyz) keh3... 


Pelengkap buka puasa: Campuran ABCDEFGHIJKL kot? macam2 aku letak dalam neh. last-last rasa macam.. urgghh~

Untuk makan seberapapantaskaubolehmakan kat sini, dia kira 1 kepala RM46++ lah. Awalnya korang datang dengan perot yang leper lagi kosong, balik je mula sendat! Belum campur nak makan kat kedai mamak lagi tu pas telan macam-macam kat kedai ni, keh3...

Penangan yang best kat sini bagi aku cuma daging-daging yang disediakan. Geram seh kalau tengok daging perap yang dorang buat. Air free flow, telan berapa banyak air leh telan.

Aku tak amik nasi or mee. Makanan cam tu aku bisa didapatin di kedai yang biasa je. So tips makan kat sini, santak daging je! huhu!~

Enjoy!

Aug 27, 2011

Pernah sampai Kampus Puncak Alam UiTM? by shahroll



As salam and hello semua,


Melayan video lam youtube memberikan aku banyak idea dalam penjanaan wang dalam online (bahasa buku dowh!). Aku masih "hijau" dalam nak paham macam mana orang lain boleh generate income ribu-ribu (5 angka dol!) tapi setakat ni, alhamdulillah, pandai sikit-sikit, makanya dapatnya pun sedikit aja, hehe.


Korang pernah sampai Puncak Alam nyer kampus? ataupun dinamakan sebagai "Shah Alam 2" oleh staf-staf universiti tersebut. Tempat/lokasi nya masih baru dan memiliki bangunan yang serba moden dan besar. Aku berkesempatan menjejakkan kaki ke sini (2nd time dah) sebab urusan kerja.


Aku ke Fakulti Sains Kesihatan (FSK) di aras 7. Dan sebelah FSK adalah Fakulti Pengurusan Teknologi Pejabat (FPTP). Bangunan yang berjumlah 17 tingkat menempatkan bilik pembelajaran, bilik komputer dan office staf (lecturer etc). Kemasan lantai tidak begitu cantik lagi, mungkin dalam proses lagi dan lif dia terbahagi kepada lif untuk tingkat ganjil dan tingkat genap, best ek?

Bangunan FSK+FPTP

Masa aku snap bangunan ni, aku berada di Fakulti lain. Tak pasti namanya. Aku mencari surau berdekatan dengan FSK. Tak jumpa. Last-last aku pergi carik tempat jauh. Ok lah, janji ada tempat solat.

Lain-lain gambar yang aku snap (pakai C3);




3 gambar kat atas ni aku ambil dalam bangunan FSK. Banyak lagi spot aku nak try amik, tapi masa tak dan nak buat cam tu. Ada masa, aku spend 1 hari lepak PA ni amek gambo. Best pulak layan shoot architecture, walaupun aku bukan line Archy nya photog neh.

Fasa ke-2 sedang giat dijalankan. Tu yang korang boleh nampak ada lori dengan penggelek tanah (untuk rata kan tanah tu..) Agak berdebu ya. Nasib baik kolej students dekat atas bukit (pict #3)

Enjoy!

Berbaloi ke beli Samsung Galaxy Tab 10.1 dengan Plan Celcom? by shahroll



As salam and hello readers,


Baru siap buang segala "shits" dalam PC aku. Mana software yang dah aku tak pakai buang dengan serta-merta. Kira pembersihan PC berlangsung selama 1 jam! perghh agak membuang masa disitu.


Dah PC aku PC tua, tak pasal-pasal susah aku nak buat kerja suntingan. Sekarang dah gian pulak nak main editing video. Memang susah nak support, PC aku kena tambah lagi RAM dengan upgrade sikit. Tanya kedai, nak set-up PC multimedia dalam RM3,000. Telan liuq sat!


So, pa cite hari ni eh? OH! pasal kegilaan ramai skang ni, Samsung Galaxy Tab 10.1 (SGT)! pada hemat aku, pesaing pada product Apple ni, memang aggresif buat promotion sana sini, termasuk lah dalam belog aku jugak!


Kehenseman SGT tak leh nak sangkal.. wakakak!!
promo: HERE

Best ke spec SGT eh? Well, korang leh layan spec dia ni seperti dibawah (power la jugak..)

Klik SINI untuk korang lebih teruja!!

Mana kaki IT savvy to, memey boleh rembat SGT ni lah. Kalau yang dah ada tu, boleh beli untuk awek/pakwe ke kekasih gelap ke sesape je la korang nak bagi. Kat aku pommboley! =p

Ramai dok habaq kat cheq yang OS tab neh pakai Android. Syok kata depa! Hak tu yang tak leh nak nahan nyer nak membeli mende alah neh. (tahan2.. sabaq2!) Tak caya? Kawan saya dalam twitter ada habaq, mai tengok!

cer perati dia pakai apa? ANDROID!! yeahh..

Macam mana pulak Plan Celcom+SGT ni? Mahal tak eh? Ok, ini subjektif lah. Kalau korang gaji behibu-hibu, aku tengok OK lah. Mampu lagi, sebab ada orang gaji kecik (cam aku) pon boleh nak beli (soon!) apetah lagi yang pulus yang masyuykk? keh3...

Leh tengok kat SINI gak...

Eh? nak g mana pulak tu? Tak kan dah teruja nak pergi beli sekarang?? keh3...Aku pon dah habes cerita dah neh. Tepuk dahi tanya selera la noo. =D
Enjoy!


Aug 26, 2011

[ads] Mana nak cari jurugambar/photographer sekitar Klang/Shah Alam/Kuala Lumpur? by shahroll



As salam and hello readers!


Tak tidur lagi ke? Korang sama dengan aku la sekarang ni, mengantuk tapi tak boleh nak pejam. Datang pula idea nak update berkenaan dengan service jurugambar. Nak aku cite ke? =p


Pertamanya, ini bukan sponsored post ke hape, aku sendiri menyem-ponser post ini (SH iMAGE). Mana yang baru datang ke blog aku ni, boleh berkenalan dengan aku dekat SINI. Sorry, pakai bahase omputeh kat bahagian tu, kot la ade Mat Salleh yang berkenan nak guna service photog aku kan? heh~


Dulunya aku menggunakan blog berdomain shahrulhairy.com ni selaku blog untuk aku letak segala aktiviti photography yang aku lakukan, but now aku dah pecahkan kepada 2 blog. Yang korang tengah baca ni blog personal aku dan yang lagi satu khas untuk para future client nak tengok hasil kerja selain aku letak di dalam SH iMAGE Facebook Pages.


Contoh gambar yang aku ambil....
Lain-lain boleh ke SINI

Kepada pembaca yang sekitar Klang/Shah Alam boleh direct call aku untuk tanya services yang aku tawarkan. SMS pon ok, tapi kalau lambat better telepon je. Number telefon seperti terpapar di dalam photoblog aku.

Untuk orang KL, ikut korang. Nak lepak chill kat KLCC boleh, BB boleh, Pavi pommboley! Aku flexibel dalam nak deal-deal ni. Selain suka berjumpa orang yang tak kita kenal, boleh jadi "kawan" dalam melaksanakan projek yang bakal diberikan =D

Contoh gambar makanan yang aku ambil..
Lain-lain gambar di SINI

Aku bukan terikat kepada shoot wedding saja walaupun itulah core aku, passion aku dalam photography. Tapi, lain-lain job juga aku boleh lakukan dengan kamera 30D Canon serta 3 lens kegemaran aku (50mm+Kit lens+70-300mm). Penggunaan studio lighting juga aku boleh lakukan (solo) dengan menggunakan 2 lampu.

Dulu aku ada studio sendiri di TTDI, U2 Shah Alam...

Dalam majlis perkahwinan, aku bawak juga peralatan lighting kerana nak dapatkan gambar yang menarik pencahayaannya. Kadang, ada rumah yang mana kita tak boleh nak bounce speedlight dan akan menyebabkan gambar menjadi gelap sedikit (kira dah under la tu). Aku bagi contoh gambar yang aku gunakan lampu kiri dan kanan masa majlis kahwin.

Contoh gambar menggunakan 2 light

Perhatikan gambar diatas. Muka pengantin cerah di bahagian depan dan agak kelam di bahagian sebelah muka pengantin. Mengapa jadi cam tu? Aku edit dalam photoshop ke? NO! Sebab aku fill in cahaya lampu di bahagian depan, dan lampu lagi 1 aku bounce ke atas siling rumah, so dapat result begini. Gambar ini hanya minor editing saja aku buat (resize>Action File>text)

Best ke hasil yang kitorang akan dapat dari u?

Ini ayat biasa untuk dijadikan asas keyakinan pelanggan terhadap sesuatu perkhidmatan. Bukan calang-calang client nak invest kat satu-satu company yang beri khidmat foto. Beribu-ribu kalau dah 3 event nak cover sekali. Belum caj yang pelbagai lagi.

Bagi aku senang, setelah melihat hasil kerja aku samada dalam Facebook atau photoblog, baru lah aku cerita benda lain. I mean, dari segi harga dan etc. Nak lagi afdal,jumpa dan aku bawak sekali album yang aku dah buat sebagai contoh kepada pelanggan untuk merasai sendiri nikmat custom album yang aku berikan.




contoh custom album 8x12 size

Gambar model (portraiture) korang ambil tak?

Yup! Kegemaran aku juga mengambil gambar potret. Tak kira remaja ke, orang tua ke, orang dewasa ke, kanak-kanak ke, baby ke (cukur jambul selalu aku shoot baby). Satu kepuasan bila aku shoot wajah-wajah manusia yang terakam dalam kamera aku dan aku menjadikan gambar tu satu kenangan yang menggembirakan. Contoh?

Kids portraiture (studio)

Adult Portraiture (Studio)


Teenager (Female) Portraiture (Outdoor)


Teenager (Male) Portraiture (Studio)


Aku rasa cukup lah kot gambar-gambar yang aku letak dalam blog ni. Nanti berat pula nak loading page entry. Apa pun, jika korang rasa nak hired photographer yang dah lebih 4 tahun bermain dengan segala jenis pengalaman shooting gambar (aku la tu) boleh hubungi aku di 012-3437359 atau nak email shahrollphoto@gmail.com

Borang tempahan photography boleh pergi ke link: Borang Tempahan


Enjoy!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi Shahrul Shaharuddin. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah hak cipta terpelihara..Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan shahrul hairy shaharuddin. Anda boleh menyiarkan semula artikel atau info di laman blog, di laman forum atau di laman sosial yang lain namun, sila pastikan anda membuat backlink/kredit/citation kepada blog ini sebagai tanda penghargaan dan sokongan.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau pelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...