Lepas dari exam (last paper today!) aku hampir2 terlupa yang hari nie hari yang paling bermakna buat Prince William and Kate Middleton melangsungkan perkahwinannya di Westminster Abbey pada petang tadi. Aku dapat tengok di NTV7 dan now "live streaming" di Youtube.
teringat selalu wajah kekasihku
saat ku menuai lalu
coba engkau dengarkan
ku tuaikan nada lirik lagu sederhana
ku ceritakan kisah tentang kita
peluklah tubuhku bila engkau rapuh
saat kau mulai terjatuh
aku datang menyelamatkanmu
ini surga kita tiada yang menguasainya
tempat kita bersandar dan bertahta
reff:
tenang sayang, ku pasti akan datang
yakinlah aku menjemputmu
jangan menangis, hapus air matamu
yakinlah ku tetap milikmu
tenang sayang, ku tepati janjiku
karna kau wanita terhebat
peluk tubuhku, matilah di pelukanku
biar seluruh jagad raya tahu
tenang sayang, ku sambut engkau datang
ku yakin engkau menjemputku
jangan menangis, hapus air matamu
yakinkan ku tetap milikmu
tenang sayang, ku pasti akan datang
yakinlah aku menjemputmu
jangan menangis, hapus air matamu
yakinlah ku tetap milikmu
tenang sayang, ku tepati janjiku
karna kau wanita terhebat
peluk tubuhku, matilah di pelukanku
biar seluruh jagad raya tahu
tenang sayang, ku sambut engkau datang
ku yakin engkau menjemputku
peluk tubuhku, matilah di pelukanku
biar seluruh jagad raya tahu
kau milikku....
Mood swing. Banyak benda kena pikir. Satu2 perlu dipandang. Berat pulak tu. Malam yang sejuk terasa panas pulak. Bilik aku tak de tingkap. Kipas ada 2.
Just got email from @selangorlicious (Twitter) dan aku dijemput oleh pihak SelangorLicious untuk Majlis Pelancaran untuk Foodster Blogging Competition (EAT BLOG WIN) yang bermula pada 1 Mei ini. kat bawah ni kad jemputan aku untuk hari esok;
klik image untuk paparan lebih jelas..
Malangnya, esok aku ada paper OM 255 (Software Application) pada sebelah petang! GOSSSHHH!! melepas aku nak pergi ke Bora Ombak Restaurantesok! =( huhuhu~ Bukan rezeki aku lah nak pergi, so korang yang free, boleh lah pergi k?
JUVANA, sebuah drama bersiri yang akan mengupas sisi hidup pesalah-pesalah juvana. Selain menyelami dunia dan perasaan hati pesalah juvana, JUVANA juga mahu mendidik para penonton supaya mengambil iktibar daripada paparan kisah kehidupan watak-watak siri drama tersebut.
Kisah bermula apabila Daim bin Yahya (Zahiril Adzim), seorang remaja 17 tahun yang pendiam dituduh membunuh ibunya dan teman lelaki ibunya. Tidak upaya untuk membela diri dan membuktikan kenaifannya, Mahkamah menjatuhkan hukuman agar dia dihantar ke Sekolah Pemulihan Akhlak Wira Bakti (sebuah sekolah NGO) sehingga dia cukup umur untuk dibicarakan.
Aku dah tengok cerita nie tadi. Cerita melayu yang aku rasa nak keluar dari kepompong yang tipikal. Nice try, but ada aku akui pelakon-pelakon dalam cerita JUVANA nie mempunyai kekuatan dia yang tersendiri.
Yang aku tahu, pelakon yang ada "nama" seperti Zahiril Adzim, tak perlu nak mempertikaikan pasal lakonan dia, dah cukup mantap. (ASWARA Rule!!) Lain2 pelakon, ok je.. boleh la..
Ahah! Update malam hari. Jam 1.06 pagi sekarang. Sambil dengar lagu Selena Gomez(yup! i'm crazy dengar lagu A Year Without Rain!) Lirik dia best. Music biasa la lagu omputih, cool je. Lagi pun suka sebab cute kan?
Masuk bab fashion, sure korang ingat aku hapdet pasal perempuan punyer items eh? NO LAH! Nie blog lelaki sejati (kalau sesapa nak request untuk girls ok je) kih3, so fashion2 aku UP nie khusus untuk lelaki.
Lelaki tak payah pesyen2 sangat bang, cukup lah pakai apa yang ada.
Tu kau. Orang lain, biar papa asal bergaya ko tahu? hehe~ habes duit sebulan gaji pon tak pe, janji nampak smart dan macho walaupun pastu makan biskot kering chap Hap Seng! Tapi, jenis lelaki cam nie memang aweks-aweks suka lah sebab tak malu dapat "pakwe" cam nie sebab pandai bergaya! betol ke perempuan? habaq mai sket leh?
Tapi bang, saya ada banyak duit, sekati saya lah nak beli baju memahal pon?!
Ada aku kesah? (kan dah keluar ayat aku paling benci!) Banyak duit tu bapak ko punya kot, kalau ko punya pun, pi lantak le. Janji duit ko "halal" lah ye? Then pakai niat nak tutup aurat (uyoohh!) bukan takat nak menunjuk je lebey..
Aku bukan follower fashion. Tapi sekali sekala aku suka gak tengok laman2 web macam SODAke,FOS ke untuk tengok baju-baju kameja terkini ke,T-shirt. Kalau zaman2 remaja dulu (ecceh! skang tua dah ke?) masuk ke Extream nyer baju. Kalau korang sama zaman ngan aku dulu, seluar Yankie tu paling havoc la tu! Then baju gedabak besar, kah kah lawak sehh..
Smart gak gi kerja cam nie..
hahaa boss marah kot?
Last not least, nak berfesyen tu boleh je, tapi berpada lah. Baik lelaki atau perempuan. Berlebih pon tak cantik, kurang pon tak cantik. Sedang2 atau sederhana sudah cukup. Kan?
Kalau aku boss, memang aku suruh tukar pesyen cam nie..
huhhu~ pendek sangat kot?
You should know that the fashion is very important. It is worth spending much money on fashion, many people know that. Your dress shirts should be fashionable too. You can order some custom made shirts for a change. Your old mens shirts are not stylish enough.
What is the fashion and why is it that important? Some people do not follow the fashion. They just think it is enough for them to wear some old fashioned clothes. But when you go out you need to make some efforts.
Wearing some nice clothes can give you many advantages. If you wear the nice and fashionable clothes, the people will look at you and notice your presence. You can notice the difference.
Pagi Ahad bangun awal pulak, selalu lewat sikit. Bese lah sunday kan, tapi minggu nie tak sama dengan minggu sebelumnya. Then, minum pagi dengan selak-selak paper Metro yang semalam punya (sabtu). Ada satu tajuk yang best menarik mata aku nak membacanya.
"Azab Dosa Silam"
Nama tajuk drama baru? Naa, bukan. Bestnya Metrokalau bagi tajuk berita tu memang best. So, aku baca pulak pengisian dia. Simple je ceritanya, mamat ni tengah berkira-kira untuk melepaskan isteri dia sebab dia disahkan mandul oleh doktor pasal dulu selalu melanggan awek/cikaro.
Dia start "melenjan" pelacur dari seawal 26 tahun. And now dah 38. Tak la awal sangat kalau dah 26 tu, boleh berfikir da kot? Apa boleh buat, napsu dah tak boleh kontrol, nak pulak banyak duit (bawak lori) apa lagaaass...
Then, dah jumpa "calon bini" dah kawen, masuk tahun ke-4 takde lagi anak. Mau tak kena sindir ngan family mertua? Dari situ, mamat ni pegi buat medical check-up dah resultnya, sperma dia dah tak aktif a.k.a sperma mati! Mean, tak leh ada zuriat lah.
Doktor sah kan dia mengalami penyakit Clymidia. Apa tu?
Infeksi Chlamydia adalah infeksi menular seksual umum (IMS) pada manusia disebabkan oleh bakteri''Chlamydia trachomatis". The''infeksi Chlamydia istilah juga dapat merujuk kepada infeksi yang disebabkan oleh spesies yang termasuk dalam keluarga bakteri''Chlamydiaceae. C.'' trachomatis''hanya ditemukan pada manusia. Chlamydia merupakan penyebab utama penyakit menular kelamin dan mata manusia.
"Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk." [-Surah Al-Israk: ayat 32]
"Dan orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba mereka, maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari selain itu, maka mereka itulah orang yang melampaui batas." [-Surah Al-Mukminun: ayat 5-7]
"Perempuan dan lelaki yang berzina maka deralah tiap-tiap seorang daripada mereka 100 rotan dan janganlah belas kasihan kepada kedua-duanya kerana ini akan mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan sekumpulan daripada orang yang beriman." [-Surah An-Nur: ayat 2]
Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W mengingatkan,
"Hindarilah zina sebab ia menimbulkan enam kesan buruk, tiga di dunia dan tiga di akhirat. Yang di dunia, zina akan menghilangkan kegembiraan, menyebabkan fakir dan mengurangi umur sedangkan keburukan di akhirat nanti, zina menyebabkan pelakunya diazab, dihisab secara ketat dan kekal di neraka." -Hadis riwayat Baihaqi
"Umatku akan sentiasa baik selagi belum lahir anak zina di kalangan mereka. Jika anak zina sudah tersebar di kalangan mereka, maka aku bimbang Allah akan menimpakan azab-Nya kepada mereka." -Hadis riwayat Imam Ahmad
Dah lama aku tak pergi party anjuran Nuffnang. So, now dia dah open untuk pergi ke satu party untuk HyppTV. Aku baca details pasal HyppTV dalam laman web rasmi dorang (SINI) aku sendiri tertarik dowh!
Aku intro sikit la pasak HyppTV ni. Ok?
Dunia HyppTV adalah di mana anda boleh menikmati pelbagai filem, TV siri, dokumentari, berita, hiburan dan masih banyak lagi - semua permintaan, semua pada kemudahan anda. Tidak ada jadual lebih tetap dan masa jadual perlu bimbang. HyppTV dihantar melalui rangkaian broadband kelajuan tinggi UniFi's. HyppTV akan merevolusi cara anda, dan keluarga anda, menikmati TV!
Senang ceritanya, korang tengok TV menggunakan broadband UniFi dan laptop. Tu yang merevolusikan cara korang nak tengok tv. Best tu!
Kalau nak cerita pasal channel apa yang ada, ermm banyak jugak la. Macam-macam ada, larat tak larat je korang nak layan. List channel tu cam kat bawah nie,
Yang tempatan ada Tv1, Tv2 Tv3, NTV7, 8 TV and Tv9, GREAT!
Apa yang menarik minat aku pasal HyppTV nie, korang boleh tengok bila-bila masa korang suka hatta masa tengah hujan sekalipun! ulang sekali lagi, walau dalam HUJAN sekalipun! perghh.. stim kot? (i mean. awesome lah!)
Untuk permulaan nie tak de PROMOSI ke??
Yang video promo sekali aku letak!
Settle bab aku brief pasal HyppTV. Hope korang paham apa lah apa aku sampaikan. Kalau rasa2 tak sampai atau tak paham ke pe, boleh rujuk ke link rasmi HyppTV.
Disebabkan ini party untuk blogger, ada lah tema pakaian dia kan? i mean dress code. Simple je, cuma pakai pakaian macam orang Hollywood pakai tu. Disebabkan aku pakai ape pon smart plus macho (perasan!) aku pilih dress code macam pergi ke Movie Award! Ala2 gaya Justin Bierber? =_=~
Andai aku pergi ke party HyppTV lah... =_=
Dengan pengalaman aku yang lepas bersama Nuffnang, banyak kali event seumpama ini aku telah hadir. Sebagai contoh, #1 party aku pergi Sri Hartamas (Astro) then pergi ke Vaselin Party di Luna Bar dan lain2 korang boleh search dalam blog aku nie. So, aku rasa untuk party kali ini, aku LAYAK dipanggil oleh Nuffnang untuk join. Weee~
See next post guys! Almost 3 hours aku habiskan masa untuk hadap this entry. Nice? Ahah! u judge it...
Today Ashraf Muslim dah SAH bertunang dengan pasangannya, Noor Dayana. CONGRATZ kepada korang berdua. Aku follow Ashraf nie masa dia berlakon jadi Ustaz Amirul kat Tv3 dulu. Watak dia baik je eh? aku rasa kat luar set pon cam tu gak..
Pelakon Ashraf Muslim, 30 tahun telah selamat bertunang dengan Noor Dayana Hj Lokman di rumah Dayana di Gombak. Majlis pertunangan berlangsung pada jam 9.25 pagi tadi. Hantaran pertunangan 5 dulang berbalas 7 dulang dari pihak perempuan. Mereka merancang untuk berkahwin pada tahun ini juga iaitu pada 1 Syawal di Mekah.
Nama gadis di atas ialah Noor Dayana. Berusia 24 tahun dan kini sedang menuntut di final year Medic Student di Malacca/Mannipal University. Dan Noor Dayana merupakan anak kepada Haji Lokman, yang merupakan tuan punya pusat perubatan Syifa Al Hidayah.
Doktor ko tahu? hehe.. bukan calang2 orang owh! Ok lah, padan ngan Ashraf sebagai Usahawan+ Doktor kan? TAHNIAH sekali lagi! Semoga berbahagia sepanjang akhir hayat.
p/s: Nampak aku bold kan word 30 tahun tu? eheheh~
Malam (dah pagi pon) sebab pekena Kopi Guara la ni langsung aku tak leh nak tido. Sambil layan Youtube (aku layan video Gym je skang) pastu layan Never Say Never lagu si Justin Bieber tu. Aku teringat dia datang hari Khamis malam kan? Aku dengar 1 jam setengah je eh konsert dia? Kejap jerk =_=.
Bukan nak "kutuk" pasal Bieber, kang aku kena sembor ngan "fanatik" Bieber lam belog aku neh. Aku cuma suka lagu si Selena ni ah. Memula dengar versi Mexico dia tu, pastu ada English version, better dengar yang english, leh gak aku paham =p
Oooooh Can you feel me when I think about you? With every breath I take Every minute, no matter what I do My world is an empty place Like I've been wonderin' the desert For a thousand days Don't know if it's a mirage But I always see your face, baby I'm missing you so much Can't help it, I'm in love A day without you is like a year without rain I need you by my side Don't know how I'll survive A day without you is like a year without rain Ohhohoh, Woooaaahh woaahh The stars are burning I hear your voice in my mind Can't you hear me calling My heart is yearning Like the ocean that's running dry Catch me I'm falling It's like the ground is crumbling underneath my feet (Won't you save me) There's gonna be a monsoon When you get back to me Ohhhh baby I'm missing you so much
Can't help it, I'm in love
A day without you is like a year without rain
I need you by my side
Don't know how I'll survive
A day without you is like a year without rain
Ohhohoh, Woooaaahh woaahh
So let this drought come to an end
And make this desert flower again
I'm so glad you found me
Stick around me
Baby, baby, baby, oh
It's a world of wonder with you in my life
So hurry baby
Don't waste no more time
And I need you here
I can't explain
the day without you
Is like a year without rain
Ohhohoh
I'm missing you so much
Can't help it, I'm in love
A day without you is like a year without rain
I need you by my side
Don't know how I'll survive
A day without you is like a year without rain
Ohhohoh, Woooaaahh woaahh
Ooohh, Ooooooooouuhh
Honestly, aku tak pernah nak taw pasal si Selena nie sampai lah kecoh lam social networking pasal minah nie ngan Justin. So, aku baca2 blog dari luar negara pasal dia nie. Cool gak. Dan, pasal suara dia, tak de hebat cam Mariah Carey, but dia Kiddish (budak2) aku suka. HAHA
Minggu nie menampakkan hasil usaha yang berlipat kali ganda dari semua kumpulan dan peserta solo. Nothing much aku boleh ulas pasal persembahan solo, more fokus untuk group sebab lebih best! Sorry to say, yang solo semacam "tak boleh blah" (kecuali Nabil) dengan persembahan "tawar" minggu ni.
Koleksi terbaek dalam simpanan aku saja aku muatkan dalam nie, so yang takde lam ni, paham2 je lah... chaw! (susunan video adalah ranking dari no #1 hingga last)
Semalam berpeluh (aku suka pakai terms ni dari "jogg") di sekitar padang pandamaran. Waktu dalam 6.00 petang, dan tak ramai sangat orang. Masih awal kot, sebab jam 6.30 petang baru ramai yang penuhkan padang terutamanya mat-mat bola baru sampai.
Tapi yang gile spoil, ade la pulak MPK buat fogging (sembur nyamuk tu!) Ades, sakit hidung ngan mata aku. Aku nak berpeluh dapat udara segar, dapat udara "kotor" pulak!
Dah buat warm-up sket ngan layan batu2 kecik untuk urut kaki, aku keliling la padang tu 2 kali. Ok sket dari larian kat Stadium UiTMsebab padang nie besar kot? kira ok dapat 2 round bersamaan dengan 2 kilometer. nice?
Gelagat manusia yang berpeluh semalam?
Ada yang lari-lari anak dengan anak mereka, ada yang lari dengan bini mereka dan tak kurang jugak, pelari dari oversea (Bangladesh & Europe i thought) stamina dorang giler kental. Sampai merah2 kot badan si Mat Salleh tu, hoho!
Nak share ngan korang pasal #maxis nie. The best thing nak buat report is thought in social networking. So, i'm choose #twitter lah. This about pending bill and i has clear at all. Pastu, aku dapat report masih tak clear nama kitorang, so aku pon bertanya kat dorang pasal nie (Maxis)
sorry for the typo (*check*)
Tak lama lepas tu, dorang tweet balek..
Dan yang paling best, operator #maxis akan call u for sure mende nie. So, aku dah stanby dengan no. akaun, but dia kata takpe, dia dah taw. MY GOD! great services ha? Then, dia kata "will check dengan Collection Department", aku cakap ok lah, but kalau boleh by today nak settle.
Then, 1 tweet di beri kat aku:
Your services so cool! Thanks #maxisListens
And this for you #maxis!
Oppzz!! "bodek" sound... but, they deserve it.. =)
Can't sleep yet. Almost like that when time pagi2 cam ni. Habit kot sebab dah biasa cam ni. Tak pe lah, just isi masa with update masa petang tadi. Sedikit pengalaman "pecah dara" bila aku 1st time masuk dalam Stadium UiTM! padahal aku dah kat sini dekat 5 tahun gak.
Lepas salin pakaian, semua merah ok. Aku tak plan pon. Dari baju sampai ke kasut sukan aku kaler merah. Ishh.. dah macam pasukan bola Kelantan aku rasa. Serius aku tak pasan langsung, sampaikan aku punyer sweater pon merah! cess..
Time dah.5.30 petang.
Aku park motor kat depan pintu masuk stadium. Tengok semua park situ. Aku pon masuk dengan langkah bergaya. Dan, langkah aku seakan mati disebabkan satu jasad ni. Faizal. Faizal ni aku kenal masa nak bayar yuran pengajian aku, sebab dia dia handle akaun pelajar.
Aku tak pernah nak tahu pulak dia nie jurulatih untuk pasukan Divisen 1 untuk UiTM. Semua bebudak dalam tu panggil dia 'coach". Huyoo! (dalam hati aku lah) tak ekspresikan kat muka pon. Kang bangga plak mamat sekor nie. =p
Aku amik picture dari blog orang je. Malas aku nak snap bagai. Barang aku simpan semua termasuk lah henset. Niat nak jogg je. Tapi tak best pulak kalau tak de gambar tuk korang cuci mata eh?
Ok, sesi permulaan.
Aku kasik warm up dulu. Macam biasa lah buat regangan untuk 1st stage. Then aku berjalan keliling trek dalam 2 round, then baru round padang ngan Faizal. Aku buat 1 round, pancit! Faizal pon sama. Aku dah la 1st time kot, ampun lagi, tapi Faizal pon cakap dia dah lama tak turun buat latihan. Dalam 1 bulan cam tu.
Aku complete kan 1st exercise aku dengan 4 round (lari+jalan+lari). Ok lah for 1st time. Tadi, bebudak lam tu cakap, 8 round trek bersamaan dengan 2 kilometer, so aku dah buat 1 kilometer dalam 1 jam. Masa aku nak balik, aku jumpa Faizal jap, nak tunjuk urat kat kaki kanan aku belah belakang (sendi) semacam ada urat yang terbonjol plus biru2. Aku heran.
Tunjuk kat Faizal, dia pass kat budak dia tengok. Member tu budak Sains Sukan kot. Aku lupa terms dia cakap tadi. Tapi, bahasa senangnya "Urat tersimpul" la, tak sakit, cuma aku khuatir kalau2 dia menyebabkan kelumpuhan pulak. apa pon, aku enjoy hari ni.
Now aku dapat rasakan "bahang" final exam tak lama lagi. Esok, Isnin for sure ramai student akan study last kopek (last minit lah tu) untuk buat revision pasal topik2 sukar dan yang susah. Aku? Aku tetap bekerja macam biasa, dan pada tarikh aku nak periksa pulak, bacalah. Now focus kat MAT108 lah, sebab horror syal carry mark guwa.
Tak ketinggalan jugak kat OM200. Aku risau tol mark aku leh berubah2. Aku pon pelik. Hope tak de paper yang kantoi. Mintak jauh! =_=
Aku masuk portal rasmi UiTM, and ada pesanan mesra dari Bahagian Peperiksaan, bagus kan UiTM neh? =D
Message: The Examination Affairs Division of UiTM would like to wish all students the very best in the coming final examinations scheduled from April 20 to May 10, 2011. We would also like to remind students to observe the following :
1) Take good care of your health and practise good time management; 2) Stay focused on studying and revising; 3) Double-check your exam schedule, for the right time and venue; 4) Come at least 30 minutes before examination begins; 5) Bring along with you these important items: Student Matriculation Card Statement of Qualification to sit for the examination; 6) Refrain from copying or cheating during the examination. The risk is just too great!; 7) Please be appropriately attired in accordance with the University Dress Code.
WITH BEST WISHES
Zaemah Sukaimi Head Examination Affairs Division UiTM SHAH ALAM [original source: UiTM]
My dead date is 26, 28 and 29 April. GOSH! scary ah! Wish i can do the best for my final. Pray for me k? love u all readers! =) see ya!
Kenyang dengan lauk lunch hari nie. Plus, mak aku ada buat spaggeti. Murah rezki kami hari Ahad minggu nie. Then, bermalas-malasan kejap atas katil baca buku then open PC (so bored routine!).
Aku bukak akaun Nuffnangaku. Carik keywords yang aku tak pernah jumpa. Selalu keyword "Dira Abu Zahar" no 1 lam blog aku nie. Thanks lah yang datang, yang sekali sekala datang pon, aku ucap thanks juga, begitu jugak dengan "haterz". Tanpa korang, aku mungkin "SS" dengan apa aku nak tulis lam blog aku neh.
Bagaimana nak jadi fotografer?
Aku sure yang cari keywords nie, orang yang masih baru memegang kamera, tak kiralah kau pakai compact camera ke, prosumer punya camera ke hatta kau baru beli DSLR. Berapa bulan dah ada kamera? itu bukan persoalan utama lah, yang penting cam na ko fully utilize kamera yang kau ada.
Aku cuma bagi tips berdasarkan ape yang aku pernah buat lah, bukan "copy paste" dari sesawang lain. Berikut adalah guideline yang boleh ikut cara aku:-
1) Cari kawan-kawan sealiran (main kamera)
Kawan-kawan sekeliling kau pon penting. Tapi, lebih penting kalau ko leh jumpa kawan2 yang minat dia sama dengan minat photography ko tu. Lets say ko pakai Canon, tak semestinya ko tak leh lepak dengan kawan2 bukan dari Canon, just hang out samada lepak berilmiah ke (aku panggil dulu TT: Teh Tarik) kat mana2 port restoren dalam kawasan korang ataupun luar sikit.
Dengan ramainya kawan2 dari bidang nih, sikit sebanyak dapat mengembangkan ilmu pasal kamera2 nie. Dan, jangan malu bertanya kalau dah melepak tu. Kadang mende nie jadi kat budak2 baru, macam aku lah tu. Disebabkan "momokan" yang mereka itu hebat, super power dan macam2 lagi, menyebabkan "newbie" nie semacam takut pulak nak bertanya. Don't, just ask k?
Cara pertama nie adalah cara yang paling efektif aku rasa, sebab dulu pon aku buat cam nie.
Zaman ICT kot, semua kat hujung jari. Nak tak nak je belajar sendiri samada layan Youtube untuk tutorial, download tutorial dalam bentuk PDF ( nie bored dowh, kalau jiwa kental, silakan). Website kat Malaysia nie banyak boleh korang jadikan contoh untuk develop skill fotograpi. Blog aku tak termasuk lah, sebab aku campor2 punya blog. Ikut dan aku je nak tulis ape.
Website luar negara pulak, macam Rebecca Allen, Karen, dan juga J. Jones. (blog dorang banyak kali aku refer) dan korang leh carik lam Google jugak. Bersepah kan? cuma korang leh amik sample gambar dorang tu untuk meningkatkan cara korang amik gambar. Kadang cara yang "sama" dan statik tanpa ada pioneer yang buat "kelainan" untuk sesuatu sudut ataupun cara peng-editan pada gambar, setakat gitu lah tahap fotograpi korang. Penting explore and explore!
3) Rajin keluar shooting and shooting.
TIme dulu-dulu, aku suka shoot apa2 yang boleh. Tak kira subjek apa, janji shoot. Dulu pon, aku pakai kamera kompak. Then, outing ngan group2 DSLR. Cool kan? kawan2 aku dulu semua cool dan thanks pada dorang yang banyak bagi ilmu, dan sampai skang aku masih belajar dengan mereka yang "benar-benar" fotographer. I mean, yang establish lah namanya.
Ada mana2 group photog, grab peluang yang ada. Dari situ praktikal lagi ditekankan, bukan dok hadap PC baca tutorial dah banyak but still lack. apa yg lack? pengalaman. Pengalaman untuk handle kamera dalam situasi "sebenar" tak ada. Dulu wujud term " Tag Along" untuk apa2 majlis tak kisah la majlis ape pon, korang leh mintak pada Official Photographer tu untuk join sekali ngan dorang. Tu pon kalau dorang kasi la. kan?
3 tips nie, korang try dulu. Lagi pon, memang dah tak de tips g pon. uhu~ Apa yang aku tekankan kat sini, apa2 bidang sekalipun kalau setakat melepaskan batuk di tengah tangga, memang susah la nak sukses. Islam dah ajar pasal istiqomah kan? so, keep your spirit untuk belajar nak jadi photographer. Tak popular pon tak pe, janji kepuasan berkarya tu lebih penting lagi, kan?
Ini adalah blog peribadi Shahrul Shaharuddin. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah hak cipta terpelihara..Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan shahrul hairy shaharuddin. Anda boleh menyiarkan semula artikel atau info di laman blog, di laman forum atau di laman sosial yang lain namun, sila pastikan anda membuat backlink/kredit/citation kepada blog ini sebagai tanda penghargaan dan sokongan.
Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau pelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut garis panduanundang-undang Malaysia.