cari artikel blog disini

Loading...

Jul 31, 2011

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak dari shahroll



hasil kerja 10 minit, tak berapa cantik.. huhu~
credit original picture: HERE
As salam and hello readers!

Baru balik dari kampung. Tak de la baru sangat, dalam 8 malam tadi. Bit penat walaupun tak de apa buat kat kampung just jalan-jalan and beli some barang (baju, seluar etc) ingat nak bersahur kat kampung but, tak sempat nak run ke Klang tuk kerja Isnin nanti. Cover hari lain tuk bersahur bersama nenek.

Kesempatan yang masih ada, nyawa masih terlekat kat badan, oksigen masih aku dapat sedut secara free, dengan susunan 10 jari rapat, aku mohon ampun dan maaf sekiranya masa aku berblogging sepanjang tahun ini sampai ke saat ini, ada yang terguris perasaan atau apa-apa saja yang berkaitan dengan post/entry aku, andai korang marah, terasa or whatever, aku minta maaf.

Mungkin aku tak sengaja melukakan pembaca kat luar sana. Aku tak de niat.
Penulisan aku cukup sekadar diari insan biasa yang mahu berkongsi rasa suka, duka, masam, manis kehidupan yang sementara ni. Himpunkan pahala-pahala sepanjang berpuasa ni k? 

Nak bukak puasa sesama, boleh halo-halo sama aku. No tepon? kat atas tu ade, call saja.. Insyaallah aku turun =)

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK | 1 AUGUSTUS 2011

Jul 30, 2011

Cawangan Tutti Frutti Shah Alam kini dibuka! Mari cuba? by shahroll



DONE! apa yang siap? owh, itu pasal entry assignment OB la. Dah siap 20 minit yang lepas. Off segala sosial networking (yelah tu! FB aku tetap bukak gak?) sebab kalau anda fokus, cepat je siap, heh~


So what topic petang ni?


Before aku nak balik kampung jap lagi, aku nak share pengalaman aku memakan kat Tutti Frutti. Kira-kira aku rasa cawangan kat Shah Alam (seksyen 7) baru je bukak. Kedai dia kecik je.comel. Kalau korang makan lepak situ, ade la dalam 6 meja tak termasuk yang kat luar (anjung kedai).


Sedap ke?


Boleh la. Nama pun aiskrim. Penyedap dia buah-buah dia tu actually. Bertepatan dengan nama dia "Frutti" tu. Buah macam laici,strawberi,kiwi dipotong kecil-kecil (dadu cut). Sweet and nice lah.


The Health Benefits info

Pilih cup mana yang korang rasa boleh sumbat dalam perot korang

Ada 3 jenis mangkuk (hantam je istilah ni) yang boleh dipilih. Yang aku pegang tu (hijau) saiz sederhana (medium) Orange color paling kecik. Nak besar, korang ambil cup PINK tu. Lepas tu azab lah korang nak bayar! haha...

vending machine ice-cream at Tutti Frutti



My Tutti Frutti: Mixed fruits and Nuts

Cantik mangkuk yang aku pilih tu? Dah baru nak cuba try test makan, dah amek saiz medium. Kalau tak sedap, mana mau campak? NASIB baik lah sedap. Dan harga kat atas ni adalah RM22 hengget ye kawan-kawan T__T

Aku mixed 2 aiskrim, Choc+Strawberi. Buah-buahnya pulak seperti di paparan lah. Kacang gajus sikit then letak sikit cokelat punya krim. Tak bestnya, aiskrim dia cepat cair. Sangat!

cute tissue...

Nice experience. Yang pastinya aku tetap membeli makanan berkhasiat ni. Bukan tiap hari lah, hujung bulan (gaji lah tu..) baru aku jejak ke sini. HAHA! Budak-budak UiTM balik bulan 9 ni, sure ramai serbu kedai neh, ajak aku sekali weh? LOL..

No.19G, Ground Floor, Jalan Plumbum 7R/R, Pusat Komersial Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Enjoy!

[ads: Kids photography ONLY RM88! Hurry up grab!]

Saturday morning fever: Organizational Behavior case study (1) by shahroll




Go back from market for buy fish, vegetables and so forth, turn on PC and make my individual assignment like you seen above. Thanks to God, i have quite good skills in research for find out articles about Organizational Behavior (OB).

For my classmate, u can research this article HERE

enjoy!

Jul 29, 2011

Team Malaysia VS Team Singapura: Keep it up HARIMAU MALAYA! by shahroll



Salam Jumaat readers,


Entah mana silapnya, skuad Harimau Malaya seakan mengalami "pressure" yang agak tinggi di tempat sendiri berdepan dengan 90 ribu penyokong di stadium dan jutaan lagi yang menyaksikan perlawanan yang boleh dianggap epic. Bermula dengan kesebelasan utama negara, seakan pincang setelah Zakuan ditukar dengan pemain simpanan.


Fuhh~ macam ayat pengulas bola proffesional. Aku akui, ada beberapa part skuad Harimau Malaya kena baiki semula. Paling ketara bahagian pertahanan yang bagi aku memang longgar disitu. Pandangan dari seorang yang "noob" dengan arena bolasepak negara.


Singapura menang agregat 6-4 setelah kedudukan menjadi 1-1 dengan Malaysia. Beza 2 gol sahaja dengan Singapura, namun nasib berpihak kepada skuad Singapura yang mara ke peringkat yang seterusnya. TAHNIAH!


Apa yang rata2 orang bercakap pasal game malam nie?


1) Safee sali main sendirian tanpa ada back-up rakan sepasukan (ni pengulas tv tu cakap)
2) Pemain Malaysia kena kepong kaw-kaw dengan pertahanan Singapura
3) Pertahanan Malaysia yang longgar.
4) Banyak peluang berpihak pada Malaysia, tapi disia-siakan (takde luck kan?)
5) Tampak pemain Malaysia kurang memberi saingan (hanya bertahan, kurang menyerang) memang Singapura menguasai perlawanan.
6) Banyak "babak" jatuh-jatuh, sakit-sakit dan memang aku cakap DRAMA terbaik dalam perlawanan bolasepak!


Diatas hanya cakap-cakap or hearsay saja. No fact! kang ada pulak yang cedok mende ni kata this is FACT! ohooo~ kang sesilap kena saman ngan FAM plak. Bak kata abang bobby (member kelas aku) Defamation? kih3...



Dah 5 pagi. Wanna read book before pergi kerja. Oh, kelas Ekonomi petang nanti... Gyeeahh!!


Enjoy!

Jul 28, 2011

Good News for P14G Subscriber and member of the P1 Buddy Facebook, can WIN ipad2! by shahroll


As salam and Morning bloggers,

Another competition. Seronok juga try nasib ni, mana lah tahu dapat kan. Bak kata Donald Trump "Life is about luck" better mencuba dari tidak!

Masih lagi berlangsung pertandingan ni. Dalam pertandingan ada syarat2 nya, dan syarat boleh dibaca kat bawah ni;-

• Contest runs from 18 - 31 July 2011
• Photos must feature a P14G modem (Doesn’t have to be yours).
• Photos must be presented as is (not cutting and pasting of subjects using photo editing software to create a fake composition.)
• Votes will contribute 40% to the final scores
• Winner will be chosen by our Awesome Selection Machines and their decisions will be FINAL.
• Winner will announced on 8 August 2011
• Winning photo walks away with an iPad 2. It’s that simple. Another 5 will receive complimentary prizes
• Winner must provide Full Name and P14G A/C no. when contacted to be eligible for the prize.
Click HERE

Aku pengguna TEGAR P1Wimax, belum lagi hantar penyertaan. Nak hantar "masterpiece" bak kata admin P14G dalam tweet aku. HOHO~ hope ade la masterpiese tu k! Waiting for me... =D

lain2 posting about P1 Wimax:

enjoy!

[ads: Dapatkan pakej photography serendah RM100* untuk Hari Raya ini, sementara tempat masih ada: klik SINI]

Jul 27, 2011

Wordless Wednesday #4: BODEK



Jul 26, 2011

Baru aku tahu pasal mereka, Jimmy Shanley and Suhaila by shahroll



Hello brada n sista,
read this article from Mstar;



PETALING JAYA: Setelah sekian lama berdiam diri, isteri kepada pengacara Jimmy Shanley Norjahan Saleh, iaitu Nursuhaila Eliani Suhaimy, mendedahkan faktor utama berlaku keretakan rumah tangga mereka adalah disebabkan suaminya itu pernah memukulnya serta terlalu mengongkong.


"Saya tidak suka Jimmy kerana perangainya pelik yang bukan seperti orang biasa. Semasa majlis pertunangan kami, rombongan pihak lelaki yang hadir hanya lima orang sahaja dan semasa majlis akad nikah, rombongan pihak lelaki tak sampai 10 orang... itu pun di kalangan ahli keluarga sahaja.


"Tidak ada artis atau selebriti yang hadir bagi pihak dia (suami). Untuk pengetahuan umum, itulah perangai Jimmy Shanley yang tidak mempunyai kawan," ujar Nursuhaila dalam satu kenyataan bertulis yang diedarkan kepada para wartawan dalam satu sidang akhbar khas yang diadakan di syarikat milik keluarganya, Perwanza Enterprise (M) Sdn Bhd, di Damansara Damai di sini, Isnin.


Suhaila, 25, berkata, sejak berumah tangga pada 1 Oktober tahun lalu, kehidupannya tidak tenteram kerana mereka sering bertengkar disebabkan Jimmy,32, enggan membenarkan dia keluar bersama rakan-rakan.


Malah dia menyifatkan Jimmy sebagai seorang yang "pelik" dan enggan bercampur gaul dengan ahli-ahli keluarganya yang lain dalam apa-apa majlis yang diadakan.


"Dia ingat dia tu superstar tak layak untuk bergaul dengan sanak saudara saya. Setiap kali majlis kenduri diadakan oleh bapa saya, Jimmy jarang bertegur sapa dan bersalaman dengan sanak saudara kami.


[read more: Mstar]
Jimmy and Suhaila

Aku tak mahu ulas apa-apa tentang isu "pertelingkahan", aku tunggu maklum balas dari pihak Jimmy pula tentang pendedahan ini. Jika benar andai yang dilaporkan, kedua belah pihak boleh bincang baik-baik k? All the best! =)

Filem Indonesia: Dulu dan sekarang by shahroll



Selamat siang semua bloggers,


Terima kasih karena bisa mampir di blog mas ini. Iya, blog mas bukan seperti mana blog popular yang lain, tapi tetap bisa aja menulis di ruangan sendiri. *turn to Malay*


Maaf, aku tak boleh meneruskan bahasa Indonesia, nanti jadi isu pula dari sana. Walaupun aku selalu tengok sinetron Indonesia, aku tetap baca subtitle yang disediakan. Mungkin aku paham, tapi aku tak yakin kefahaman aku itu membawa maksud yang sebenar dari para pelakon. =)


Jika aku nak banding filem/sinetron dulu dan sekarang, mungkin ada yang menyangkal pendapat aku. Bagi aku, pendapat tidak salah dan ianya juga tidak betul. Nama aja sudah pendapat, iya kan?


Secara terus-terang, filem Indonesia di pasaran Malaysia satu tika dulu tidak mendapat sambutan. Lebih hangat rasanya filem-filem daripada Bollywood. Masih ingat lagi, dulu masa shopping di Mydin aku selalu singgah di bahagian CD/DVD. Banyaknya filem Indonesia sama Bollywood.


Tak ramai yang membelek filem dari Indonesia. Mungkin tak kena dengan selera para pembeli ataupun, (kira-kira 7 tahun lepas) aku berada di tingkatan 5 masa tu. Cerita berunsur seram (jin/syaitan), cerita gatal (pada tajuknya) cerita jenaka dan cerita cinta. Pada aku masa tu, kurang bijak lah nak membeli cerita sebegitu kalau dibandingkan dengan Bollywood yang sudah terkenal para pelakonnya.


Masa silih berganti. Filem pertama meledak dipasaran Malaysia seingat aku Ada Apa Dengan Cinta (AADC). Cerita memaparkan kelompok manusia yang berlatar-belakang alam persekolahan. Olahan cerita menarik, plot yang bagus. Ditambah pula dengan lagu tema yang baik dan para pendukung yang bagus, walaupun pada pandangan aku mereka yang berlakon baru pertama kali aku nampak.


Tidak berhenti disitu dengan kejayaan AADC, filem dari Indonesia terus meningkat dengan memaparkan cerita cinta (terutamanya) dengan jayanya. Kekuatan sesebuag filem Indonesia terletak pada plot cerita dan sinematographynya, setuju? OST (lagu) hanyalah sampingan saja. Begitu juga dengan pelakon.


Aku bukan hanya memuji kosong, bahkan jauh sekali menidakkan kebangkitan filem Malaysia. Banyak peningkatan yang dapat dilihat sejak kebelakangan ini, dengan kutipan yang mencecah puluha juta. Satu petanda yang baik untuk industri filem tempatan =)


Apa pon, keep it up filem dari Indonesia. Sentiasa menanti buah tangan dari sana.



What causes "unstable emotions"?



"... Mostly when we have to fight our instincts. Having emotions is well and normal but sometimes it doesn't work to be sad, mad, excessively happy, or in love. So we have to fight with ourselves and then instability comes. 


Some cure by deleting their emotions altogether with drugs. Others just fight until something makes sense. Still others don't try hard enough and remain emotionally unstable for a long time, making it hard on everyone...."


full credit: Answer Yahoo


My "drugs" :-
1) Swinging Moods tendencies in Behavior indicates emotional imbalance
2) Motivation in Psychology

Need new environment,place,time etc... blerghhhh~

Jul 24, 2011

cerita pasar Sabtu: Tempe yang kecik dan orang yang berubah by shahroll



Salam Ahad semua,


Bangun awal then tido balek. Ahad selalunya terisi sebegitu. Time ni lah nak rest kaw-kaw punya untuk digunakan kembali badan selama 1 minggu. Memang wajar lah kalau Ahad tu lambat sedikit bangunnya, =D


Semalam aku ke pasar batu 8, Sijangkang. Lama sia tak pergi ke pasar sini. Aku ingat-ingat balik, dalam 4 tahun kot tak jejak pasar kat sini. Mak aku ajak ke sana, kata dah lama, so tak nak menghampakan permintaan, aku bawak lah ke sana. Niat aku cuma satu je, carik wak tempe yang jual atas tikar tu.


Laju aku jalan, sampai hujung. Tak jumpa jugak ngan wak tempe tu. Dia memang bebetul jual tempe dengan taugeh kampung. Tahu taugeh kampung macam mana? kepala dia hijau2 then ekor dia pendek sikit.


Sapanjang menyusuri pasar yang ramai orang tu, aku cam lagi muka-muka orang yang berniaga tu. Terutama Abang yang jual CD/DVD. Dulu dia rambut rock, skang dah macam Botak dalam Juvana. I mean, kepala dia dah botak! Dulu pakai CD pasang dalam van Nissan dia tu, but now dah pakai laptop. Syukurlah, dah maju.


Pastu pak cik yang jual sayuran. Dia jual sayur-sayur kampung cam daun ubi, paku pakis, bunga kantan (buat laksa tu) perut lembu pon ada, sampingan je kot. Dulu ada anak daranya tolong, but skang tak kelihatan. Ecceh!


So, back to wak tempe, aku dah frust sebab tak jumpa wak tu. Nak tak nak aku beli ngan budak bujang yang jual tempe dekat laluan masuk tadi. Geram sangat aku beli 5 hengget. amek kau, banyak gila. Bila goreng sedap oh! jenis tempe kecik.


Balik minyak kereta habis, My God!



Jul 21, 2011

(fever) Kawin Masal: Sachi aka Agnes Monica, sweet deh! by shahroll



Sachi!


Nama watak ni sure korang tahulah siapa yang layan sinetron tu. Aku actually tak layan semua ni (ye lah tu!!) kebetulan balik rumah je, channel dah bukak cerita sinetron Kawin Masal, so layankan je (padahal memang nak layan Agnes!) huhu..


Thanks pada Mr. Google provide gambar2 Sachi a.k.a Agnes Monica! Enjoy everybody..







OST Kawin Masal

Stay cool and lovely
Hey Boy it’s me
It’s been a long time you know
I know you watchin’ me
You have been watchin’ me all nite long
Boy you know what time it’s

Penjarakan jiwaku dengan mata nakalmu itu
Perkenalkan aku pada senyum manis penuh maksudmu
Tahan langkahmu bikin mu tak bisa ajari aku
Tertawakanku kau salah aku bukanlah anak baru

Berdegup kencang rasanya dadaku ini
Ingin berteriak aku mau kamu
Tubuhku bergerak aku tak bisa diam
Aku tak mau menunggu kamu

Biar diriku
Ikuti dirimu jadi hambamu
Untuk cara jadi jadi karyamu
Jangan kau jadikan ku simpananmu
Tak tahan diriku saat

Kamu melihatku nafsu kau pikir ku tak tahu
Dekatiku seakan kau tak perduli waktu
Gayamu buaiku ku akui aku mau
Kau godai aku

Kamu melihatku nafsu kau pikir ku tak tahu
Dekatiku seakan kau tak perduli waktu
Gayamu buaiku ku akui aku mau
Kau godai aku

Stay cool and lovely
Aku siap ingin tahu karena ini pilihanku
Tak bisa kau hindari racun ku ‘kan lumpuhkan kamu
Jangan salahkan siapa-siapa kalau kau tak percaya
karena ku tak ragu-ragu saat kau mencumbuku

Stay away from me
Speakin’ my language and make it swing
Better to say
Amateur said i’m your teacher

Whomsoever, Whensoever, Whatsoever

Biar diriku
Ikuti dirimu jadi hambamu
Untuk cara jadi jadi karyamu
Jangan kau jadikan ku simpananmu
Tak tahan diriku saat dekat

Kamu melihatku nafsu kau pikir ku tak tahu
Dekatiku seakan kau tak perduli waktu
Gayamu buaiku ku akui aku mau
Kau godai aku

Kamu melihatku nafsu kau pikir ku tak tahu
Dekatiku seakan kau tak perduli waktu
Gayamu buaiku ku akui aku mau
Kau godai aku

Kamu melihatku nafsu kau pikir ku tak tahu
Dekatiku seakan kau tak perduli waktu
Gayamu buaiku ku akui aku mau
Kau godai aku

Stay cool and lovely

lyric credit: HERE


Pokok tumpang: Parasit untuk pokok yang lain, oh ya? by shahroll



Hello readers!


Selesai 1 part. And dah buat part yang lain. cam tu lah kerja yang sehari-hari dibuat. Oh ya, pagi tadi aku bangun awal jugak, around 3.30 pagi. Dah alang-alang terbangun, minum 3 gelas air suam terus mata segar. Melayan editing gambar dan ada buat kad promosi untuk tahun 2012.


Kenapa aku bangkitkan pasal Pokok Tumpang nie?


Pokok Tumpang selalunya aku dengar orang panggil pokok langsuir, ye ke? Apekehey nama hantu kat pokok kan? tak de pun ciri-ciri langsuir aku tengok. Cer try click SINI. tak kan?


Whatever orang panggil, it does't matter (tekan sikit "R' ke accent America) aku cuma tak suka cara dia hidup atas ihsan pokok yang lain. Mendapat sumber makanan dari pokok yang ditumpangnya. Tak best kan?


Jom bayangkan situasi ini dengan kehidupan manusia.
Kau ada rumah. Ada kereta. Ada motor. Ada semuanya lah. Tapi tak sampai tahap perfectos lah sebab blom kawen (kalau dah, syukur!). Then, satu hari ade pulak orang MENUMPANG. Tak bagi kang, dikata kedek (kedekut) nak bagi pula, hati tak ikhlas. Agak berbelah bagi, ada rasa cam tu?


Ramai orang menghadapi situasi cam ni. Lagi-lagi bani Melayu. Melayu ni satunya yang bagus, suka face saving (jaga airmuka) dari dulu dah diterapkan nilai seperti itu. Aku? aku ikut tempat. Tak semua aku suka ber FS nie!


Bored dah. Later update lagi, ouh sebelum tu, gambar bawah nie kira menumpang popular tak ye? LOL!!


with @ADPadiputra (cast as Jai in KL Gangter)

with @adam_corrie (cast as Dragon Taikor)
story about them: HERE


enjoy!

Jul 20, 2011

Another story at @P14G event: Pictures speak to you! by shahroll



caption: "Hey, can u smile brada?" naa.. i'm controlling hensemness!

caption: "Are you lied to your readers?" nay, saw picture lah..

caption: "What STRONGER WIDER and FASTER meh?" Oh! its P14G broadband!

caption: "what happen?" bloggers game activity

caption: "izzit your dinner?" Nope, just refreshment, balik i go to mamak lah..

caption: "bloggers too?" Yeay! they are HOT bloggers!

caption: "this cup for sold ah?" NO! under this cup wrote "Level 1"

caption: "WOW! so big your dongle?" Hehe, inside just have pen and pencil

caption: "who is she meh?" Oh! my new lenglui! LOL

THANK YOU!

[Review] Take Me Home Tonight: CRAZY MOVIE! by shahroll



Morning bloggers!


As i'm mention last night in my facebook wall, i will update about this movie. Yup! i was watching with my friend. Thanks kat dia yang sudi temankan aku tengok cerita "gila" ni.


Suka aku ingatkan, kalau korang baca sampai habis review aku ni, mungkin akan menjejaskan kenikmatan korang untuk pergi ke wayang. So, kalau tak mahu spoil, stop sampai sini je bacaan korang.


*start*


Konsep cerita ni very straight forward dengan tajuk filem iaitu Take Me Home tonight (Bawa Aku ke Rumah Malam Ini) dengan memaparkan kisah pemuda pemudi di Barat. Kisah bermula dengan kadar yang lembap (dramatic) dan dari 1 stage ke satu stage, penceritaan mula menjadi rancak dan membawa penonton bersama-sama ke dalam cerita itu.


Lakonan mantap Teresa Palmer (as Tori Frederking) mulanya datang ke kedai untuk membeli video dan berjumpa dengan Topher Grace (as Matt Franklin). Dorang nie dulu 1 sekolah, tapi Matt ni LOSER gila sebab takut nak ajak Tori keluar date. Dan yang tak boleh blah, Matt tak pernah having sex dengan perempuan lain. Damn!


Konflik tercetus bila Tori dapat tahu yang Matt bukan bekerja di Bank. Matt tipu Tori. Tapi SELEPAS Matt having-great-super-sex with Tori, baru bagitahu hal yang sebenar. Nak jadi jujur lah kiranya, tapi dah lepas ko main, pe cer? haha.. kantoi.


Then, Dan Fogler (as Berry) sebagai penghibur watak dia. Bekerja sebagai penjual kereta, then dia dipecat. Berry as supporter Matt lah kiranya sebab Matt agak "tak-gentleman" dari Berry. Yang best, Matt anak polis ok.


Pelakon lain yang dapat mencuri pandangan aku adalah Nathalie Kelley (as Beth) kawan party kepada Tori. She hot. She HOT you know! Apesal lah dia tak jadi pelakon wanita utama, huhu.



Overall aku kasi filem ni 4/5 bintang. Harus di ingatkan, filem ini mengandungi unsur-unsur ganas,lawak dan seks yang tidak keterlaluan. Adegan kissing (comolot) tu beselah dalam cerita omputeh! So, enjoy this movie!

see ya!

Jul 19, 2011

Entry bosan: Budak NERD je baca, serius! by shahroll



As salam and hello readers,


see? cara aku approach korang pon dah bosan, lagi mau baca? tutup je lah blog ni roll, tak de orang nak baca lah, delete je k? itu hati kecil berbicara, kadang ikut hati mati u know? jadah..


Baru setel develop NEW weblog. Untuk siapa? haaa tu tungguuuuu lah aku bagi tahu, tapi rase lam facebook dah bagitahu kot? entah lah, lupa. Ada orang bertanya kat aku, buat services develop web tak? jawapan nya adalah YE AKU BUAT =)


Aku suka baca paper orang. Maksud aku paper research lah. Takde la suka sangat macam aku teruja baca Ujang or Under 18 punya komik. Suam-suam suku kiranya. Dalam aku menyusuri Google Scholar, aku dapat bahan2 yang best! jom tengok!


1) THE SOCIAL REALITY OF THE MALAYSIAN BLOGOSPHERE

This paper explores the social reality of blogging in Malaysia. The presence of blogs has created a change in terms of the flow of communication and how information is obtained, shared and accessed. With a Malaysian customized framework of press freedom and strong emphasis on the multicultural values and religion, there are various factors to be considered before one decides what to write in a blog. [Abdul Latiff Ahmad- UKM]


2) Blogging field notes: participatory innovation or methodological dead end?
This paper describes the use of a blog as part of a long term ethnography of Malaysian bloggers. The blog is used as a medium to participate in the activities of the bloggers, and also to elicit a dialogue with the bloggers by posting field-notes in the form of observations and analysis of what is often 
called the Malaysian ‘blogosphere’, but will be referred to here as the Malaysian field of blogging.[Julian Hopkins-PhD Sunway campus]


3) Blogging in Malaysia: Hope for a New Democratic Technology? 


By facilitating the open sharing of ideas, information and perspectives, blogging in Malaysia has the potential to serve as a democratizing force in a country with little freedom of expression. Democratic expectations of the local blogosphere must be tempered, however, with a realistic understanding of its limitations and of the government’s hegemonic, and sometimes coercive, 
mechanisms of control. [Dr. Sandra C. Smeltzer- Canada]





Jul 17, 2011

MASIF 2011: Photography Competition by shahroll

As salam and hello readers!


Another competition. i love competition lagi-lagi photography. Walaupun banyak kali masuk comp, but tak pernah nak menang lagi. Belum ada rezki kot? But i wanna share dengan korang pasal MASIF punya event. check it out!



Competition ada 3 kategori. Ada kategori Terbuka,Pelajar dan Bukan Warganegara Malaysia. Korang boleh tengok kat SINI untuk syarat-syarat.
Macam biasa, aku tengok pada tema dorang nak. Tak kena dengan tema, tak menang la pulak kan?

Temanya pasal 1 MALAYSIA. Pandai-pandai korang lah nak buat macam mana nak terjemahkan tema tu ke dalam seni photography korang. Aku pon ngah dok fikir, gambar apa aku nak "buat" nak masuk comp ni.


enjoy!

RM11.29 in my @Churp2 account, banyak? by shahroll



Hello reader!


Sunday morning. Awal gila eh aku bangun hari ni? haha, alang-alang dah pekena tosey kat kedai subaidah, tempat lepak kegemaran aku (pasal depan rumah je kot?) terus stay up tak boleh tido. Balik rumah on PC, terus layan lagu2 unsur ketuhanan cam lagu Opick. Best gak lagu dia.


Sambil tu, aku check my online money dalam churp churp. WOW!! WOWO!! haha, agak2 la kalau nak buat2 terkejut pon kan? HAHA, best pulak aku tengok angka dalam akaun tu. RM 88 hengget lebih dah aku kumpul sejak aku register ngan Churp Churp. Sape mau bagi weh?


Another posting for Churp Churp entry, check it out!


Best eh? syok ea? Kalau korang berhasrat nak collect money online, leh pergi REGISTER kat link SINI. Dari terbaik untuk yang terbaik! see ya!


Jul 16, 2011

Safee Sali today: Malaysia vs Liverpool by shahroll

Safee Sali

Quote from twitter (search: Safee Sali)

safee sali sorang ja trending instead of whole team?

RT : Selang dua menit, Safee Sali cetak gol keduanya... Malaysia 3-4 Liverpool

 Yeah I know dee lol. Safiq ler. And Safee Sali. He's trending! XD

Safee sali is trendingggg! Indonesian loves safee as much as we malaysians do!

Ungguan kak?RT : Doi nyetak dua gol ke liperpul dek,hhe RT : Kenapa safee sali bisa jadi TTWW??

Gile arh safee sali..tt world wide,bangga tue

"Kalau tak pernah lwn Safee Sali tak payah nak sembang dgn kami, nak kutuk kami bolos apsal?" ujar defnders Liverpool kpd defnders Arsenal

sambung blaja balik..dgn semangat   sali

MALINDO POWER. Safee Sali TTWW.

 yer...betul tuh...n goal pemain malaysia pon cantik espsafee sali....

Safee Sali trending lah sial.

Safee Sali trending worldwide?? hidup ..syabas  ..jom kite kasi trending lg...:D

RT  SAFEE SALI SAFEE SALI SAFEE SALI SAFEESALI SAFEE SALI SAFEE SALI SAFEE SALI SAFEE SALI SAFEESALI SAFEE SALI


GOOD JOB HARIMAU MALAYA TEAM! GOOD JOB SAFEE SALI!
Malaysia (3) Liverpool (6)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ini adalah blog peribadi Shahrul Shaharuddin. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah hak cipta terpelihara..Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan shahrul hairy shaharuddin. Anda boleh menyiarkan semula artikel atau info di laman blog, di laman forum atau di laman sosial yang lain namun, sila pastikan anda membuat backlink/kredit/citation kepada blog ini sebagai tanda penghargaan dan sokongan.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau pelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut garis panduan undang-undang Malaysia.