Loading...

May 31, 2011

(Gambar) Sekitar Majlis Pernikahan+Persandingan Salih Yacob dan Amy by shahroll



Congratulation Abg Salih Yacob (SY)!


Rezeki manusia, tiada siapa menduga. Begitu juga dengan pasangan pengantin baru, Salih Yacob dan pasangannya Amy yang berseri-seri di hari pernikahan dan persandingan. Semoga kekal ke akhir hayat Abg SY! =)








Sumber gambar dipetik dari: lydiausm72

Sumber media perdana: Metro

Lontong Klang @ seksyen 7 Shah Alam by shahroll



Wazzap peeps!


Entry perap. Cuma tekan button "publish" kalau kena dengan time-time nak makan tengahari macam ni. Baru korang rasa teringin nak makan, tol tak? Pernah rasa Lontong? Nak cari lontong yang sedap? lanjutkan pembacaan korang sampai habis.


Kedai di seksyen 7, Shah Alam

Kedai Lontong Klang ada 2 yang aku tahu. 1 di Emporium Makan dekat Klang, dan satu lagi kat Shah Alam lah. Kiranya, kat Shah Alam ni head quarter (HQ) sebab kat Klang, kecik je tempat makan dia.


Bahan utama dalam hidangan Lontong

Bahan asas dalam menghidangkan Lontong adalah bahan-bahan seperti Tempe, Nasi impit, telur goreng (optional),begedil,serunding dan sambal sotong. Kuah dia macam kuah lodeh (santan kelapa) tapi tak de banyak sayuran dalam kuah tu.

Bila diadun bahan tadi menjadi 1..
Harga untuk Lontong Special: RM5.50

Gambar diatas aku order "Lontong Special" mean ada telor goreng plus aku request tempe lebih. Peminat tempe la katakan. Yang membuatkan Lontong Klang ni lain dari yang lain, keenakkan kuah dan sambal sotong dia yang "ummmphh"! Rasa yang sama juga kalau korang berkunjung di cawangan Klang.



Gambar close-up Lontong Klang...

Untuk menikmati Lontong Klang, korang boleh berkunjung di Kedai Lontong Klang di alamat:


Lontong Klang, No.20 Jalan Zikron E7/e,40000 Shah Alam
[Google MAP: HERE]


Enjoice! 

May 30, 2011

Blogger PERASAN+FAMOUS lebih! by shahroll



Hey peeps!


Selamat malam. Kenyang baru lepas santap Domino's pizza aku beli secara online. Malas? yup, malas nak pergi beli kat kedainya, sebab malam nie ada drama Junava yoww! Haruslah duduk dekat rumah saja. 


Even tadi aku ada baca 2-3 blog kategori "berat", biarkan aku khatamkan dulu baru aku share ngan korang. Tapi aku ada share URL blog itu dekat wall facebook aku. Siapa "kawan" aku dapatlah menatap link tu, if not, SORRY! So, what the topic?


Blogger perasan plus famous lebih? siapa?


Bukan siapa-siapa melainkan aku sendiri. HAHA! stop ketawa lah! Benda ni aku rasa "sekejap" je pasal aku hapdet Live Streaming UEFA. Terus mencanak gile user online aku. Layan print-screen aku kat bawah;


Lepas aku UPdate, inilah users yang aku lihat--WOW--!!

Selang 1 minit, aku try F5 (refresh) and this is result.. 0_0


Masa perlawanan bermula.. tadaa... gile kentang..

Dengan rasa yang teruja yang amat sangat, aku check UV (unique visitor) dekat Nuffnang. Lepas habis je perlawanan Man. United dengan Barcelona, users tetap ramai lagi. Tapi setakat 80 users something like that la (tu yang malas nak print screen =p).

Lain-lain aku padam, sebab tak banyak 
macam aku merahkan tu..

Aku mula terpikir, best gila kalau hari-hari beratus-ratus cam tu, aku tahu aku bermimpi di siang hari, tapi tak mungkin aku tak dapat, haha. One day. Yang paling kuat pon skang, 8-7 online users.hehe, jauh bebeno kan beza dia?

Permainan SEO

Aku tak sangkalkan mende ni. Sebelum aku update pasal bola tu pun, aku google benda yang sama. Kalau aku mencari pasal perlawanan tu, begitu juga dengan orang lain kan? dengan tajuk yang hampir sama dalam Google Index dalam pencarian, aku letak as title yang sama dalam entry aku.

simple.

Ok bye!

May 29, 2011

Barcelona 3-1 Manchester United: Messi & David Villa secure Champions League triumph on magical night at Wembley




LONDON: Barcelona menjulang trofi kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah selepas menumpaskan Manchester United 3-1 pada final di Stadium Wembley, sebentar tadi. 

Gol kemenangan Barca diperoleh menerusi David Villa pada minit ke-69 dan penyerang Argentina, Lionel Messi pada minit ke-54 selepas kedudukan terikat 1-1 tamat separuh pertama.

Barca mendahului pada minit ke-27 menerusi Pedro Rodriguez sebelum Wyane Rooney menyamakan kedudukan tujuh minit kemudian.

sumber:-


Magic moment | Messi's long-range strike turned match decisively in Barca's favour

Manchester United vs FC Barcelona Live 2011 Final UEFA Champions League online Free Tv stream on May 28


The final of UEFA Champions League between Barcelona vs Manchester United will be held on the end of this month. Barcelona and Manchester United clash on Saturday 28th May to go head-to-head in the Champions League final at Wembley. Who will come out on top? So don’t miss for watching Barcelona vs Manchester United live.
VIVA MU!!
We are now less than a weeks away from the 2011 Champions League final between Barcelona vs Manchester United live stream which will take place at London’s Wembley Stadium.
Free Online Barcelona vs Manchester United Live Stream

May 28, 2011

[Review] Filem "KARAK" : Antara realiti dan CGI dari KRU Studios by shahroll



Morning peeps!


Karak. Siapa tak pernah lalu karak kan? Pengalaman aku sendiri lalu jalan Karak (highway punya) walaupun pagi rasa lainnn je. Hahaha.. belum pergi jalan lama Karak yang filem nie shooting. Seriau sehh~


Malam tadi aku bersama 2 adik aku melayan filem Karak di TGV Cinema Bukit Raja. Tayangan ada pada jam 8.50 malam dan 11 malam. Disebabkan 8.50 malam dah FULL HOUSE, terpaksa lah ambil yang 11 malam punya. Tu pun semasa kitorang nak masuk panggung, seat untuk 11 malam punya pun FULL HOUSE. Terbaek dowh.


poster pon dah seram eh?

Yeay! Panggung "No.1" dah start! jom masuk!

Nak beli tiket panjang oo mau beratur. Dah skang TGV tak amek order online. Nak jugak suruh aku beratur lama-lama. Tapi, kalau korang ada Citibank punya kad, korang ada lane special ok! Tapi, celah mana pulak aku ada Citibank punya kad? huhu~

Ramai kan? belakang aku lagiii ramai..

Untuk hilangkan boring masa menunggu masuk ke panggung, aku ngan adik2 tawaf beberapa kali Jayajusco tu, sebab 1 benda je. Nak makan! Pergi kat PizzaHut, penuh! Level atas tak bukak, reason? Sebab tak ramai pekerja malam tu, lorhh.. Wadepak mey?

Last-last, makan kat Johnnys je..

Jam dah menunjukkan 10.45 malam. Kitorang naik balek ke atas, beli pop corn and air Sprite, and go to cinema! haha.. berkobar-kobar nak tengok hantu yang dihasilkan oleh KRU Studios ni. Yelah, hantu2 ni bukan takat main "hidden" macam filem2 lain, tu yang syok tu.

Yusry Abdul Halim selaku pengarah filem nie, aku cuma nak cakap, hantu yang masa scene makan perot orang tu memang WINRAR!! eeerghh.. geli siakkk! aku meraba-raba perut aku, owh gosshh! nak terkeluar kot isi perot aku tadi. Scene tu terbaek dowh!

Pengalaman benar dari mata saksi--> GULP!~

Aku syorkan korang tengok cerita KARAK. Kronologi dia cam nie, memula best--tengah2 kureng sket--last2 just nice! haaa.. jujur punya review kan? ahahaha~ kalau korang nak tengok, try cari seat tengah2 malam punya, baru lah ada "rasa" kan? tak pon, lepas tengok wayang tu, layan ke jalan lama KARAK tu pulak.

Siakk tol. Aku taip ni pon dah "seram sejuk" dowh! Seb bek pasang lagu Babak Pertama (OST Juvana) temankan aku masa menaip! hahaha~..

Adios! Enjoice your weekend guys...



p/s: cilok from Berita Harian:- [HERE]

Kezaliman yang tidak diampunkan Allah kecuali dengan bertaubat iaitu syirik. Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik sedangkan Dia akan mengampunkan dosa lain kepada siapa yang di kehendaki. Sesiapa yang syirik adalah kesesatan yang amat jauh.” (Surah An-Nisa’, ayat 116) 

Kezaliman dilakukan antara hamba dan Tuhannya iaitu perkara yang lain daripada syirik di mana Allah akan sentiasa memberi keampunan kepada mereka yang dikehendaki atau dihilangkan dosa dengan kecelakaan terhadap seseorang seperti kemalangan atau musibah. 

Penyucian dosa ini juga dapat dirasai melalui azab kubur, syafaat Nabi SAW atau diletakkan di dalam neraka buat seketika. 

Kezaliman yang dilakukan sesama manusia tidak dapat diampunkan melainkan dimaafkan oleh mereka yang dizalimi. 
Sabda Rasul SAW yang bermaksud: “Hendaklah dikembalikan hak mereka yang dizalimi sebelum datang hari kiamat di mana segala kebaikan orang yang zalim akan di berikan kepada mereka yang dizalimi seterusnya mengheret mereka ke neraka.” 

May 27, 2011

Hari Belia Negara 2011: One Million Youth Gathering Putrajaya May 2011; Apa faedahnya kepada Belia dan Negara? by shahroll



Hey peeps!


Jumaat yang nyaman hari ni. Sejuk. Sebab pagi tadi hujan bukan main lebat. Syukur lah ada kereta, tak kena hujan datang ke tempat kerja. Semalam motor pancit, tengok pagi tadi dah bocor balik. pelik?


Dalam news feed aku di Facebook, sedang hangat tentang Hari Belia Negara 2011 ni. Dulu ada juga aku nak turut serta, tapi "masalah" dengan "kumpulan" itu membuatkan aku "muak" pulak nak join untuk tahun ni.


Aku membaca acara-acara yang dibuat oleh pihak berkenaan, best jugak aku tengok. Pelbagai aktiviti yang disediakan oleh pihak berwajib untuk memberi peluang dan ruang untuk para Belia Negara menonjolkan diri di setiap acara.
picture credit: HERE

Korang rasa masih BELIA? Kalau ya, boleh la berkunjung ke Putrajaya Precint 2 untuk bertemu dengan belia-belia lain di seluruh negara. Dari luar negara pon ade. Muhibah betul, bertepatan dengan konsep 1Malaysia.

picture credit: Google

untuk melihat acara yang disediakan untuk kita nanti disana, check out yow!

May 24, 2011

FINALLY! attention to penggemar MEATBALL IKEA yang sedap2 tu by shahroll



Hello peeps...


Aku mengikuti perjalanan cerita tentang meatball IKEA yang dok "panas" dorang sebot2 skang nie. Memula aku dapat news pasal meatball tu HARAM, walhal aku kalau pergi ke IKEA beli barang memang singgah makan kat kedai Sweeden tu..


Then, masa aku lepak dalam twitter, rakan twitter aku, Hafiz Hamidun tweet pasal meatball nie lah, dan yang best tweet itu mengatakan:-


Meatballs Ikea dikeluarkan oleh MACFOOD SERVICES (M) SDN BHD, adalah halal dan sah laku sijil sehingga 31.03.2013.


Clear kot? ke korang macam ragu2 lagi? ok, aku bagi korang link forum Carigold pulak,[HERE]

company yang supply Meatball yow..


picture credit: TTLW blog

Pa lagi? JOM layan MEATBALL IKEA nie lagi.. sapa mau open table?

May 21, 2011

Pendapat aku berkenaan plagiat musik serantau dan apa pandangan kalian tentang permasalahan ini by shahroll



Tajuk tak nak kalah macam orang buat thesis. Ah, biarkan lah. Kalau ada orang dari Fakulti Musik yang nak buat kajian pasal mende nie, korang kena inform aku dulu, deal? leh aku involve dalam kajian korang tu! haha, mentang-mentang kerja kat bahagian research, terpoyo pulak! =p


Sekarang boleh aku katakan fenomena K-Pop (Korean Pop) hangat diperkatakan. Bukan baru pun, dah lama hangat kot, sekarang je baru nak UP UP mende ni. Faktor kejayaan artis-artis K-pop yang aku nampak:-


1) Artis stok muka cun gile (plastic surgey of course!) laki dia stok jambu.
2) Menari best? boleh la..
3) Lagu jiwang? haah, lagu stok jiwa-jiwa (lam Bahasa Korea)


Ini yang aku nampak. Aku rasa korang pun sama juga kan? Actually, aku punya point bukan pasal K-pop yang melanda, tapi pasal musik K-pop yang di "plagiat" oleh artis-artis lain untuk menghasilkan lagu yang sedap di dengari.


Sebelum tu, apa itu plagiat? 
Plagiat: Menurut Kamus Dewan,ciplak atau plagiarisme bermaksud "perbuatan meniru atau mengutip sebahagian atau keseluruhan karya orang lain tetapi mengakui karya tersebut sebagai usahanya sendiri" (quote: Wiki)


Mengapa berlakunya plagiat?
Mungkin pendapat aku tidak "berkenan" untuk fahaman korang, tapi bagi aku, mungkin ini cara yang terbaik untuk mempromosikan sesebuah kumpulan musik baru ataupun menaikkan nama kumpulan musik yang telah ada nama, tetapi "menumpang" populariti lagu lain untuk dikongsi dengan peminatnya (mungkin hak ciptanya telah diberikan)


Aku sebagai pendengar, tak kisah dengan musik apa yang dibawa yang penting lagu itu sedap didengar. Malah lagu-lagu dari Indonesia juga banyak yang di klaim plagiat, tapi dari susunan musik dan melodi, telah diubah menjadi satu karya yang asli (quote: Djesaka)


Kita lihat perkembangan ekonomi Jepun ketika baru nak naik selepas Perang Dunia ke-2. Mereka meniru dari Barat untuk buat kereta,alat eletronik dan macam-macam lagi dengan hanya meniru patent barangan tersebut. Bolah tak aku kaitkan kenyataan ini dengan plagiat musik? SUDAH TENTU BOLEH!


Dengan mengambil sedikit inspirasi dari sumber luar, membolehkan musik itu berkembang ke depan. Ya, mungkin sekarang di cop sebagai plagiat, tetapi manakan boleh kalau tidak berbuat sesuatu?


Aku suka dengar lagu-lagu dari Melly Goeslaw. Kebanyakkan lagu yang terhasil dari melodi/musik korean. Adakah Melly boleh di cop sebagai plagiat lagu Korea? Tetapi lagu-lagu Melly ternyata sdap-sedap belaka dan kita enjoy kan? Salah satu contoh aku bagi;


BBB girls - Ingin Menikah


Bandingkan yang ini;
Haeng Bok Ha Gil Ba Rae - Hyung Joo (Sassy Girl OST)

Dari segi tempo lain, tetapi masih sama. Yang Korean agak laju dan yang Indonesia agak slow. Mana pilihan korang? tepuk telinga, tanya selera! haha..
Adios guys! Aku suka yang BBB sebab ada Chelsea Olivia! titik!

[ads: Mencari photographer untuk perkahwinan anda? sila klik di SINI]

May 20, 2011

10 perkara yang mewajibkan seorang lelaki itu berkahwin by shahroll



Assalamualaikum w.b.t Salam sejahtera semua,


Pagi2 menyelak buku yang ada didepan mata. Bukan best sangat pun, tapi disebabkan buku tu semalam aku dah ambil di rak, selak la 2-3 helai. Ok lah jugak, banyak nasihat. Untuk bujang-bujang yang belum kahwin khasnya. 


Dari 2 helai, ke 5 helai lepas tu ke 9 helai. Ah sudah! macam-macam info yang aku dapat dalam buku ni. Dan tak pasal2, mata tertancap pada chapter yang "best" punya point. Ape kebende?


10 perkara/tanda mewajibkan seorang lelaki itu berkahwin!


Aku terus bagi point je, korang tak puas, boleh beli itu buku, deal?


1) Sunyi di hati walaupun dikelilingi ramai orang.
2) Kehidupan tak terurus
3) Jiwa menjurus kepada lawan jantina
4) Hilang fokus apabila wujud lawan jantina
5) Cemburu melihat kebahagiaan orang lain
6) Wujud perasaan sayang terhadap kanak-kanak
7) Jatuh cinta pada seseorang
8) Desakan nafsu
9) Dorongan untuk melakukan hubungan intim
10)...........


Yang ke-10 tu aku biarkan kosong. Bukan aku kedekut ilmu, tapi lebih baik kalau kita support buku-buku yang bagus kan? korang boleh beli buku "Mencari Pasangan Hidup" hasil tulisan Ustaz Emran Ahmad di toko-toko buku yang berdekatan. =)


ISBN: 978-967-86-0344-7

Buku edaran Alaf 21 ini ada 4 bab. Setiap bab ada 8 sub. Makanya, ada lebih 32 sub-chapter yang harus aku baca. Now baru di bab 1. Ok, tu saja aku boleh kongsi, lebih-lebih kena saman dengan penulis buku ni pulak kan? =D


As salam...

May 19, 2011

Top 10 local websites and Top 30 combined websites (local and international) by shahroll



Hey peeps!


Suam-suam suku mood aku hari ini. Padahal semalam dah tidur awal juga kot. Angin tak berhenti masuk dalam perut aku tadi, aku "basuh" dengan roti canai 2 keping Abang Amen. kenyang.


Then, settle untuk update blog untuk department aku untuk workshop/bengkel yang department aku akan buat minggu depan. Minggu ini agak busy dengan persiapan untuk para peserta. Lain-lain hal telah diselesaikan oleh para pegawai aku, syukur.


Bebalik pada tajuk, aku suka melihat pada ranking, lebih-lebih lagi ranking itu berkaitan dengan website-website yang terkemuka di laman maya. untuk check ranking website/blog kalian, boleh pergi ke www.alexa.com dapat mengetahui rank untuk world dan juga di dalam negara.


Untuk Top 10 websites local (Malaysia) adalah:-






Harap dapat membantu sedikit sebanyak tentang portal/laman web yang paling kerap pengguna kunjungi. Aku kalau baca berita, laman yang aku bukak sure Kosmo, kemudian The Star Online dan last Guardian UK. Sumber berita utama aku selain berita-berita dari kawan-kawan bloggers yang lain.


stay tune!

May 17, 2011

My mood "cinta" in status Facebook and Twitter by shahroll



‎".. ubatilah aku dengan kasihMU.. sembuhkan aku dengan cintaMU.." 

"... Jika benar cinta itu milik aku, terangi jalanku dengan cahayaMU.." 

‎".. Alasan bukan diciptakan untuk wanita.. lelaki juga memerlukan alasan.." 

‎".. Kadang manusia terkeliru antara perasaan cinta dan juga kasihan..." 

".. Tuhan ada selalu untuk saya...cuma selalu saja saya melupakanNYA.." 

‎"...setiap kejadian berpasang pasangan.. tetapi lelaki untuk wanita, bukan lelaki, begitu juga sebaliknya.." 

".. Walaupun berasa susah untuk meletakkan kepercayaan, mengapa tuhan menciptakan rasa rindu itu?.." 

‎".. Rasa cinta tak perlu selalu diluahkan, dilepaskan, cukup sekadar perbuatan menunjukkan rasanya.." 

"...Selalu dengar, cinta itu suci seperti kain putih, bagaimana jika manusia mulai mengotorinya sebelum ianya menjadi suci? #cinta.." 

‎" Janji matahari tetap terbit disebelah timur jika sampai waktunya.. tidak manusia.." 

‎".. Aku kau dan semua orang takut akan dosa.. tetap terjadi kesalahan demi kesalahan yang mendatangkan dosa.." 



"..kecewa dengan sifat lelaki yang suka bertukar pasangan? ketahuilah, bukan lelaki itu jahat, baginya untuk mengenali lebih dekat ttg wanita.."

"..Manusia melindungi sifat kotornya dengan berada di tengah2 lautan manusia suci itu tidak betul #cinta .."

"..Jika anda terus menerus mengulit kenangan bersama orang yang mengkhianati cinta yang dahulu, jangan ulangi pada cinta yang baru.." #cinta

Anindya Alyssa Soebandono, pelakon utama Kejora dan Bintang by shahroll



Oh Hi!


Morning peeps. Cerita pasal pelakon sinetron aku teruskan dengan mencari information tentang Alyssa. Selepas jatuh "cinta" dengan Nikita Willy dan Chelsea Olivia, right now dengan Alyssa pulak dengan rupa paras yang aku suka, true Asian face.


Alyssa aku kenal sejak dari sinetron Upik Abu & Laura (bersama Cinta Laura) dan sekarang tengah "hot" dengan sinetron "Kejora dan Bintang" yang disiarkan di Malaysia.


Even ramai yang mengatakan cerita KDB nie panjang, tapi untuk peminat sinetron, pedulikan tu semua, janji setiap petang ada agenda yang boleh diperdebatkan di depan tv, kan? haha~ (macam aku jugak la tu)


Apa lagi ya pasal Alyssa?


Berbicara tentang tahap pendidikan, Alyssa di khabarkan menerima pendidikan di Monash Universiti, Melbourne, Australia (quote:wiki). Dalam jurusan apa tu, aku kurang pasti. Anak kepada J.P. Soebandono (ayah) Angki W. Soebandono (ibu) mempunyai suara yang sedap jugak didengari.


Cerita Cinta Kita

Sedikit info tentang bapanya, baru-baru ini telah ditauliahkan sebagai penerima Anugerah kedoktoran di Universitas Indonesia (quote:UI) Untuk lebih menyakinkan aku yang itu adalah bapanya, sila klik di SINI. sohih kan?

Ok, berbalik kepada Alyssa. So tak hairan lah jika Alyssa juga menerima pendidikan yang baik. Kalau aku ada info tentang jurusan apa yang diambil, aku akan update kemudian.

Born to be STAR : Dhatz Pe Blog

Great smile, love it!

" Sawadikap.." 

Setakat ini saja mampu aku sampaikan. Best pulak selongkar info dalam internet (tak de kerja boleh la layan..) See ya next! =D

Big Thanks for this site:-

"jumpa aku di Melbourne ya Roll!!".. 
ya, may be.. One day.. =D~


**UPDATE: Alyssa mengambil jurusan Bachelor of Arts (Global) dengan Course Code 3910 (quote: Icha Blog)

[Edit pic] Sunset at Sepang Gold Coast by shahroll



Pagi Selasa peeps!


Selamat hari Wesak kepada yang menyambutnya. Aku dah stay up dekat depan PC sejak dari jam 11.30 malam sampai la waktu sekarang (waktu: 5.00pagi tepat! GMT+8). Mata so fresh dan banyak kerja-kerja tertangguh aku setelkan.


Paling jelas, aku banyak habiskan waktu untuk edit gamba. Beberapa minggu nie, aku ada banyak ambik gambar, dan edit sekaligus. Bukan semua pon aku edit, just mana yang terbaik dari gambar yang diambil aku edit, tu pon minor edit. No need "hard" editing, sebab aku bukan photographic (photo+graphic).


Sebelum aku load gambar2 event Selangorlicious minggu lepas, aku ada buat editing photo sunset aku kat Sepang Gold Coast. Walaupun aku tak menang masa competition hari tu, aku tetap berpuas hati dengan tempat yang disediakan untuk para bloggers+photobloggers shoot the sunset. tempat dia AWESOME!




Untuk gambar sebelum dan selepas, korang leh pergi ke photoblog aku k. Jika ada request for tutorial, aku cuba untuk buat untuk korang. KHAS untuk peminat SH iMAGE. =D


Selamat bercuti umum yow!

May 16, 2011

What is Guru? by shahroll



Monday morning all,


Happy new weekend! Macam mana dengan cuti minggu lepas? Tentunya ada quality time diluangkan untuk keluarga lah kan. Kalau macam aku, dapat pergi ke Sepang Gold Coast, memang satu pengalaman yang best! Now, bukan nak cakap pasal Sepang, yang tu nanti-nanti dulu ok? =D


Guru. Apa itu guru?


Dalam kamus dewan internet (wikipedia lah) adalah "..A guru is one who is regarded as having great knowledge, wisdom, and authority in a certain area, and who uses it to guide others.." [quote:HERE]


Guru seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan yang bagus untuk mengajar kepada orang lain dijadikan panduan. Dan,guru bukan je takat mengajar macam matematik ke, sains ke, tapi aku tengok kerja jadi cikgu nie lebih dari itu.


Contohnya, cikgu dipertanggungjawabkan untuk memegang jawatan untuk Ahli Jawatankuasa (AJK) itu lah, ini lah, dan yang best lagi, kena handle badan ber uniform sekolah. Kalau aku dulu, cikgu Zainal yang pegang Kadet Bomba.


gambar hiasan: credit HERE


Kadang tak cukup dengan itu, kerja-kerja perkeranian cikgu jugak kena buat. Oh gossh! Memang letih kan? itu lah sebabnya, why profession guru nie diletakkan rank tertinggi dalam pekerjaan.


Apa pun, SELAMAT HARI GURU kepada guru-guru yang mengajar secara langsung dan tak langsung. Tanpa guru yang mendidik, aku tak sampai ke tahap cam nie. Berkat ilmu yang disampaikan membuahkan hasil yang tak ternilai, TERIMA KASIH CIKGU =)

May 15, 2011

Teaser pix: Foodster Blogging Competition [SelangorLicious] @ Golden Palm Tree [Sepang Gold Coast] by shahroll



Woooopz! Hello readers!


Seronok. Kenyang. Menakjubkan. Kenapa? Ok guys, aku baru balik dari Sepang Gold Coast. Perjalanan pergi dan pulang mengambil masa dalam 1 jam menggunakan lebuhraya. Aku pergi bersama adik aku yang juga seorang blogger, Niena Shah.


Dengan kesempatan ini, aku nak ucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tourism Selangor bersama SelangorLicious yang membawa para bloggers merasai pengalaman yang cukup bermakna buat semua. Tidak dilupakan juga kepada Golden Palm Tree yang menyambut kehadiran kami dengan sungguh meriah! Siap ada pengiring pakai baju kurung+Melayu ok! Terasa sungguh macam pelancong.


Ok guys! Sedikit gambar untuk tatapan korang. Macam biasa FULL entry come up soon! Adios..


Ikan Salmon+Udang Galah bakar di gerai Perahu

Slow shutter mode [Graffiti Light]


Bersama PAKU (Belacan & Paku


May 14, 2011

Thank you Blogger.com! by shahroll



Morning peeps!


Pagi-pagi aku buka PC untuk check blogger.com dah up balik server dorang ke belum? Mujur dah UP balik!! Alhamdulillah, kepada pekerja-pekerja Blogger.com yang menyelenggara server blogger dengan bertungkus-lumus, tahniah diucapkan kerana anda memang terbaik!!


Takde satu post aku pon kena delete! SYUKUR.. Aku ingat lagi,masa dorang tengah downtime, 2 posting aku hilang! 1 post pasal Chelsea dan satu lagi pasal Mee Udang. Aku marah jugak memula, tapi dorang cakap akan back-up balik posting dengan comment, aku mula lega.



Blogger ada membuat satu posting membuat kenyataan maaf kepada semua pengguna Blogger.com di blogger buzz mereka.


Yesterday we returned Blogger to a pre-maintenance state and placed the service in read-only mode while we worked on restoring all content: that’s why you haven’t been able to publish.  We rolled back to a version of Blogger as of Wednesday May 11th, so your posts since then were temporarily removed. Those are the posts that we’re in the progress of restoring.
source: Blogger buzz 


THANKS!! =)

JOM BERBLOGGING SEMULA!! YEAHHH.. 


Disclaimer

Ini adalah blog peribadi Shahrul Shaharuddin. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah hak cipta terpelihara..Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan shahrul hairy shaharuddin. Anda boleh menyiarkan semula artikel atau info di laman blog, di laman forum atau di laman sosial yang lain namun, sila pastikan anda membuat backlink/kredit/citation kepada blog ini sebagai tanda penghargaan dan sokongan.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau pelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...